LINK STR 2026 : KEMASKINI & PERMOHONAN BAHARU STR
Sejujurnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, saya sendiri dapat rasa betapa mencabarnya nak urus kehidupan harian. Harga barang makin naik, komitmen pun makin banyak,dari belanja dapur sampai ke yuran anak sekolah, semua perlukan duit. Dalam keadaan macam ni, bila kerajaan umumkan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memang rasa lega sedikit. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh bantu tampung keperluan asas.
Saya pernah tengok sendiri bagaimana bantuan STR ni banyak membantu keluarga di sekitar saya. Ada jiran saya, seorang ibu tunggal, yang guna duit STR untuk beli keperluan anak-anak. Ada juga warga emas yang gunakan bantuan tu untuk bayar bil elektrik dan ubat-ubatan bulanan. Walaupun jumlahnya tak besar, tapi bagi mereka yang betul-betul memerlukan, bantuan ni memang sangat bermakna.
Apa yang saya suka tentang STR ni ialah cara kerajaan cuba pastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak,bukan sekadar janji di atas kertas, tapi bantuan yang benar-benar sampai ke tangan rakyat. Bila kita nampak sendiri kesannya, baru kita faham kenapa program macam ni penting untuk diteruskan setiap tahun.
BACA JUGA DI SINI : KEMASKINI STR 2026 ONLINE : RUJUKAN LENGKAP
JUMLAH BAYARAN STR 2026 MENGIKUT KATEGORI
Jumlah bayaran STR berbeza mengikut kategori pendapatan isi rumah dan bilangan anak. Berikut anggaran kadar bagi tahun 2026:
| Kategori Pendapatan | Bilangan Anak | Jumlah Bantuan |
|---|---|---|
| ≤ RM2,500 | 0 | RM700 |
| 1 – 2 | RM1,200 | |
| 3 – 4 | RM1,700 | |
| > 5 | RM2,200 | |
| RM2,501 – RM5,000 | 0 | RM200 |
| 1 – 2 | RM450 | |
| 3 – 4 | RM700 | |
| > 5 | RM950 | |
| Warga emas (bujang) | – | RM600 |
Nota penting: Kategori bujang tidak lagi tersenarai dalam penerima STR 2026. Namun, mereka masih berpeluang menerima bantuan lain seperti Bantuan SARA sekiranya layak.
LINK STR 2026 (PERMOHONAN & KEMASKINI)
Bagi penerima atau pemohon STR sedia ada, anda disarankan untuk mengemas kini maklumat peribadi sebelum tarikh tutup permohonan bagi memastikan semua data terkini dan tepat.
Kemaskini ini penting kerana sebarang perubahan seperti alamat, status perkahwinan, bilangan anak atau nombor akaun bank boleh mempengaruhi kelayakan serta jumlah bantuan STR 2026.
Berikut panduan langkah demi langkah untuk kemaskini maklumat STR secara atas talian:
- Layari Portal Rasmi STR
- Pergi ke laman rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk Akaun mySTR
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan seperti biasa, kemudian tekan Log Masuk.
- Pilih Menu Kemaskini Maklumat
- Setelah berjaya log masuk, klik pada bahagian Kemas Kini Permohonan atau Kemas Kini Profil di dashboard utama.
- Semak Semua Maklumat Sedia Ada
- Semak setiap maklumat peribadi seperti:
- Nama dan nombor IC
- Alamat terkini
- Status perkahwinan (kahwin, cerai, balu/duda)
- Bilangan tanggungan (anak atau waris)
- Pendapatan isi rumah terkini
- Nombor akaun bank yang masih aktif
- Kemas Kini Jika Ada Perubahan
- Jika ada perubahan dalam mana-mana maklumat di atas, kemas kini dan pastikan ia betul serta lengkap.
- Muat Naik Dokumen Sokongan (Jika Diperlukan)
- Sekiranya terdapat perubahan status perkahwinan, bilangan anak atau akaun bank, anda mungkin perlu muat naik dokumen pengesahan seperti sijil nikah, surat cerai, sijil kelahiran anak atau salinan buku bank.
- Sahkan & Hantar Permohonan Kemaskini
- Setelah semua maklumat dikemas kini, klik Hantar dan tunggu paparan mesej berjaya dihantar.
DAFTAR PEMOHON STR 2026 (PERMOHONAN BAHARU)
Untuk permohonan baru dan semakan bayaran, anda perlu mendaftar akaun mySTR terlebih dahulu. Berikut langkah-langkahnya:
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik butang Log Masuk
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan tekan Semak
- Jika tiada akaun, pilih Daftar Pengguna Baharu
- Isikan maklumat peribadi seperti nombor IC, e-mel aktif dan nombor telefon
- Sahkan akaun melalui pautan yang dihantar ke e-mel anda
- Tetapkan frasa keselamatan dan lima soalan keselamatan
- Cipta kata laluan yang kuat dan mudah diingati
- Selesai! Anda boleh log masuk ke akaun mySTR menggunakan IC dan kata laluan baharu
LOG MASUK MYSTR 2026
Selepas pendaftaran selesai, log masuk ke akaun mySTR untuk membuat semakan atau permohonan baharu.
- Pergi ke portal rasmi mySTR
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak
- Masukkan kata laluan yang telah ditetapkan
- Tekan Log Masuk
- Dashboard mySTR akan memaparkan:
- Status permohonan dan kelulusan
- Jumlah bantuan diterima
- Tarikh pembayaran STR
- Status kelayakan Bantuan SARA
Anda juga boleh kemas kini maklumat, cetak permohonan atau tukar kata laluan melalui dashboard yang sama.
PANDUAN DAFTAR PENGGUNA BAHARU STR 2026 (PERMOHONAN BAHARU)
Bagi mereka yang belum pernah menerima STR, berikut panduan lengkap untuk membuat permohonan baharu secara atas talian:
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Permohonan Baharu
- Pilih Ya, Teruskan sekiranya tidak menggunakan MyDigital ID
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan tekan Semak
- Lengkapkan semua maklumat peribadi seperti:
- Pekerjaan dan pendapatan kasar isi rumah
- Status perkahwinan (sertakan tarikh jika berkahwin/bercerai/kematian pasangan)
- Alamat surat menyurat dan e-mel aktif
- Nombor akaun bank yang sah
- Isi maklumat pasangan dan anak (maksimum 5 orang)
- Muat naik dokumen sokongan (format PDF/JPG/JPEG/PNG, saiz tidak melebihi 3MB)
- Masukkan maklumat waris untuk rujukan
- Lengkapkan CAPTCHA dan tekan Hantar
- Paparan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar” akan keluar apabila selesai
- Cetak slip permohonan untuk simpanan anda
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR 2026
Selepas menghantar permohonan, anda boleh membuat semakan status dengan mudah:
- Log masuk ke akaun mySTR
- Klik menu Semakan Status
- Paparan akan menunjukkan sama ada permohonan:
- Diluluskan
- Dalam semakan
- Tidak layak (beserta sebab)
- Jika tidak layak, anda boleh buat rayuan apabila dibuka oleh LHDNM nanti
TALIAN BANTUAN
Sekiranya anda menghadapi masalah semasa pendaftaran atau semakan, anda boleh hubungi:
Talian Bantuan STR: 1-800-88-2747
Kementerian Kewangan (MOF): 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel Rasmi: [email protected]
Alamat Pejabat: Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya
KESIMPULAN
Untuk tahun 2026 nanti, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijangka terus menjadi antara bantuan yang paling penting buat rakyat Malaysia. Dalam keadaan ekonomi yang masih tak menentu, bantuan macam ni memang sangat membantu ,terutamanya bagi keluarga yang bergantung pada satu sumber pendapatan saja.
Kalau boleh, daftarlah atau kemas kini maklumat lebih awal supaya tak terlepas mana-mana fasa bayaran. Ramai yang sebelum ni terlepas sebab lewat buat semakan atau lupa kemas kini data. Jadi kali ni, pastikan semua maklumat anda tepat dan dikemas kini sebelum tarikh tutup.
Saya harap panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda faham cara nak mohon dan semak status STR dengan lebih mudah. Kadang-kadang nampak leceh di atas kertas, tapi bila tahu langkah yang betul, semuanya jadi lancar dan bila bayaran masuk, lega rasanya sebab tahu usaha kecil kita berbaloi.
PENAFIAN
Artikel ini disediakan hanya untuk tujuan perkongsian maklumat umum berkaitan panduan permohonan dan semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
Laman web ini bukan laman rasmi kerajaan dan tidak mewakili mana-mana agensi seperti LHDNM atau Kementerian Kewangan Malaysia.
Segala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan sumber rasmi yang tersedia secara awam. Pembaca disarankan untuk merujuk laman rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini, pengumuman rasmi, atau sebarang perubahan berkaitan permohonan dan bayaran STR.
Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kehilangan data, atau kerugian akibat tindakan berdasarkan maklumat dalam artikel ini.
