CARA SOLAT JENAZAH JAKIM: RUJUKAN LENGKAP
CARA SOLAT JENAZAH JAKIM – Setiap kali kita mendengar berita tentang pemergian seseorang, pasti hati terasa sebak. Kita mula teringat bahawa hidup ini hanyalah sementara, dan satu hari nanti giliran kita pula akan menyusul.Kematian adalah suatu kepastian yang telah dijanjikan Allah SWT kepada setiap makhluk yang hidup. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya, seperti yang ditegaskan dalam Surah al-A’raf, ayat 34:
“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.”
Dalam Islam, salah satu tanda penghormatan terakhir kepada si mati adalah dengan menunaikan solat jenazah. Walaupun ia dianggap sebagai fardhu kifayah, solat ini sebenarnya membawa makna yang lebih mendalam,ia adalah doa dan tanda kasih sayang daripada mereka yang masih hidup untuk insan yang telah pergi.
Namun begitu, tidak semua orang benar-benar jelas tentang bagaimana cara solat jenazah jakim dilakukan. Ada yang keliru kerana ia berbeza daripada solat fardu biasa,tiada rukuk, tiada sujud, hanya berdiri dengan beberapa kali takbir serta bacaan tertentu. Kadang-kadang kita sendiri pernah berada dalam situasi terkejut apabila diminta menyertai solat jenazah, tetapi masih tercari-cari apa bacaan selepas takbir kedua, atau bagaimana niatnya kalau jenazah lelaki dan perempuan. Situasi begini membuatkan ramai yang jadi serba salah.
Hakikatnya, memahami cara solat jenazah jakim itu sangat penting. Kematian boleh berlaku bila-bila masa, sama ada melibatkan ahli keluarga, sahabat, jiran atau sesiapa sahaja di sekeliling kita. Dalam saat genting begitu, paling tidak kita mahu berbakti dengan cara menunaikan solat jenazah yang sahih, supaya arwah mendapat doa daripada kita. Malah, Rasulullah SAW juga menjanjikan pahala yang besar kepada mereka yang menyempurnakan solat ini. Bagi keluarga yang ditinggalkan, kehadiran jemaah yang ramai untuk mendoakan jenazah menjadi pengubat hati di saat duka.
Atas sebab itu, artikel ini akan mengupas secara ringkas tetapi padat tentang cara solat jenazah jakim– bermula daripada niat, tertib takbir, bacaan doa, hinggalah perbezaan jika jenazahnya lelaki, perempuan atau kanak-kanak. InsyaAllah, penjelasan ini dapat membantu kita semua lebih yakin dan bersedia apabila tiba masanya.
CARA SOLAT JENAZAH JAKIM
BACA JUGA DI SINI : RABIUL AWAL 2025 : TARIKH & AMALAN YANG DISARANKAN
| Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
HUKUM DAN WAKTU SOLAT JENAZAH
Sebelum penerangan cara solat jenazah jakim,jom kita ketahui terlebih dahulu hukum dan waku solat jenazah.Solat jenazah adalah fardu kifayah, iaitu kewajipan kolektif yang jika ditunaikan oleh sebahagian umat Islam di kawasan tersebut, maka tertunailah kewajipan itu bagi yang lain. Solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila berlaku kematian.
RUKUN SOLAT JENAZAH
Cara Solat Jenazah Jakim memiliki tujuh rukun yang perlu dipatuhi:
- Niat berserta takbiratulihram.
- Berdiri tegak (solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud).
- Empat kali takbir termasuk takbiratulihram bersama niat.
- Membaca al-Fatihah selepas takbiratulihram.
- Selawat ke atas Rasulullah SAW selepas takbir kedua.
- Doa untuk jenazah selepas takbir ketiga.
- Memberi salam selepas takbir keempat.
KEDUDUKAN JENAZAH DALAM SOLAT
Kedudukan jenazah berbeza antara lelaki dan perempuan:
- Jenazah Lelaki: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kiri imam dan imam berdiri di bahagian kepalanya.
- Jenazah Perempuan atau Khunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.
CARA SOLAT JENAZAH JAKIM LELAKI DAN PEREMPUAN
- Niat untuk Jenazah
- Niat Solat Jenazah Lelaki (Imam)
- اُصَلِّى عَلَى هٰذَا الْمَيِّتِ الرَّجُلِ فَرْضًا كِفَايَةً إِمَامًا ِللهِ تَعَالَ
- (Maksudnya: Sahaja aku solat atas jenazah lelaki ini fardhu kifayah sebagai imam kerana Allah Ta‘ala.)
- Niat Solat Jenazah Lelaki (Makmum)
- اُصَلِّى عَلَى هٰذَا الْمَيِّتِ الرَّجُلِ فَرْضًا كِفَايَةً مَأْمُومًا ِللهِ تَعَالَى
- (Maksudnya: Sahaja aku solat atas jenazah lelaki ini fardhu kifayah sebagai makmum kerana Allah Ta‘ala.)
- Niat Solat Jenazah Perempuan (Imam)
- اُصَلِّى عَلَى هٰذِهِ الْمَيِّتَةِ الْمَرْأَةِ فَرْضًا كِفَايَةً إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى
- (Maksudnya: Sahaja aku solat atas jenazah perempuan ini fardhu kifayah sebagai imam kerana Allah Ta‘ala.)
- Niat Solat Jenazah Perempuan (Makmum)
- اُصَلِّى عَلَى هٰذِهِ الْمَيِّتَةِ الْمَرْأَةِ فَرْضًا كِفَايَةً مَأْمُومًا ِللهِ تَعَالَى
- (Maksudnya: Sahaja aku solat atas jenazah perempuan ini fardhu kifayah sebagai makmum kerana Allah Ta‘ala.)
- Niat dan Takbiratulihram: Angkat tangan dan niat berserta takbiratulihram.
- Kedudukan Tangan: Sama seperti dalam solat biasa.
- Baca Surah al-Fatihah.
- Niat Solat Jenazah Lelaki (Imam)
- Takbir Kedua: Angkat tangan ke telinga, letakkan tangan kembali ke badan.
- Baca Selawat: Afdal membaca Selawat Ibrahimiyyah.
- اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ إِبْرَاهِيْم فِى الْعٰلَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ
- “Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”
- Baca Selawat: Afdal membaca Selawat Ibrahimiyyah.
- Takbir Ketiga: Angkat tangan ke telinga, letakkan tangan kembali ke badan.
- Baca Doa untuk Jenazah:Doa pendek untuk jenazah lelaki:
- اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
- Maksud : “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.”
- Doa untuk Jenazah Perempuan
- اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
- Maksud : “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.”
- DOA YANG AFDAL UNTUK JENAZAH LELAKI
- اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
- Maksudnya : “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah dia dengan air, salji dan embun, sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana kain putih disucikan daripada kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta azab neraka.”
- Doa ini lebih sempurna dan afdhal untuk dibaca selepas takbir ketiga.
- DOA YANG AFDAL UNTUK JENAZAH PEREMPUAN
- اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
- Maksudnya : “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah dia dengan air, salji dan embun, sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana kain putih disucikan daripada kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta azab neraka.”
- Doa ini lebih sempurna dan afdhal untuk dibaca selepas takbir ketiga.
- Baca Doa untuk Jenazah:Doa pendek untuk jenazah lelaki:
- Takbir Keempat : Lafaz takbir keempat: Allahu Akbar.
- Beri Salam Pertama.
- Baca Doa Solat Jenazah:
- “Ya Allah, Engkaulah Tuhannya, Engkau yang menjadikannya, Engkau yang juga memberikannya petunjuk sehingga dia menganut agama Islam. Namun, Engkau juga yang mematikannya, Engkau lebih tahu hal ehwalnya, baik yang tersembunyi mahu pun yang terang. Ya Allah, kami hadir di sini dengan penuh rasa berharap untuk memohon baginya pertolongan-Mu. Oleh itu, ampunkanlah kami semua dan dirinya dengan ihsan dan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan restu Allah untuk Rasul junjungan kami Nabi Muhammad, juga kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda, semoga sejahtera mereka semuanya. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
- Selesai semua cara solat jenazah jakim bagi jenazah lelaki dan perempuan.
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH
Terdapat beberapa perkara sunat dalam mendirikan solat jenazah:
- Solat secara berjemaah.
- Mengangkat kedua-dua tangan untuk keempat-empat takbir.
- Meletakkan tangan di bawah dada selepas mengangkat takbir.
- Mengucapkan ‘amin’ selepas membaca surah al-Fatihah.
- Membaca ta’awwuz (tidak disunatkan membaca doa iftitah).
- Memperlahankan bacaan dalam solat.
- Berdiri dalam tiga saf atau lebih.
- Tahmid sebelum selawat ke atas Nabi SAW.
- Doa ke atas muslimin dan muslimat.
- Membaca doa selepas takbir keempat dan sebelum salam.
- Memberikan salam yang kedua.
CARA SOLAT JENAZAH JAKIM
KESIMPULAN DARI CARA SOLAT JENAZAH JAKIM
Sebagai umat Islam, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Solat jenazah bukan sekadar amalan ritual, tetapi ia adalah tanda kasih sayang, doa dan penghormatan terakhir kepada saudara kita yang telah pergi menghadap Ilahi. Dengan memahami cara solat jenazah jakim,bermula daripada niat, bacaan selawat, doa khusus untuk si mati hinggalah doa penutup selepas takbir terakhir,kita dapat melaksanakannya dengan penuh keyakinan dan khusyuk, tanpa rasa ragu-ragu atau keliru. Ramai antara kita mungkin tidak selalu berpeluang melakukannya, tetapi apabila saat itu tiba, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia untuk menyempurnakan kewajipan fardhu kifayah ini dengan sebaik-baiknya.
Lebih daripada itu, solat jenazah sebenarnya mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan yang singkat. Hari ini kita mendoakan saudara kita yang telah tiada, dan esok atau lusa mungkin giliran kita pula yang akan berdiri di hadapan Allah dengan meninggalkan segala harta dan pangkat. Apa yang tinggal hanyalah doa daripada orang yang masih hidup. Maka, memahami solat jenazah bukan sahaja penting dari sudut hukum, tetapi juga sebagai peringatan agar kita sentiasa memperbaiki diri, beramal soleh, menjaga hubungan dengan manusia, dan menambah bekalan untuk akhirat.
Semoga dengan panduan cara solat jenazah jakim yang dikongsikan ini, setiap pembaca lebih jelas dan yakin dalam melaksanakan solat jenazah, sama ada sebagai imam mahupun makmum. Mudah-mudahan Allah menerima setiap amalan kita, meluaskan kubur orang yang telah pergi, mengampunkan dosa mereka, serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan semoga kita yang masih hidup ini terus diberikan kekuatan untuk menyempurnakan tanggungjawab sesama insan, kerana setiap doa dan solat yang kita hadiahkan buat si mati adalah lambang kasih sayang yang tidak akan pernah putus walaupun jasad sudah bersemadi di bumi.
RUJUKAN
CARA SOLAT JENAZAH JAKIM- JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)/CARA SOLAT JENAZAH JAKIM
