SENARAI BARANG MYKASIH 2025 : BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DIBENARKAN
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar mendapatkan barangan keperluan asas.
Bantuan ini disalurkan melalui MyKad dan boleh digunakan di pasaraya serta kedai runcit yang terpilih.

Baca Juga : PERMOHONAN BANTUAN MAIDAM (CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN)
SENARAI BARANG MYKASIH 2025
Penerima SARA 2025 boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas seperti :
- Beras
- Minyak masak
- Gula
- Tepung
- Susu
- Telur
- Sayur-sayuran
- Buah-buahan
- Roti
- Makanan dalam tin
- Produk tenusu
- Lampin pakai buang bayi
- Produk kebersihan diri
- Ubat-ubatan asas
- Peralatan persekolahan
Senarai ini disahkan melalui kenyataan rasmi di laman portal MyKasih
BARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN
Terdapat beberapa barangan yang tidak boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2025, antaranya :
- Rokok
- Minuman beralkohol
- Barang elektronik
- Barang kemas
- Pakaian dan kasut
KADAR BANTUAN SARA 2025
- Bermula Januari hingga Mac 2025, penerima akan menerima RM100 sebulan.
- Mulai April hingga Disember 2025, kadar bantuan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

Maklumat lanjut mengenai kadar bantuan ini boleh dirujuk di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
CARA MENGGUNAKAN SARA 2025
Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad di pasaraya dan kedai runcit yang mengambil bahagian. Setiap transaksi akan ditolak secara automatik daripada baki bulanan yang diperuntukkan. Semakan baki boleh dibuat melalui resit pembelian atau di kaunter pasaraya.
SENARAI PASARAYA YANG TERLIBAT
Antara pasaraya yang mengambil bahagian dalam program SARA 2025 termasuk :
- Lotus’s
- Giant
- Econsave
- Mydin
- 99 Speedmart
- TF Value-Mart
Senarai penuh pasaraya terlibat boleh didapati di laman web MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
KESIMPULAN
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah usaha kerajaan untuk memastikan golongan miskin dan miskin tegar mendapat akses kepada barangan keperluan asas. Penerima disarankan menggunakan bantuan ini dengan bijak untuk keperluan harian keluarga.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1800
- Emel : info@mykasih.com.my
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.