BANTUAN SARA 2026 RM100 ONE OFF : SEMAK STATUS TERKINI SAMA ADA ANDA TERSENARAI SEBAGAI PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Bantuan SARA 2026 atau dikenali Sumbangan Asas Rahmah yang bakal dinikmati lebih 22 juta rakyat Malaysia telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri untuk Februari 2026.
Bantuan ini diberikan bagi membantu rakyat membuat persiapan Tahun Baru Cina dan juga menjelang bulan Ramadan.
Nak tahu sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima Bantun SARA 2026 RM100 ONE OFF? Semak panduan lengkap di bawah sekarang.
Baca juga: Semakan Wang Tak Dituntut Guna IC : Cara Semak & Permohonan Pengeluaran Secara Online
CARA SEMAK BANTUAN SARA 2026
Portal STR
- Layari Portal Rasmi STR
- Log masuk menggunakan nombor MyKad
- Pilih menu Semakan SARA ONE-OFF
- Status bantuan akan dipaparkan
Portal SARA
- Layari Portal Rasmi SARA / MyKasih
- Log masuk menggunakan nombor MyKad
- Pergi ke bahagian semakan bantuan
- Semak status kelayakan
Jika nama anda tidak muncul atau tidak tersenarai, jangan risau. Status boleh disemak semula kemudian melalui Portal STR atau Portal SARA. Pastikan MyKad anda aktif dan sah. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi talian 03 – 7720 1800 atau emel [email protected].
BANTUAN SARA 2026 RM100 ONE OFF
Bantuan SARA 2026 RM100 ONE-OFF adalah bantuan kerajaan yang diberikan sekali sahaja di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bantuan ini akan diberikan bukan dalam bentuk tunai tetapi akan dimasukkan ke dalam MYKAD penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sahaja di kedai-kedai yang berdaftar dengan program SARA.
Program Bantuan SARA 2026 dilaksanakan seperti berikut :
| Maklumat | Butiran |
|---|---|
| Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 |
| Syarat Kelayakan | Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan |
| Cara Pembayaran | Tanpa Tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad |
PERMOHONAN BANTUAN SARA 2026 RM100 ONE OFF
Untuk terima bantuan SARA 2026 secara one off,tiada sebarang permohonan yang diperlukan.Jika individu cukup syarat kelayakan seperti telah capai umur 18 tahun ke atas akan menerima bayaran RM100 ini secara automatik ke dalam IC penerima.
Berikut perbezaan antara SARA Bulanan dan SARA one off :
| Ciri-ciri | SARA Bulanan | SARA One-Off |
|---|---|---|
| Tujuan | Bantuan Tambahan STR untuk meringankan kos sara hidup | Bantuan Sempena Sambutan/Acara tertentu seperti Sambutan Ramadhan |
| Syarat Kelayakan | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan |
| Jumlah Bantuan | Bermula RM50 sehingga RM200 (mengikut kelayakan penerima) | RM100 |
| Kekerapan Pembayaran | Setiap bulan, bermula Januari sehingga Disember | Sekali bayaran sahaja |
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026
Bayaran SARA one off akan mula dikreditkan pada tarikh berikut :
| Tarikh Pembayaran | Tarikh Luput Kredit Bantuan |
|---|---|
| 9 Februari 2026 | 31 Disember 2026 |
Kredit Bantuan SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 9 Februari 2026, dan akan luput pada 31 Disember 2026.
BARANG KEPERLUAN ASAS YANG BOLEH DIBELI
Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Makanan Asas;
- Makanan dan Minum;
- Makanan Dalam Tin;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Produk Penjagaan Diri;
- Ubat-ubatan;
- Barang Keperluan sekolah
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan Pasar Mini terpilih.
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
INI LANGKAH TEBUS SARA DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SOALAN LAZIM
- Siapa yang layak menerima SARA ONE-OFF?
- Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak menerima bantuan ini tanpa mengira pendapatan.
- Adakah saya perlu memohon?
- Tidak, bantuan ini akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima yang layak.
- Bolehkah bantuan ditukar tunai?
- Tidak, bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar SARA.
- Berapa lama kredit SARA ONE-OFF boleh digunakan?
- Kredit boleh digunakan mulai 9 Februari 2026 sehingga 31 Disember 2026.
- Di mana saya boleh menggunakan kredit SARA ONE-OFF?
- Boleh digunakan di pasar raya besar seperti Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco), dan kedai runcit berdaftar termasuk 99 Speedmart.
- Apa yang berlaku jika barangan yang dibeli melebihi kredit SARA?
- Anda perlu membayar lebihan menggunakan wang sendiri. Kredit SARA hanya menampung sehingga jumlah yang diberikan.
- Bolehkah kredit SARA dipindahkan kepada orang lain?
- Tidak, kredit SARA ONE-OFF hanya sah untuk MyKad penerima yang layak.
- Saya tidak tersenarai, apa perlu saya buat?
- Semak semula selepas beberapa hari melalui Portal STR atau Portal SARA. Pastikan MyKad aktif. Untuk bantuan, hubungi 03 – 7720 1800 atau emel [email protected].
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
e-Mel : [email protected]
DISCLAIMER
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf
