SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS 2025 – SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS 2025 – SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Peningkatan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan hasil daripada peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap yang lebih tinggi, yang membolehkan lebih ramai penerima menikmati manfaat dalam bentuk barangan keperluan asas.

Untuk menyemak status Sumbangan Asas Rahmah 2025, sila ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca Juga : TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3

SYARAT PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan menerima bantuan SARA :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih :
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang bukan dalam sistem eKasih :
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KADAR / JUMLAH PENGKREDITAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan melalui MyKad adalah seperti berikut :

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
Kategori Penerima
(Lulus STR & Berstatus eKasih)
Amaun Bulanan (RM)
Isi RumahRM2,100 Setahun
RM100/bulan (Bermula Jan – Mac)
RM200/bulan (Bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650 Setahun
RM100/bulan (Bermula Jan – Mac)
RM150/bulan (Bermula April – Disember)
BujangRM600 Setahun
RM50/bulan (Bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
Kategori Penerima
(Lulus STR & Bukan eKasih)
Amaun Bulanan (RM)
Isi RumahRM900 Setahun
RM100/bulan (Bermula April – Disember
Warga Emas Tiada PasanganRM450 Setahun
RM50/bulan (Bermula April – Disember)

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS 2025

Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara atas talian melalui dua (2) kaedah berikut :

  1. Portal Rasmi MyKasih
  2. Portal Rasmi MySTR

Panduan Semakan Status Di Portal MyKasih :

  • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Masukkan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  • Selesai.

Panduan Semakan Status Di Portal MySTR :

  • Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan butang [Log Masuk].
  • Masukkan kata kunci keselamatan yang betul.
  • Klik [Semakan Status].
  • Status kelayakan penerima dan maklumat bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  • Selesai.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025

Individu yang ‘Lulus’ dan merupakan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh mendapatkan barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Kunjungi kedai runcit atau pasar raya berdaftar yang berdekatan.
  • Pilih barangan keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  • Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  • Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
  • Pembelian selain barangan yang mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANG SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025 (TERKINI)

Berikut adalah 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih :

  1. Beras : Beras merupakan keperluan asas bagi rakyat Malaysia. Semua jenis beras putih biasa, termasuk beras tempatan dan import, adalah dibenarkan.
  2. Minyak Masak : Minyak masak dalam botol dengan berat antara 1kg hingga 5kg dibenarkan, termasuk minyak sawit, minyak jagung, dan minyak bunga matahari.
  3. Telur : Telur ayam gred A, B, dan C boleh dibeli menggunakan SARA MyKasih.
  4. Gula : Gula pasir, baik yang kasar mahupun halus, termasuk dalam senarai barang asas.
  5. Garam : Garam masakan biasa juga dibenarkan di bawah bantuan ini.
  6. Tepung Gandum : Tepung gandum daripada pelbagai jenama boleh dibeli, yang merupakan bahan penting untuk memasak harian.
  7. Mi Segera : Jenama popular seperti Maggi, Cintan, dan Mamee termasuk dalam senarai barang yang dibenarkan.
  8. Sardin dan Makanan Dalam Tin : Sardin, tuna, dan kacang panggang dalam tin boleh dibeli sebagai pilihan makanan yang tahan lama.
  9. Biskut dan Roti : Biskut kering dan roti sandwich termasuk dalam kategori makanan ringan yang dibenarkan.
  10. Minuman Kegunaan Harian : Ini termasuk susu pekat, susu tepung bayi, teh, dan kopi segera.
  11. Sabun Mandi dan Syampu : Barangan kebersihan diri seperti sabun buku, sabun badan, dan syampu rambut adalah dibenarkan.
  12. Ubat-ubatan Am : Ubat-ubatan seperti ubat demam, minyak angin, dan ubat batuk yang dijual secara over-the-counter di kedai runcit terpilih adalah dibenarkan.
  13. Peralatan Sekolah : Alat tulis asas seperti pensel, buku latihan, pemadam, dan pembaris boleh dibeli menjelang musim sekolah.
  14. Produk Pembersih Rumah (Terbaru) : Sabun basuh pinggan, pencuci lantai, dan sabun dobi termasuk dalam kategori barang yang dibenarkan.
KATEGORI BARU BARANGAN MYKASIH

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Hotline : (603) 7720 1900
  • Emel : info@mykasih.com.my

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment