BANTUAN AWAL IPT PAHANG 2026 : CARA BUAT PERMOHONAN,JUMLAH AGIHAN BAGI PELAJAR MATRIKULASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER DAN PHD
Berita baik buat anak Pahang yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT! Kini anda boleh memohon Bantuan Awal IPT MUIP bagi membantu menampung kos permulaan pengajian.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi berikut:
👉 https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/
Apa Itu Bantuan Awal IPT Pahang 2026?
Bantuan Awal IPT MUIP ialah inisiatif daripada Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk membantu pelajar kelahiran Pahang yang baru mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Bantuan ini diberikan sekali sahaja dan merangkumi pelbagai peringkat pengajian seperti:
- Asasi / Matrikulasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana (Master)
- Kedoktoran (PhD)
Tujuannya adalah untuk membantu kos awal seperti yuran pendaftaran dan keperluan asas pelajar.
Kadar Bantuan
- Asasi / Matrikulasi (Sepenuh Masa) : RM400
- Diploma (Sepenuh Masa) : RM600
- Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) : RM1,000
- Ijazah Sarjana Muda (PJJ) : RM1,500
- Ijazah Sarjana (Master) : RM1,500
- PhD (Selain Pengajian Islam) : RM3,000
- PhD (Pengajian Islam) : RM5,000
Syarat Kelayakan
- Beragama Islam
- Pemohon dan ibu bapa/penjaga bermastautin di Negeri Pahang
- Telah menerima surat tawaran IPT
- Permohonan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tawaran
- Bantuan hanya sekali bagi setiap peringkat pengajian
Dokumen Diperlukan
- Resit bayaran pendaftaran / slip pendaftaran
- PhD sahaja: Surat Kelulusan Proposal Defense
Cara Mohon
Permohonan dilakukan secara online melalui pautan berikut:
👉 Mohon Bantuan Awal IPT MUIP
- Daftar akaun pengguna baharu
- Log masuk ke sistem
- Isi maklumat peribadi dan pengajian
- Muat naik dokumen
- Hantar permohonan
Nota: Pastikan nombor telefon dan akaun bank adalah aktif.
Soalan Lazim (FAQ)
Boleh mohon tanpa surat tawaran IPT?
Tidak boleh. Pemohon mesti mempunyai surat tawaran rasmi.
Berapa kali boleh mohon?
Hanya sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian.
Siapa yang layak?
Pelajar Islam kelahiran Pahang yang memenuhi syarat ditetapkan.
Dokumen tambahan untuk PhD?
Perlu sertakan Surat Kelulusan Proposal Defense.
Maklumat Lanjut
Layari laman rasmi MUIP untuk info penuh:
👉 https://zakat4pengajian.muip.gov.my/
Baca Juga
👉 Cara Mohon BUDI Sabah 2026 : Permohonan Bantuan Tunai Melanjutkan Pelajaran Ke IPT RM1500 & RM2000
