SEMAKAN BANTUAN RM100 ONE OFF – TARIKH TEBUS, SENARAI KEDAI & BARANG YANG BOLEH BELI
Kerajaan Malaysia terus komited untuk membantu rakyat, khususnya dalam menangani isu kos sara hidup yang meningkat. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, satu lagi inisiatif telah diumumkan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua sebanyak RM100 secara one-off akan diberikan kepada penerima yang layak pada 31 Ogos 2025.

Baca Juga : Jadual Bayaran Bantuan Budi Madani 2025
Apa Itu Bantuan RM100 One Off?
Bantuan SARA 2025 adalah salah satu usaha kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2025. Ia merupakan bantuan wang tunai dalam bentuk kredit elektronik sebanyak RM100 yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.
Perlu diingatkan bahawa bantuan ini bersifat one-off, yang bermaksud ia hanya diberikan sekali sahaja untuk tahun 2025. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menggunakannya!
Siapa Yang Layak Menerima Bantuan RM100 One Off Ini?
Berbeza dengan bantuan tunai lain yang biasanya diberikan kepada golongan B40 atau M40 sahaja, Bantuan SARA 2025 ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah dewasa.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas pada atau sebelum 31 Ogos 2025 (bermakna, anda mestilah lahir pada atau sebelum 31 Ogos 2007).
- Mempunyai MyKad yang sah dan masih aktif.
- Tidak perlu membuat permohonan – anda akan menerima bantuan secara automatik.
Ini bermakna, dianggarkan lebih daripada 20 juta rakyat Malaysia dewasa layak untuk menerima bantuan ini. Jumlah yang besar, bukan?
Cara Semak Status Bantuan RM100 One Off
Untuk memudahkan penerima mengetahui status kelayakan mereka, semakan boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi SARA. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan :
- Layari Portal Rasmi SARA di : https://www.sara.gov.my/
- Halaman utama akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Proses selesai.
Tarikh Pembayaran Bantuan SARA One Off
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, pembayaran akan dikreditkan pada 31 Ogos 2025. Tarikh ini dipilih bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-68, sebagai simbol keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Para penerima tidak perlu melalui proses permohonan tambahan kerana pembayaran akan dibuat secara automatik kepada mereka yang layak.
Panduan Penebusan SARA One-Off RM100 Menggunakan MyKad
Setelah bantuan dikreditkan, penerima boleh terus menggunakan kredit tersebut di kedai runcit atau pasar raya yang berdaftar di bawah MyKasih. Berikut adalah langkah-langkah penebusan yang mudah :
- Bawa MyKad anda ke kedai runcit atau pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih.
- Pilih barangan keperluan asas yang dibenarkan di bawah program ini.
- Di kaunter pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk diimbas.
- Jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada baki RM100 yang tersedia.
Proses ini direka untuk menjadi mudah dan cepat, tanpa memerlukan penggunaan wang tunai.
Senarai Kedai Yang Terlibat Dengan Bantuan RM100 One Off ini
Kerajaan telah bekerjasama dengan lebih daripada 4,100 kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara. Ini termasuklah beberapa rangkaian kedai besar seperti :
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- Giant
- 99 Speedmart
- Kedai runcit koperasi & kedai komuniti yang berdaftar di bawah program MyKasih
Untuk memastikan sama ada kedai yang anda kunjungi itu terlibat atau tidak, anda boleh menyemak senarai penuh kedai yang berdaftar melalui portal rasmi MyKasih.
Barangan Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan RM100 One Off Ini?
Bantuan RM100 One Off ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini termasuk lebih daripada 14 kategori barangan seperti :
- Beras
- Telur
- Mi Segera
- Makanan dalam Tin
- Minuman
- Bahan Perasa
- Biskut
- Minyak Masak
- Roti
- Produk Kebersihan Diri
- Tepung
- Barangan Kebersihan Rumah
- Ubat-ubatan
- Keperluan sekolah

Rokok, minuman beralkohol, barangan elektrik, dan barangan mewah tidak dibenarkan dibeli menggunakan bantuan ini. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban dalam membeli barangan keperluan asas, jadi gunalah dengan bijak.
Soalan Lazim (FAQ) Bantuan SARA One-Off 2025
Adakah semua rakyat Malaysia akan menerima RM100 ini?
Ya, semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak menerimanya.
Perlukah saya mendaftar atau memohon untuk mendapatkan bantuan ini?
Tidak perlu. Pemberian bantuan adalah automatik berdasarkan rekod MyKad anda.
Bagaimana jika MyKad saya rosak atau hilang? Bagaimana saya nak tebus bantuan ini?
Anda perlu menggantikan MyKad anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secepat mungkin. Kredit bantuan akan dipindahkan secara automatik ke MyKad baharu anda.
Bolehkah saya menggunakan RM100 ini untuk membeli-belah secara online?
Tidak boleh. Bantuan ini hanya boleh digunakan di kedai fizikal yang berdaftar dengan program ini sahaja.
Bantuan RM100 One Off 2025
Bantuan RM100 One Off 2025 adalah salah satu usaha besar kerajaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia dewasa dapat menikmati sedikit kelegaan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Dengan RM100 yang dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad anda bermula 31 Ogos 2025, manfaatkan peluang ini sebaiknya dengan membuat penebusan sebelum 31 Disember 2025.
Sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda supaya semua orang dapat menikmati manfaat penuh daripada Bantuan SARA RM100 Untuk Semua!
Rujukan & Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat rasmi berkaitan Bantuan SARA 2025, sila rujuk sumber berikut :
- Portal Rasmi SARA
- Portal Rasmi MyKasih
