BUDI 95 | CARA TEBUS MINYAK RON95
Kerajaan Malaysia kini memperkenalkan Subsidi Petrol RON95 atau lebih dikenali sebagai BUDI 95, khas buat rakyat Malaysia yang layak. Melalui inisiatif ini, penerima boleh menikmati harga petrol RON95 serendah RM1.99 seliter.
Namun, tidak semua orang boleh menebus subsidi ini kerana ia hanya ditawarkan kepada sekitar 16 juta penerima terpilih. Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara nak tebus, syarat kelayakan, dan di mana boleh digunakan.Artikel ini akan saya kupas satu persatu untuk anda.
BACA JUGA DI SINI : [SEMAKAN] STR FASA 4 2025 TARIKH BAYARAN
APA ITU SUBSIDI RON95 (BUDI95)?
Subsidi ini adalah bantuan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak. Dengan subsidi BUDI95:
- Harga petrol RON95 dikekalkan pada RM1.99 seliter.
- Ada had maksimum 300 liter sebulan bagi setiap penerima.
- Tebusan hanya untuk warganegara Malaysia yang layak.
TARIKH MULA TEBUS SUBSIDI RON95
Kerajaan telah menetapkan jadual pelaksanaan secara berperingkat mengikut kategori penerima:
| Kategori Penerima | Tarikh Mula Tebus |
|---|---|
| Polis & Tentera (±300,000 anggota) | 27 September 2025 (Sabtu) |
| Penerima STR / Golongan B40 | 28 September 2025 (Ahad) |
| Semua Rakyat (yang layak) | 30 September 2025 (Selasa) |
CARA TEBUS MINYAK RON95 DI STESEN MINYAK
- Kunjungi Stesen Minyak terdekat anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Selesai.
CARA TEBUS MINYAK RON95 DI SETEL
- Muat turun aplikasi ‘Setel‘ dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play atau
- App Store atau
- Huawei App Gallery.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi ‘Setel’.
- Daftar akaun anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, sahkan akaun dengan klik butang [Verification].
- Imbas MyKad depan dan belakang.
- Tangkap swafoto terkini anda.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Apabila pergi ke stesen minyak PETRONAS, buka aplikasi ‘Setel’.
- Klik butang [Purchase Fuel].
- Pilih nombor pam anda.
- Tetapkan amaun pengisian minyak.
- Sahkan bayaran secara online.
- Isi minyak anda seperti biasa.
- Selesai.
SYARAT LAYAK TEBUS
Bukan semua layak untuk tebus Subsidi RON95. Hanya 16 juta sahaja rakyat yang dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia
- MyKad boleh dibaca dan tiada sebarang kerosakan cip
- Penunggang motorsikal / pemandu kereta
- Mempunyai lesen sah dan masih aktif
- Seawal usia 16 tahun dan ke atas
STESEN MINYAK YANG TERLIBAT
Buat masa ini, subsidi boleh ditebus di kebanyakan stesen minyak utama seluruh negara:
- PETRONAS
- Shell
- Petron
- BHPetrol
- Caltex
HAD PENGGUNAAN SUBSIDI
Walaupun harga subsidi lebih murah, kerajaan telah menetapkan had maksimum 300 liter sebulan bagi setiap penerima. Jika penggunaan melebihi had tersebut, baki liter seterusnya akan dikenakan harga pasaran biasa.
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Perlu daftar untuk tebus subsidi?
- Tidak perlu. Jika layak, sistem automatik akan sahkan melalui MyKad atau Setel.
- Warga asing boleh tebus subsidi ini?
- Tidak boleh. Hanya warganegara Malaysia layak.
- Ada tarikh tamat untuk tebus subsidi?
- Setakat ini tiada tarikh akhir diumumkan.
PENUTUP
Inisiatif Subsidi RON95 (BUDI 95) ini diharapkan dapat membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Jika anda layak, pastikan anda menggunakan kemudahan ini dengan bijak supaya manfaatnya dapat dirasai setiap bulan.
Untuk info lanjut dan pengumuman terkini, sentiasa semak portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau stesen minyak berdekatan.
INFO LANJUT
Info-info yang dihuraikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Untuk info lebih lanjut dan sahih di sini https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat.
