BANTUAN E KASIH RM600 2025 (SEMAK LAYAK ATAU TIDAK)

BANTUAN E KASIH RM600 2025 (SEMAK LAYAK ATAU TIDAK)

PENGENALAN

Sehingga kini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam inisiatif menangani isu kemiskinan di Malaysia, termasuklah dengan memperkenalkan sistem eKasih bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Antara bantuan yang layak diperoleh melalui pendaftaran eKasih adalah bantuanMyKasih/SARA dimana kategori penerima bantuan ini adalah mereka yang berstatusmiskin/miskin tegar yang tercatat dalam pangkalan data eKasih.

Bagaimanakah eKasih 2025 semakan status? Ketahui info lebih lanjut dibawah :

Baca Juga : BAYARAN MYKAD MADANI 2025 (RM1200, RM900, RM600)

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN E KASIH 2025

Antara syarat kelayakan bagi penerima bantuan Program MyKasih 2025 yang telah diselaraskan oleh kerajaan ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH

Seterusnya, tarikh pembayaran bantuan MyKasih adalah secara ansuran serta berperingkatmengikut negeri seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin dan miskin tegarSemenanjung Malaysia :
Januari hingga Disember 2025

Sabah dan Sarawak :
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia :
April hingga Disember 2025

Sabah dan Sarawak
Aprik dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasake semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

KADAR BAYARAN EKASIH 2025

Jumlah pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap kategori adalah berbeza setiap kategori seperti di bawah:

KELAYAKAN PENERIMAKADAR JUMLAH (RM)
Penerima sedia ada
(Miskin dan Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM1,200
Warga Emas : Rm1,200
Bujang : Rm600
Penerima baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : Rm900
Warga Emas : Rm450
Bujang : –

E KASIH 2025 SEMAKAN STATUS

BANTUAN E KASIH RM600 2025 (SEMAK LAYAK ATAU TIDAK)

Kemudiannya, pemohon yang ingin membuat semakan status bantuan eKasih 2025, boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :

  1. Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    • Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    • Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    • Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    • Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    • Status penerima akan dipaparkan.
    • Selesai.
  1. Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    • Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    • Klik butang [Log Masuk].
    • Seterusnya, klik [Semak].
    • Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    • Masukkan kata laluan yang betul.
    • Klik butang [Log Masuk].
    • Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    • Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    • Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagimemudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib sepertidi bawah:

Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Alamat E-mel : info@mykasih.com

Leave a Comment