GANTIAN MYKAD : CARA MEMBUAT PERMOHONAN
MyKad baharu 2026 memang sedang jadi bualan ramai kerana ia dijangka dilancarkan sekitar Jun 2026 dengan pelbagai penambahbaikan, terutama dari segi keselamatan dan teknologi.
Perubahan ini bukan hanya melibatkan rupa fizikal kad semata-mata, tetapi juga dijangka membawa fungsi yang lebih moden dan memudahkan urusan seharian rakyat Malaysia.
Seiring dengan perkembangan dunia digital sekarang, MyKad versi baharu ini dikatakan akan lebih efisien, selamat dan sesuai dengan keperluan semasa.
Jadi, apa sebenarnya yang berubah, dan siapa yang sebenarnya perlu menukar kepada MyKad versi terkini ini?
APA ITU MYKAD BARU 2026?
MyKad merupakan kad pengenalan pintar rasmi bagi warganegara Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ia digunakan sebagai dokumen identiti utama untuk individu yang berumur 12 tahun dan ke atas.
Kad ini juga dilengkapi dengan cip khas yang menyimpan maklumat peribadi pemilik, serta membolehkan ia digunakan untuk pelbagai urusan dan aplikasi harian.
Berdasarkan laporan Bernama terkini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan bahawa kerajaan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan MyKad dengan rekaan serta ciri baharu bermula sekitar Jun 2026. Dalam masa yang sama, pelaksanaan sistem National Integrated Immigration System (MyNIISe) pula dijangka diperkenalkan pada September 2026.
BACA JUGA DI SINI : SENARAI PELEPASAN CUKAI 2025 : SEMAK CHECKLIST PELEPASAN UNTUK eFILING 2026
Pindaan Akta Pendaftaran Negara turut diperkukuh melalui kesiapsiagaan infrastruktur digital, latihan pegawai, audit berkala serta kerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk memastikan setiap pindaan dilaksanakan dengan berkesan dan berintegriti.
Selain MyKad, pasport Malaysia turut akan dipertingkatkan dari aspek keselamatan dan reka bentuk, dengan pelaksanaan secara berperingkat melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.
CIRI-CIRI TERBARU MYKAD
MyKad Generasi Baharu bakal diperkenalkan dengan:
- Reka bentuk moden
- Bahan polikarbonat berkualiti tinggi
- Ciri keselamatan tambahan bagi mencegah pemalsuan dan menjadikan MyKad lebih tahan lama
- Elemen pengesahan digital berlapis
BILA MYKAD BARU AKAN DILAKSANAKAN?
MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan proses pengeluaran dan gantian dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar.
Fasa permulaan akan bermula di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan 18 pejabat JPN terpilih menerusi sistem janji temu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
Kemudian, fasa seterusnya akan diluaskan secara berperingkat ke semua pejabat negeri dan cawangan JPN.
Keutamaan diberikan hanya kepada pemohon yang telah membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN serta pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad Versi 1 (Tanpa Ghost-Image).
Dalam masa yang sama, pemegang KPP, KPT dan MyKad Versi 1 adalah diwajibkan untuk menukar kepada MyKad Struktur Baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga (3) tahun.
CARA MOHON MYKAD BARU
- Fasa permulaan pelaksanaan MyKad baharu
- Akan dimulakan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan 18 pejabat JPN terpilih terlebih dahulu.
- Kaedah urusan awal
- Semua urusan hanya melalui sistem janji temu JPN sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
- Fasa seterusnya
- Pelaksanaan akan diperluaskan secara berperingkat ke semua pejabat negeri dan cawangan JPN di seluruh Malaysia.
- Keutamaan urusan pertukaran
- Diberikan kepada individu yang:
- Telah membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN
- Pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP)
- Pemegang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT)
- Pemegang MyKad Versi 1 (tanpa ghost-image)
- Kewajipan pertukaran MyKad baharu
- Pemegang KPP, KPT dan MyKad Versi 1 akan diwajibkan menukar kepada MyKad Struktur Baharu secara berperingkat.
- Diberikan kepada individu yang:
- Tempoh penukaran
- Proses pertukaran ini diberi tempoh dalam masa tiga (3) tahun untuk diselesaikan secara berperingkat.
ADAKAH GANTIAN MYKAD BARU WAJIB BAGI SEMUA?
Jawapannya TIDAK. Bukan semua orang MESTI tukar kepada MyKad Baru yang akan diperkenalkan nanti.
MyKad versi baharu (jika ada pengeluaran kelak) bukan bermaksud semua rakyat perlu bergegas menukar kad sedia ada.
Jika MyKad anda masih dalam keadaan elok, cip boleh dibaca, dan tiada perubahan maklumat, ia boleh digunakan seperti biasa.
MyKad sedia ada kekal sah digunakan sehingga tarikh luput, dan rakyat tidak perlu melakukan pertukaran secara tergesa-gesa.
BILA PERLU BUAT GANTIAN MYKAD?
Antara sebab seseorang perlu membuat gantian MyKad adalah kerana:
- MyKad rosak
- MyKad hilang
- Bertukar alamat
- Tukar maklumat peribadi (pertukaran nama atau agama)
- Naik taraf MyKid ke MyKad (umur 12 tahun)
- Selain daripada sebab-sebab ini, anda TIDAK perlu menukar MyKad. Sehingga kini, TIADA pengumuman rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara mengenai kewajipan menukar MyKad kepada versi baharu.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat pertanyaan atau soalan, sila membuat pertanyaan melalui
Laman web: e-Pertanyaan (SISPAA JPN)
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my)
Facebook : Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Laman web: https://www.jpn.gov.my
SOALAN LAZIM
- Bilakah MyKad baharu 2026 dilancarkan?
- MyKad baharu dijangka dilancarkan sekitar Jun 2026 secara berperingkat oleh pihak kerajaan.
- Apa itu MyKad baharu?
- MyKad baharu ialah versi terkini kad pengenalan Malaysia yang dinaik taraf dengan reka bentuk moden dan ciri keselamatan lebih canggih.
- Ciri-ciri MyKad baharu 2026:
- Bahan kad lebih tahan lasak (polikarbonat)
- Ciri keselamatan lebih tinggi untuk elak pemalsuan
- Teknologi cip dan pengesahan lebih moden
- Rekaan lebih baharu dan kemas
- MyKad baharu ialah versi terkini kad pengenalan Malaysia yang dinaik taraf dengan reka bentuk moden dan ciri keselamatan lebih canggih.
- Adakah semua orang wajib tukar MyKad?
- Tidak wajib. MyKad lama masih sah digunakan seperti biasa.
- Siapa yang perlu tukar MyKad baharu?
- Kad rosak atau cip tidak boleh dibaca
- MyKad hilang dan perlu ganti
- Tukar maklumat peribadi
- Peralihan daripada MyKid ke MyKad
- MyKad lama masih boleh guna ke?
- Ya, masih sah digunakan selagi tidak rosak dan maklumat masih betul.
- Tujuan MyKad baharu diperkenalkan:
- Tingkatkan keselamatan identiti
- Kurangkan risiko pemalsuan kad
- Memodenkan sistem pengenalan negara
- Selaras dengan teknologi semasa
- Adakah fungsi MyKad berubah?
- Ya, dijangka ada penambahbaikan dari segi sistem dan keselamatan penggunaan.
- Adakah dokumen lain turut berubah?
- Ya, pasport Malaysia juga dijangka dinaik taraf dari segi keselamatan dan reka bentuk secara berperingkat.
