DAFTAR epKHAS KPM 2027 : PERMOHONAN PENDIDIKAN KHAS DALAM TALIAN MELALUI PAUTAN TINGKATAN 1 & 4 YANG DISEDIAKAN
Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) boleh mula membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi ambilan tahun 2027.
Permohonan ini dibuka mulai 1 September 2026, jam 11.00 pagi hingga 30 September 2026.
Permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa, penjaga atau guru bagi kemasukan MBPK ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu menggunakan Portal epKhas KPM melalui laman rasmi:
Sebaiknya permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan supaya tidak terlepas tarikh tutup.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat, lokasi sekolah dan cara membuat permohonan.
BACA JUGA DI SINI : GANTIAN MYKAD BARU : CARA MEMBUAT PERMOHONAN
APA YANG DIMAKSUDKAN SEKOLAH PENDIDIKAN BEKEPERLUAN KHAS?
Sekolah Pendidikan Khas (SPK), termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), merupakan sekolah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diwujudkan khusus untuk membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mendapatkan pendidikan dalam suasana yang sesuai dengan keperluan mereka.
Pengurusan sekolah-sekolah ini berada di bawah Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas). Persekitaran pembelajaran, kemudahan sekolah, kurikulum serta pendekatan pengajaran turut disesuaikan bagi memastikan murid dapat belajar dengan lebih selesa dan berkesan.
Kemudahan dan kaedah pembelajaran yang disediakan mengambil kira keperluan MBPK daripada pelbagai kategori ketidakupayaan, supaya setiap murid mendapat sokongan pendidikan yang bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan masing-masing.
TARIKH DAFTAR epKHAS KPM 2027
Tarikh permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Pendidikan Khas bagi ambilan tahun 2027 adalah seperti berikut:
Tarikh Buka: 1 September 2026 (mulai 11 pagi)
Tarikh Tutup: 30 September 2026.
Permohonan rasmi secara dalam talian boleh diakses sepenuhnya sepanjang tempoh tersebut melalui portal utama ePKHAS KPM.
SYARAT DAFTAR epKHAS KPM 2027
Berikut ialah syarat umum permohonan bagi kemasukan ke SMK Pendidikan Khas, SMPK Vokasional dan Kolej Vokasional:
- Calon ialah warganegara Malaysia.
- Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
- Mempunyai surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan/swasta. atau Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan permohonan Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK).
- Calon mestilah sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan lain-lain penyakit) yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
- Berkeupayaan mengurus diri.
- Tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat seperti:
- laporan murid daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM); dan
- laporan kehadiran melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
CARA DAFTAR epKHAS KPM 2027
Sila layari permohonan dalam talian melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my
Untuk pertama kali memasuki sistem ini, Ibu bapa/penjaga wajib mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan ID Pengguna dan Katalaluan. Sila klik pada perkataan Daftar Pengguna.
epKHAS KPM 2027
1. Layari portal rasmi
Ibu bapa atau penjaga perlu mengakses Portal ePKhas KPM 2027 melalui pautan: https://epkhas.moe.gov.my/
2. Daftar pengguna
Jika baru pertama kali menggunakan sistem, ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan.
3. Klik “Daftar Pengguna”
Pilih menu “Daftar Pengguna” dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam sistem.
4. Log masuk ke sistem
Setelah pendaftaran berjaya, gunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk log masuk ke Portal ePKhas.
5. Lengkapkan permohonan
Isi semua maklumat yang diperlukan dengan betul sebelum menghantar permohonan.
6. Semak semula maklumat
Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat sebelum membuat penghantaran permohonan.
Nota: Sekiranya Ibu bapa atau penjaga telah mendaftar dan mempunyai ID Pengguna dan Katalaluan, sila terus login ke dalam sistem.
LOKASI SEKOLAH BEKEPERLUAN KHAS 2027
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), SMPKV dan Kolej Vokasional yang ditawarkan dalam permohonan adalah seperti dalam senarai berikut:
- SMKPK Setapak, Kuala Lumpur
- SMKPK Persekutuan, Pulau Pinang
- SMKPK Bumbong Lima, Pulau Pinang
- SMPKV Shah Alam, Selangor
- SMPKV Indahpura, Johor
- SMPKV Kuantan, Pahang
- SMPKV Merbok, Kedah
- Kolej Vokasional Keningau, Sabah

MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini mengenai epkhas KPM 2027 (Permohonan Tingkatan 1 & 4 Pendidikan Khas 2027), sila rujuk:
Portal epKhas KPM: https://epkhas.moe.gov.my/
Facebook Bahagian Pendidikan Khas, KPM
Bahagian Pendidikan Khas(BP Khas), Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, Blok E2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
No.Tel: 03 – 8884 9190
No.Faks: 03 – 8888 6670
SOALAN LAZIM
- Apakah syarat utama untuk memohon?
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia, murid daripada sekolah kerajaan/bantuan kerajaan, sihat tubuh badan (tiada penyakit kronik), mempunyai keupayaan mengurus diri, dan memegang Kad OKU sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Di manakah permohonan boleh dibuat?
- Permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi ePKHAS KPM 2027.
- Bolehkah murid mengisi sendiri borang dalam talian?
- Tidak digalakkan. Pengisian borang mestilah dilakukan dengan bimbingan ibu bapa, penjaga, atau guru bagi memastikan ketepatan data peribadi dan pemilihan jenis aliran sekolah.
- Adakah semua murid yang berjaya akan menerima bantuan kewangan?
- Ya, MBPK berkualifikasi yang merupakan warganegara Malaysia dan bersekolah di institusi KPM layak menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBK) (tertakluk kepada pekeliling semasa).
- Bilakah keputusan permohonan ePKHAS biasanya diumumkan?
- Tarikh keputusan rasmi penempatan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan diumumkan kelak secara dalam talian melalui portal ePKHAS.
