CARA SEMAK SAMAN JPJ : CEK DAN BAYAR SAMAN SECARA ONLINE
Tak pasti ada saman JPJ atau tidak? Jangan risau, anda boleh cek dan bayar saman JPJ secara online tanpa perlu ke kaunter. Prosesnya sangat mudah, hanya guna telefon atau komputer dari rumah.
Dalam artikel ini, kami kongsikan cara semak saman JPJ dan bayar secara online menggunakan portal rasmi serta aplikasi berkaitan yang sah.
Baca Juga : SKIM MYSALAM 2025 ( CARA BUAT TUNTUTAN)
KENAPA PERLU SEMAK SAMAN JPJ?
Semakan saman penting untuk :
- Elak dikenakan tindakan mahkamah
- Elak disenarai hitam
- Mudahkan urusan renew lesen dan roadtax
- Ambil peluang jika ada diskaun saman JPJ
SENARAI KESALAHAN JPJ DAN KADAR BAYARAN KOMPAUN
Berikut adalah antara jenis kesalahan trafik JPJ yang biasa dan kadar saman (rujukan umum, tertakluk pada pindaan terkini JPJ) :
KESALAHAN | KADAR SAMAN |
---|---|
Memandu Tanpa Lesen Memandu | RM300 |
Lesen Memandu Tamat Tempoh | RM150 – RM300 |
Tidak Mempamerkan Cukai Jalan (Roadtax) | RM150 |
Cukai Jalan Tamat Tempoh | RM150 – RM300 |
Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar | RM150 |
Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu | RM300 |
Memandu Melebihi Had Laju | RM150 – RM300 |
Modifikasi Kenderaan Tanpa Kelulusan | RM150 – RM300 |
Lampu Belakang Tidak Menyala | RM100 |
Gagal Patuhi Isyarat Lalu Lintas | RM150 – RM300 |
Untuk senarai penuh jenis kesalahan boleh rujuk DISINI
CARA SEMAK SAMAN JPJ SECARA ONLINE
Berikut adalah beberapa platform rasmi yang boleh anda gunakan untuk cek saman JPJ secara online :
Semak Saman di Portal MySIKAP JPJ
- Layari : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Log masuk akaun atau daftar akaun baru
- Pilih menu Saman > Semakan Saman
- Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor kenderaan
- Tekan butang cari
Nota : Paparan akan menunjukkan butiran saman termasuk jenis kesalahan dan amaun saman.
Guna Aplikasi MyBayar Saman
MyBayar Saman adalah platform yang dibangunkan oleh PDRM tetapi kini turut menyokong pembayaran saman JPJ.
Langkah-langkah :
- Muat turun aplikasi MyBayar Saman (Android/iOS) atau layari https://mybayar.rmp.gov.my/user/registration/local
- Daftar akaun atau log masuk
- Pilih JPJ sebagai agensi
- Masukkan nombor IC/nombor kenderaan
- Lihat saman, pilih dan terus bayar
Semak Saman JPJ Melalui SMS
Untuk anda yang tidak mahu akses internet, boleh guna SMS :
- Format : JPJ <jarak> SAMAN <jarak> no KAD PENGENALAN
- Contoh : JPJ SAMAN 890101015678
- Hantar ke : 15888 atau 32728
CARA BAYAR SAMAN JPJ SECARA ONLINE
Selesai semak, anda boleh terus buat bayaran secara online melalui :
- Portal MySIKAP
- Pilih saman yang ingin dibayar
- Bayar guna FPX atau kad kredit/debit
- Aplikasi MyBayar Saman
- Paparan akan tunjuk jumlah
- Pilih kaedah bayaran (FPX/kad)
Resit rasmi akan diberikan selepas pembayaran selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Ada diskaun saman JPJ 2025?
- Ya, biasanya ada diskaun pada waktu tertentu. JPJ akan umumkan melalui media sosial rasmi.
- Kalau tak bayar saman, apa jadi?
- Anda boleh disenarai hitam, dan tidak boleh perbaharui cukai jalan atau lesen memandu.
- Boleh semak saman guna nombor plat kereta saja?
- Ya, boleh guna nombor kenderaan untuk semakan di MySIKAP dan SMS.
KESIMPULAN
Sekarang anda dah tahu cara semak saman JPJ dan bayar secara online, jadi jangan tunggu hingga disenarai hitam! Semak secara berkala dan ambil peluang jika ada tawaran diskaun dari JPJ.