CARA SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025 – SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM200, RM100 & RM50
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperluaskan kepada 5.4 juta penerima, yang membolehkan lebih ramai individu yang layak menerima bantuan untuk meringankan beban kewangan dalam menampung perbelanjaan bulanan.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara menyemak status kelayakan penerima SARA MyKasih 2025, sila ikuti pautan di sini.
Baca Juga : TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3
Kelayakan Penerima SARA MyKasih 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan menerima bantuan SARA :
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih :
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang bukan eKasih :
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Cara Semak Status SARA MyKasih 2025
Status kelayakan penerima boleh disemak secara dalam talian melalui dua (2) kaedah berikut :
- Semakan Status Bantuan di Portal MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Proses selesai.
- Semakan Status Bantuan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan butang [Log Masuk].
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Proses selesai.
Jumlah Bantuan SARA MyKasih 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan seperti berikut :
| Penerima Berstatus eKasih | Penerima Bukan eKasih |
|---|---|
| Isi Rumah RM100/bulan (Bermula Jan – Mac) RM200/bulan (Bermula Apr – Dis) | Isi Rumah RM100/bulan (Bermula Apr – Dis) |
| Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (Bermula Jan – Mac) RM150/bulan (Bermula Apr – Dis) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (Bermula Apr – Dis) |
| Bujang RM50/bulan (Bermula Jan – Dis) | – |
Cara Guna Kredit SARA MyKasih 2025
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh mendapatkan barangan keperluan asas seperti berikut :
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih barangan keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
- Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
Cara Semak Baki Kredit Penerima SARA MyKasih
Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih dengan langkah-langkah berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh: 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Proses selesai.
Senarai Barang Sara MyKasih 2025
Berikut 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Barangan Kebersihan (TERBARU) : Sabun pinggan / Sabun / serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai

Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1800
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan
