TOLL RATE PLUS : KADAR TOL TERKINI

TOLL RATE PLUS : KADAR TOL TERKINI

Kadar tol PLUS merujuk kepada caj yang dikenakan kepada pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan lebuh raya lain di bawah pengurusan PLUS Malaysia Berhad. Caj ini dikenakan berdasarkan jarak perjalanan, jenis kenderaan, dan lokasi plaza tol yang dilalui.

Kadar tol PLUS biasanya disemak dari semasa ke semasa, selaras dengan perjanjian konsesi antara kerajaan Malaysia dan PLUS Malaysia Berhad, serta mengambil kira faktor ekonomi, kos operasi, dan keperluan pengguna.

BACA JUGA DI SINI : CARA CHECK SAMAN PDRM (SEMAK SAMAN JPJ/TRAFIK/AES)

Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN

JENIS KENDERAAN

Kadar tol bergantung kepada kategori kenderaan yang anda gunakan. Kategori biasanya dibahagikan seperti berikut:

KELASJENIS KENDERAAN
1Kenderaan ringan (kereta, van, pacuan empat roda)
2Kenderaan berat dengan 2 gandar (lori kecil)
3Kenderaan berat dengan 3 gandar atau lebih
4Teksi
5Bas

TOL RATE PLUS

Pengguna jalan raya diberi inisiatif untuk menyemak kadar tol di lebuhraya bagi memudahkan urusan perjalanan. Harga tol terkini boleh disemak di PLUS dengan cara kiraannya seperti berikut:

  1. Layari pautan PLUS di https://www.plus.com.my/.
  2. Kemudian, pengguna perlu scroll ke bawah sehingga menjumpai ‘Toll Fare Calculator’.
  3. Pilih lebuhraya yang ingin digunakan.
  4. Seterusnya, pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
  5. Kadar tol akan ditunjukkan mengikut kategori kenderaan.
  6. Perhatikan jenis kenderaan yang digunakan dengan betul serta kadar bayarannya.
  7. Selesai.

SEMAK TOLL RATE PLUS

Bayaran tol ini juga boleh disemak melalui laman web khas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) seperti di bawah:

  1. Layari laman web LLM https://www.llm.gov.my/.
  2. Cari [Kalkulator Tol] untuk kira kadar tol lebuhraya.
  3. Kemudian, pilih Lebuhraya PLUS.
  4. Pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
  5. Paparan perjalanan Lebuhraya PLUS akan keluar dengan kelas kenderaan dan kadar bayarannya.
  6. Selesai.

SUMBER

Maklumat tentang tol lebuhraya PLUS ini telah dirujuk daripada laman web khas PLUS. Sebarang maklumat lanjut berkenaan tol atau keadaan lebuhraya, boleh rujuk di:

Laman web PLUS : https://www.plus.com.my/
No. Telefon : 03-7666 4666
No. Faks : 03-7801 4666

Leave a Comment