CARA MOHON BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

CARA MOHON BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Biasiswa sangat membantu pelajar yang ingin sambung belajar tanpa perlu risau soal kewangan. Salah satu biasiswa yang terkenal di Malaysia ialah Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR).

Berita baik untuk pelajar yang berminat, permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman kini telah dibuka. Biasiswa ini bukan sahaja menawarkan bantuan kewangan, malah turut memberi penekanan kepada pembentukan kepimpinan dan sahsiah pelajar.

Dalam artikel ini, kami kongsikan info ringkas mengenai Biasiswa Tunku Abdul Rahman termasuk tujuan, syarat kelayakan, kelebihan dan cara memohon.

BACA JUGA DI SINI : BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2026 : CARA MOHON DAN SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KOMPUTER RIBA

APA ITU BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN

Biasiswa Tunku Abdul Rahman merupakan program tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR). Biasiswa ini dinamakan sempena Perdana Menteri pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Biasiswa ini diwujudkan untuk melahirkan generasi pemimpin muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kepimpinan.

Biasiswa ini biasanya diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti terpilih.

PROSES PERMOHONAN BIASISWA YTAR 2026

Berikut ialah proses permohonan :

  1. Borang Permohonan
    • Hantar borang permohonan biasiswa sebelum 8 April 2026, jam 2 petang.
  2. Temuduga
    • Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temu duga secara maya.
  3. Penganugerahan Biasiswa
    • Calon yang dipilih akan menerima surat tawaran biasiswa dan memulakan perjalanan biasiswa mereka.

CARA MOHON BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2026

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuat secara online sahaja. Jangan risau, langkahnya agak mudah seperti di bawah:

  1. Layari portal rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman
    • Mula-mula sekali, pemohon perlu masuk ke laman web rasmi yayasan untuk dapatkan info dan buka permohonan.
  2. Daftar akaun pemohon
    • Buat pendaftaran akaun baru dan isi maklumat diri seperti yang diminta.
  3. Lengkapkan borang permohonan
    • Isi maklumat akademik, aktiviti kokurikulum dan pengalaman kepimpinan dengan jujur dan lengkap.
  4. Muat naik dokumen sokongan
    • SATU (1) bukti pendapatan yang disahkan bagi setiap ahli isi rumah yang meyumbang dari segi kewangan. Bukti pendapatan berikut diterima.
      • Penyata pendapatan
      • Slip gaji (Ibu / bapa / penjaga)
      • Slip cukai pendapatan
      • Penyata akaun bank (3 bulan terkini)
    • Salinan kad pengenalan
    • Salinan Keputusan Pra-U atau Semester Terkini
    • Surat Sokongan (Tidak Wajib)
    • Maklumat Tambahan (Tidak Wajib)
  5. Hantar permohonan
  6. Semak semula semua maklumat supaya tiada kesilapan sebelum tekan butang hantar.

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA

Di bawah kami sediakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan biasiswa :

  1. Biasiswa ini terbuka kepada bakal pelajar dan pelajar semasa mana-mana kursus yang diiktiraf MQA di universiti awam atau swasta di Malaysia.
  2. ​Untuk pelajar yang belum memulakan ijazah mereka: Akan melengkapkan anda pengajian prauniversiti dan mulakan ijazah anda selewat-lewatnya pada Mac 2027.
  3. Bagi pelajar yang mendaftar dalam program ijazah: Mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk menamatkan pengajian anda (tarikh tamat pengajian selepas September 2028).
  4. Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar
  5. Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai YTAR
  6. Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5,250 sebulan.

TARIKH BUKA DAN TUTUP PERMOHONAN

​Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 akan dibuka pada 8 Februari 2026 dan akan ditutup pada 8 April 2026 pada 2 petang.

SOKONGAN KEWANGAN

Biasiswa Tunku Abdul Rahman menyediakan sokongan kewangan yang khusus dalam bidang berikut:

Jenis BantuanPerincian Tajaan
Yuran UniversitiTajaan penuh yuran pengajian di universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA untuk pengajian di Malaysia.
Elaun BulananElaun sara hidup diberikan setiap bulan sepanjang tempoh penerimaan biasiswa.
Elaun TahunanElaun untuk pembangunan profesional, pembelian alat tulis, buku serta kos penerbangan (terhad penerbangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung sahaja).
Elaun Sekali Sepanjang PengajianDisediakan bagi menampung kos tambahan seperti pembelian komputer riba, kos tesis dan pakaian formal.

SOALAN LAZIM

  1. Biasiswa Tunku Abdul Rahman ni siapa yang boleh mohon?
    Warganegara Malaysia yang ada keputusan akademik baik, aktif kokurikulum dan ada ciri kepimpinan boleh mohon.
  2. Pelajar universiti boleh mohon ke?
    Boleh, ikut syarat semasa. Biasanya terbuka untuk pelajar baharu dan juga pelajar sedia ada.
  3. Tajaan ni cover apa je sebenarnya?
    Yuran pengajian, elaun bulanan, elaun tahunan dan elaun sekali sepanjang pengajian.
  4. Yuran universiti ditaja penuh ke?
    Ya, yuran pengajian ditaja sepenuhnya untuk universiti yang diiktiraf.
  5. Ada bagi duit poket setiap bulan tak?
    Ada. Penerima akan dapat elaun sara hidup setiap bulan.
  6. Kena kerja dengan yayasan lepas habis study ke?
    Setakat ini tiada ikatan kerja wajib, tapi penerima digalakkan aktif dalam aktiviti komuniti.
  7. Permohonan buat dekat mana?
    Permohonan dibuat secara online melalui portal rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman.
  8. Kena interview tak?
    Ya, pemohon yang lulus tapisan awal biasanya akan dipanggil temuduga.
  9. Semua bidang boleh mohon ke?
    Kebanyakan bidang boleh, tapi tertakluk kepada syarat dan kelulusan yayasan.
  10. Kalau tak berjaya, boleh mohon semula tahun depan?
    Boleh. Pemohon digalakkan cuba semula pada sesi akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

[email protected]
+603 2283 6063

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel