LHDN LOGIN STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS BAYARAN
Pada tahun 2025, kerajaan Malaysia masih komited meneruskan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai usaha meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Bantuan ini sememangnya menjadi antara yang paling dinantikan setiap tahun kerana ia sedikit sebanyak membantu menampung keperluan asas isi rumah.
Bagi tahun 2025, STR Fasa 4 merupakan bayaran terakhir dalam siri bantuan yang dijadualkan oleh kerajaan. Ramai penerima kini tertanya-tanya bila tarikh bayaran sebenar akan dibuat, berapa jumlah yang bakal stditerima dan bagaimana cara untuk membuat semakan status terkini.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan semua maklumat penting berkaitan STR Fasa 4, termasuk syarat kelayakan, cara semakan, jadual pembayaran mengikut bank, serta jumlah bayaran mengikut kategori penerima.
BACA JUGA DI SINI : Bantuan RM2500 One-Off KWSP | Semak Kelayakan & Cara Mohon
APA ITU BANTUAN TUNAI STR?
STR 2025 adalah inisiatif kerajaan untuk menyokong golongan B40, golongan miskin / miskin tegar dan mereka yang tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan rendah. Bantuan ini disalurkan secara berperingkat dalam beberapa fasa,dan Fasa 4 adalah fasa terakhir dalam tahun 2025.
Fasa 4 menjadi penting kerana ia adalah “pembayaran kemuncak” setelah tiga fasa sebelumnya, dan ramai penerima sedang menantikan agar bantuan ini masuk ke akaun mereka.
SIAPA YANG LAYAK TERIMA STR FASA 4?
Berikut ringkasan syarat kelayakan utama:
| Kategori | Syarat Pendapatan / Umur | Catatan Penting |
|---|---|---|
| Isi Rumah | Pendapatan ≤ RM5,000 sebulan | Rumah berkeluarga / ibu tunggal / janda / duda |
| Warga Emas Tiada Pasangan | Umur ≥ 60 tahun; pendapatan ≤ RM5,000 | Golongan lanjut usia tanpa pasangan |
| Bujang (21–59 tahun) | Pendapatan ≤ RM2,500 | Termasuk OKU berumur ≥ 19 tahun |
Nota: Pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS tidak dibenarkan memohon sebagai individu bujang,mereka mestilah dimasukkan sebagai tanggungan kepada isi rumah.
TARIKH TERKINI SEMAKAN STR FASA 4
Bayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan kepada semua yang layak bermula 18 Oktober 2025.
Berikut ialah jadual bayaran STR 2025 bagi semua fasa:
- Fasa 1: 22 Januari 2025
- Fasa 2: April 2025
- Fasa 3: 12 Ogos 2025
- Fasa 4: 18 Oktober 2025
KAEDAH PEMBAYARAN
- Kredit ke akaun bank,secara automatik ke akaun penerima atau pasangan yang telah didaftarkan. Pastikan nombor akaun aktif dan betul.
- Tunai di kaunter BSN – jika akaun bank tidak aktif atau berlaku kegagalan kredit, penerima boleh menuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Untuk kawasan pedalaman tanpa capaian bank, kerajaan menguruskan bayaran tunai di lokasi sesuai.
Jika maklumat akaun dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan dikreditkan ke akaun baru. Fasa 1–3 menggunakan akaun lama.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 4?
Jumlah terkini bergantung kepada kategori penerima dan bilangan tanggungan (anak). Berikut ringkasan jumlah untuk Fasa 4:
| Kategori | Anggaran Jumlah |
|---|---|
| Isi Rumah (pendapatan ≤ RM2,500) | RM150 – RM700 (berbeza mengikut bilangan anak) |
| Isi Rumah (pendapatan RM2,501–RM5,000) | RM100 – RM350 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | RM100 |
LHDN LOGIN STR FASA 4 (SEMAKAN)
Kalau anda nak tahu sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima STR Fasa 4, jangan risau,semakannya sangat mudah. Ramai penerima sebelum ini kongsi pengalaman bahawa semakan boleh dibuat dalam beberapa minit sahaja, asalkan anda ada capaian internet dan nombor MyKad.
Berikut langkah yang boleh anda ikut:
- Layari laman rasmi STR di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Ini laman rasmi kerajaan, jadi pastikan anda masuk ke portal betul, bukan laman tiruan.
- Log masuk akaun MySTR
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang anda pernah daftarkan sebelum ini.
- Kalau pertama kali log masuk, tekan “Daftar Akaun Baru” dan ikut arahan di skrin.
- Klik menu “Semakan Status”
- Di sini anda boleh nampak sama ada permohonan anda diluluskan, ditolak atau masih dalam proses semakan.
- Pergi ke bahagian “Maklumat Pembayaran”
- Kalau dah lulus, anda boleh tengok jumlah bayaran, tarikh kemasukan duit dan kaedah bayaran sama ada melalui akaun bank atau tunai di BSN.
- Lupa kata laluan? Jangan panik.
- Klik je “Terlupa Kata Laluan”. Masukkan nombor MyKad dan e-mel yang pernah didaftarkan.
- Anda akan dapat pautan reset melalui e-mel, dan boleh tetapkan semula password baru.
Ramai pengguna sebelum ini kata semakan ni boleh dibuat terus melalui telefon,jadi tak perlu ke pejabat LHDN pun. Biasanya, sistem akan dikemas kini sehari sebelum atau pada hari bayaran mula masuk. Jadi kalau laman masih lambat buka atau paparan belum dikemaskini, cuba lagi pada waktu malam atau awal pagi.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ATAU KEMASKINI MAKLUMAT
Tarikh akhir untuk membuat permohonan baru atau mengemas kini maklumat bagi kelayakan Fasa 4 ialah:
- 30 September 2025
- Waktu: 5.00 petang
Pastikan anda semak dan kemas kini maklumat sebelum tarikh ini supaya tidak terlepas kelayakan.
FAQ
Q1: Bila STR Fasa 4 akan dibayar?
A1: Dijangka pada November 2025.
Q2: Bolehkah saya semak secara dalam talian?
A2: Ya, melalui portal rasmi STR (Bantuantunai Hasil).
Q3: Apa kalau permohonan saya tidak lulus sebelum ini?
A3: Anda boleh membuat rayuan bagi Fasa 4 melalui portal STR atau di pejabat LHDNM.
Q4: Apa yang berlaku jika saya kemas kini akaun bank selepas 29 Julai?
A4: Hanya bayaran Fasa 4 akan digunakan ke akaun baru; bayaran Fasa 1–3 akan dihantar ke akaun lama.
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat atau hubungi talian berikut :
Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah bertujuan untuk rujukan umum sahaja. Segala tarikh, jumlah bayaran, dan syarat kelayakan adalah berdasarkan maklumat rasmi yang diumumkan oleh pihak kerajaan melalui portal MySTR dan sumber berkaitan.
Pihak penulis tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang perubahan, kesilapan, atau kekeliruan berkaitan maklumat yang dipaparkan. Untuk maklumat yang tepat dan terkini, pembaca disarankan untuk merujuk terus kepada portal rasmi MySTR atau menghubungi pihak berkuasa yang b
