BANTUAN MYKASIH ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS MYKASIH RM100 FEBRUARI 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKASIH ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS MYKASIH RM100 FEBRUARI 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan bahawa lebih 22 juta rakyat Malaysia bakal menerima bantuan SARA ONE-OFF pada Februari 2026. Bantuan ini diberikan sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan juga persiapan Bulan Ramadhan.

Nak tahu macam mana nak semak status bantuan MYKASIH ONE-OFF 2026? Teruskan baca untuk info lanjut.

Baca juga: Semakan Wang Tak Dituntut Guna IC : Cara Semak & Permohonan Pengeluaran Secara Online

BANTUAN MYKASIH ONE OFF

Bantuan MYKASIH ONE-OFF adalah bantuan kerajaan yang diberikan sekali sahaja di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad, dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang berdaftar dengan program SARA.

Program Bantuan MYKASIH ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :

MaklumatButiran
Jumlah Bantuan (RM)100.00
Syarat KelayakanSemua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan
Cara PembayaranTanpa Tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan)
ManfaatBoleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad

PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH ONE OFF 2026

Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan MYKASIH ONE-OFF. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan iaitu Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima bayaran RM100 secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dan Secara One-Off adalah berbeza seperti berikut :

Ciri-ciriSARA BulananSARA One-Off
TujuanBantuan Tambahan STR untuk meringankan kos sara hidupBantuan Sempena Sambutan/Acara tertentu seperti Sambutan Ramadhan
Syarat KelayakanPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan
Jumlah BantuanBermula RM50 sehingga RM200 (mengikut kelayakan penerima)RM100
Kekerapan PembayaranSetiap bulan, bermula Januari sehingga DisemberSekali bayaran sahaja

SEMAKAN STATUS MYKASIH ONE OFF 2026

Berikut cara buat semakan status kelayakan layak atau tidak terima bantuan MYKASIH ONE OFF 2026.Terdapat dua cara utama untuk semak status bantuan MYKASIH ONE-OFF melalui Portal STR dan Portal MyKasih. Ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Semak melalui Portal STR (Sumbangan Tunai Rahmah)
    • Layari laman web rasmi Portal STR: https://www.str.gov.my
    • Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) anda.
    • Pilih menu Semakan Bantuan SARA ONE-OFF.
    • Status bantuan anda akan dipaparkan, termasuk tarikh pembayaran dan jumlah yang diterima.
  2. Semak melalui Portal MyKasih
    • Layari laman web rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
    • Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) dan kata laluan yang didaftarkan.
    • Pergi ke bahagian Status Bantuan / History.
    • Anda boleh lihat sama ada bantuan SARA ONE-OFF sudah dikreditkan ke akaun MyKasih anda.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH ONE OFF 2026

Bantuan MYKASIH ONE-OFF tahun 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

Tarikh PembayaranTarikh Luput Kredit Bantuan
9 Februari 202631 Disember 2026

Kredit Bantuan SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 9 Februari 2026, dan akan luput pada 31 Disember 2026.

KATEGORI BARANGAN MYKASIH 2026

Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :

  1. Makanan Asas;
  2. Makanan dan Minum;
  3. Makanan Dalam Tin;
  4. Barangan Kebersihan Rumah;
  5. Produk Penjagaan Diri;
  6. Ubat-ubatan;
  7. Barang Keperluan sekolah

Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :

Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan Pasar Mini terpilih.
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH ONE OFF

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf

1 thought on “BANTUAN MYKASIH ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS MYKASIH RM100 FEBRUARI 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel