BANTUAN SARAWAK PAY 2025 : SKAS DAFTAR PERMOHONAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS (RM800 & RM400 & RM250) SECARA ONLINE
Dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat, kerajaan Sarawak telah memperkenalkan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sebagai salah satu inisiatif kebajikan yang berfokus kepada golongan yang memerlukan. Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah memenuhi keperluan asas mereka, termasuk makanan, pakaian, dan keperluan harian lain.
Pendekatan inovatif ini sejajar dengan visi Sarawak untuk menjadi negeri maju yang inklusif, di mana setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Program ini tidak hanya memberikan bantuan material tetapi juga memberi harapan kepada mereka yang memerlukan, sekaligus mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan sosial yang mampan.
Bagaimanakah langkah permohonan skas secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PANDUAN PROSES PENDAFTARAN MYKID
APA ITU SKAS 2025
Dilancarkan pada tahun 2025, SKAS menjadi sebahagian daripada strategi kerajaan negeri untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, khususnya mereka yang terjejas oleh situasi ekonomi semasa. Program ini juga menekankan kecekapan dalam penyaluran bantuan dengan memperkenalkan sistem digital melalui aplikasi seperti Spay Global, membolehkan penerima menerima bantuan dengan cepat dan selamat.
TARIKH PERMOHONAN DAN PENERIMAAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Penerimaan pertama (1) Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bermula pada 18 Februari 2025, Selasa khas kepada 886,288 rakyat Sarawak yang telah berjaya memohon. Bagaimanapun, bagi yang tidak tersenarai tetapi memenuhi syarat kelayakan, boleh mengemukakan permohonan bermula pada 1 Februari 2025 sehingga 1 Jun 2025 untuk penerimaan seterusnya.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK PAY
Bantuan SKAS adalah khas kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Kriteria Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas
- Isi Rumah :
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2025 adalah mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SKAS 2025 |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM800 |
| BUJANG | RM250 |
| Warga Emas ( Tiada Pasangan & Tiada Anak ) | RM400 |
PANDUAN PERMOHONAN SKAS 2025 ONLINE
Rakyat Sarawak yang berkelayakan dan belum mengemukakan permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan pendaftaran S Pay Global tidak perlu risau kerana permohonan dan pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.
Ikuti panduan permohonan Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) secara online seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak di pautan ini https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.
- Kemudian, klik pada butang [Apply Online] di bawah.
- Klik pada butang [Sarawak ID Login].
- Masukkan [Sarawak ID] anda dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Klik pada permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Akhir sekali, klik butang [Hantar / Apply].
- Selesai.
Seterusnya, ikuti panduan cara pendaftaran S Pay Global :
- Muat turun aplikasi S Pay Global di dalam Apps Store / Google Play.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi S Pay Global.
- Klik pada butang [Register Now].
- Pilih kewarganegaraan anda [Malaysian] atau [Other].
- Masukkan segala maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Untuk pengesahan akaun, tangkap gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
- Kemudian, untuk eKYC letakkan muka anda di bahagian tengah bulatan dan tekan untuk rekod.
- Nombor pengesahan akan dihantar kepada nombor yang anda daftarkan.
- Selesai.
KADAR IMPLIKASI DAN BILANGAN PENERIMA SKAS 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang pertama (1) akan melibatkan kadar implikasi mengikut bilangan penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA | KADAR IMPLIKASI (RM) |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | 410,529 penerima | RM328.4 juta |
| BUJANG | 361,295 penerima | RM90.3 juta |
| WARGA EMAS (Tiada Pasangan & Tiada Anak) | 114,464 penerima | RM45.8 juta |
*Ini menjadikan nilai keseluruhan Bantuan SKAS berjumlah RM464.5 juta, tidak termasuk bagi yang akan mengemukakan permohonan nanti.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Pusat Talikhidmat : 082-555 999
Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Maklumat yang disediakan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bertujuan untuk rujukan dan panduan umum sahaja. Kerajaan Sarawak dan pihak berkaitan berhak untuk membuat perubahan, pindaan, atau penambahbaikan terhadap dasar, syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan tarikh pelaksanaan tanpa sebarang notis awal.
Sebarang keputusan muktamad mengenai kelayakan atau penyaluran bantuan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) atau agensi yang bertanggungjawab. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, kekeliruan, atau salah tafsir yang mungkin timbul daripada maklumat ini.
Penerima bantuan disarankan untuk menghubungi pejabat kebajikan masyarakat atau merujuk laman web rasmi https://welfare.sarawak.gov.my/ untuk maklumat terkini dan sahih. Penggunaan sistem digital seperti Spay Global hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, dan sebarang masalah teknikal perlu dirujuk kepada pihak pengurusan sistem.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.
