CARA SEMAK SAMAN JPJ 2025 : CEK DAN BAYAR SAMAN SECARA ONLINE

CARA SEMAK SAMAN JPJ 2025 : CEK DAN BAYAR SAMAN SECARA ONLINE

Ingin memastikan status saman JPJ anda? Anda boleh menyemak dan membuat pembayaran saman JPJ secara dalam talian. Proses ini mudah dan boleh dilakukan dari rumah menggunakan telefon pintar atau komputer.

Disini, kami akan kongsikan cara semak saman JPJ dan bayar secara online menggunakan portal rasmi serta aplikasi berkaitan yang sah.

Baca Juga : SKIM MYSALAM 2025 ( CARA BUAT TUNTUTAN)

KENAPA PERLU SEMAK SAMAN JPJ?

Semakan saman penting untuk :

  • Elak dikenakan tindakan mahkamah
  • Elak disenarai hitam
  • Mudahkan urusan renew lesen dan roadtax
  • Ambil peluang jika ada diskaun saman JPJ

SENARAI KESALAHAN JPJ DAN KADAR BAYARAN KOMPAUN

Berikut ialah beberapa jenis kesalahan lalu lintas JPJ yang biasa serta kadar samannya (rujukan umum, dan mungkin berubah mengikut pindaan terkini JPJ) :

KESALAHANKADAR SAMAN
Memandu Tanpa Lesen MemanduRM300
Lesen Memandu Tamat TempohRM150 – RM300
Tidak Mempamerkan Cukai Jalan (Roadtax)RM150
Cukai Jalan Tamat TempohRM150 – RM300
Tidak Memakai Tali Pinggang KeledarRM150
Menggunakan Telefon Bimbit Semasa MemanduRM300
Memandu Melebihi Had LajuRM150 – RM300
Modifikasi Kenderaan Tanpa KelulusanRM150 – RM300
Lampu Belakang Tidak MenyalaRM100
Gagal Patuhi Isyarat Lalu LintasRM150 – RM300

Untuk senarai penuh jenis kesalahan boleh rujuk DISINI

CARA SEMAK SAMAN JPJ SECARA ONLINE

Disini kami kongsikan beberapa platform rasmi yang boleh anda gunakan untuk semak saman JPJ secara online :

Semak Saman di Portal MySIKAP JPJ

Nota : Paparan akan menunjukkan butiran saman termasuk jenis kesalahan dan amaun saman.

Guna Aplikasi MyBayar Saman

MyBayar Saman adalah platform yang dibangunkan oleh PDRM tetapi kini turut menyokong pembayaran saman JPJ.

Langkah-langkah :

Semak Saman JPJ Melalui SMS

Untuk anda yang tidak mahu akses internet, boleh guna SMS :

  • Format : JPJ <jarak> SAMAN <jarak> no KAD PENGENALAN
  • Contoh : JPJ SAMAN 890101015678
  • Hantar ke : 15888 atau 32728

CARA BAYAR SAMAN JPJ SECARA ONLINE

Selesai semak, anda boleh terus buat bayaran secara online melalui :

  • Portal MySIKAP
    • Pilih saman yang ingin dibayar
    • Bayar guna FPX atau kad kredit/debit
  • Aplikasi MyBayar Saman
    • Paparan akan tunjuk jumlah
    • Pilih kaedah bayaran (FPX/kad)

Resit rasmi akan diberikan selepas pembayaran selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ)

  1. Ada diskaun saman JPJ 2025?
    • Ya, biasanya ada diskaun pada waktu tertentu. JPJ akan umumkan melalui media sosial rasmi.
  2. Kalau tak bayar saman, apa jadi?
    • Anda boleh disenarai hitam, dan tidak boleh perbaharui cukai jalan atau lesen memandu.
  3. Boleh semak saman guna nombor plat kereta saja?
    • Ya, boleh guna nombor kenderaan untuk semakan di MySIKAP dan SMS.

KESIMPULAN

Kini anda sudah mengetahui cara semak saman jpj dan membayar saman secara dalam talian. Oleh itu, elakkan daripada disenarai hitam dengan membuat semakan berkala dan rebutlah peluang diskaun yang ditawarkan oleh JPJ.

1 thought on “CARA SEMAK SAMAN JPJ 2025 : CEK DAN BAYAR SAMAN SECARA ONLINE”

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel