PERMOHONAN STR FASA 1 2027 : KINI BOLEH DI MOHON SECARA MANUAL DAN ONLINE

PERMOHONAN STR FASA 1 2027 : KINI BOLEH DI MOHON SECARA MANUAL DAN ONLINE

Kalau anda memang biasa menerima STR setiap tahun, sekarang dah boleh mula ambil perhatian untuk STR 2027 pula.

Permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR 2027 bagi Fasa 1 sudah dibuka secara manual mulai 1 Oktober 2026 di Pejabat HASiL. Bagi yang lebih senang buat secara online, permohonan akan dibuka mulai 15 Oktober 2026 melalui Portal STR.

Jangan tunggu sampai saat akhir. Kalau ada perubahan pada maklumat diri, status perkahwinan, anak, pendapatan atau maklumat lain, elok semak dan kemas kini lebih awal.

Untuk yang belum pernah mohon STR sebelum ini pun boleh ambil peluang ini untuk buat permohonan baharu. Di bawah kami terangkan tarikh penting, siapa yang perlu buat kemas kini dan cara mohon STR 2027 Fasa 1 secara online atau manual.

BACA JUGA DI SINI : DAFTAR epKHAS KPM 2027 PERMOHONAN PENDIDIKAN KHAS DALAM TALIAN MELALUI PAUTAN TINGKATAN 1 & 4 YANG DISEDIAKAN

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Permohonan boleh dilakukan sama ada secara fizikal atau digital pada tarikh yang ditetapkan berikut:

  • Permohonan Manual: Bermula 1 Oktober 2026
  • Permohonan Dalam Talian: Bermula 15 Oktober 2026
TARIKH PERMOHONAN STR 2027

CARA BUAT PERMOHONAN STR FASA 1 2027

  • Bagi permohonan secara manual (Bermula 1 Oktober 2026),pemohon boleh hadir ke mana-mana Cawangan Pejabat HASiL yang berdekatan untuk mengambil, mengisi, dan menyerahkan borang fizikal.
  • Bagi permohonan dalam talian (Bermula 15 Oktober 2026), pendaftaran baharu dan kemas kini maklumat boleh dilakukan melalui Portal Rasmi STR.
CARA BUAT PERMOHONAN STR FASA 1 2027

SIAPA YANG PATUT BUAT KEMASKINI ?

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:

  • perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat
  • perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan STR 2024, 2025 dan 2026 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan
  • tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
  • tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Permohonan baharu dan kemaskini boleh dilakukan melalui portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my

Sekiranya terlupa kata laluan / soalan keselamatan / emel tidak sah, sila hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 untuk set semula / hapus akaun MySTR.

JUMLAH BAYARAN STR 2027

Walaupun pendaftaran Fasa 1 telah dibuka, perincian rasmi mengenai jumlah bantuan (amaun) bagi setiap kategori (Isi Rumah, Warga Emas, dan Lajang) serta syarat had pendapatan bulanan yang tepat hanya akan diketahui selepas pembentangan Belanjawan 2027 yang dijadualkan pada 9 Oktober 2026.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk melengkapkan kemas kini asas terlebih dahulu dan menyemak status kelayakan penuh mereka secara berkala selepas tarikh pembentangan tersebut.

Jangan mudah terpedaya dengan pautan palsu di media sosial dan pastikan anda hanya menggunakan portal rasmi LHDN untuk urusan penyerahan maklumat peribadi anda.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, semakan status, kemaskini dan permohonan baharu STR, anda boleh menggunakan saluran rasmi LHDN berikut:

  • Portal Rasmi STR: hasil.gov.my
  • Talian Nombor Hotline STR LHDN: 1-800-88-2747 (Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
  • Talian Pejabat MoF (Kementerian Kewangan): 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir Fizikal: Mana-mana Cawangan HASiL

SOALAN LAZIM STR 2027

Bilakah tarikh tutup permohonan STR 2027 Fasa 1?

Buat masa ini, tarikh tutup rasmi untuk permohonan STR 2027 Fasa 1 masih belum diumumkan. Permohonan dan kemas kini pula sudah mula dibuka pada 1 Oktober 2026.

Saya masih penerima STR 2026. Perlu mohon semula untuk STR 2027?

Tak perlu buat permohonan baharu jika maklumat anda masih sama dan tiada perubahan. Rekod penerima sedia ada akan digunakan untuk proses semakan STR 2027.

Siapa yang perlu buat permohonan atau kemas kini maklumat?

Permohonan baharu adalah untuk mereka yang belum pernah menerima STR tetapi memenuhi syarat yang ditetapkan. Bagi penerima lama pula, kemas kini perlu dibuat sekiranya ada perubahan seperti status perkahwinan, bilangan anak, maklumat pendapatan atau akaun bank.

Kalau semua maklumat masih sama seperti tahun lepas, perlu kemas kini juga?

Jika tiada sebarang perubahan pada maklumat anda, biasanya tak perlu buat kemas kini. Anda boleh pastikan sahaja rekod sedia ada masih betul dan tunggu proses semakan STR 2027.

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel