PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN SELANGOR 2025 (LEMBAGA ZAKAT SELANGOR LZS)

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN SELANGOR 2025 (LEMBAGA ZAKAT SELANGOR LZS)

PENGENALAN

Zakat Pendidikan Selangor merupakan salah satu inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu golongan asnaf, fakir, dan miskin yang memerlukan sokongan dalam aspek pendidikan. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga, memastikan akses pendidikan yang lebih baik, serta membantu pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) mencapai kejayaan akademik.

Dengan bantuan ini, diharapkan pendidikan dapat menjadi platform untuk mengubah kehidupan dan meningkatkan taraf hidup keluarga asnaf di Selangor.

Baca Juga : BANTUAN MYKAD JANUARI 2025 (SEMAK JUMLAH DAN TARIKH RASMI)

JENIS BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN SELANGOR 2025 (LEMBAGA ZAKAT SELANGOR LZS)

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada golongan asnaf di negeri Selangor. Antara bantuan yang ditawarkan termasuk bantuan kewangan bulanan, bantuan perubatan, bantuan sewa rumah, bantuan pendidikan, dan banyak lagi.

Jenis Bantuan yang Disediakan :

  • Asnaf Fakir dan Miskin :
    • Bantuan kewangan bulanan
    • Bantuan makanan bulanan
    • Bantuan perubatan
    • Bantuan sewa rumah
    • Bantuan bina dan baik pulih rumah
    • Bantuan yuran sekolah
  • Asnaf Muallaf :
    • Bantuan kewangan bulanan
    • Bantuan perubatan
    • Bantuan sewa rumah
    • Bantuan perkahwinan
    • Saguhati galakan
  • Asnaf Gharimin :
    • Bantuan hutang keperluan asas/hidup
    • Bantuan hutang perubatan
    • Bantuan rawatan dialisis
  • Asnaf Fisabilillah :
    • Bantuan kepada persatuan/badan Islam
    • Bantuan penerapan nilai Islam
    • Bantuan pembinaan/baik pulih masjid/surau/sekolah
    • Elaun guru agama/penceramah

CARA MOHON ZAKAT PENDIDIKAN SELANGOR

Berikut adalah cara mohon bantuan zakat pendidikan Selangor.

Kenalpasti Jenis Bantuan Pendidikan

Zakat Pendidikan Selangor meliputi pelbagai jenis bantuan seperti :

  • Bantuan Yuran Sekolah
  • Bantuan Yuran Pengajian IPT
  • Bantuan Persediaan ke IPT
  • Bantuan Peralatan Sekolah

Pastikan anda memenuhi syarat untuk jenis bantuan yang ingin dipohon.

SEDIAKAN DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen asas yang perlu disediakan :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak/pelajar.
  3. Surat tawaran sekolah/IPT (jika berkaitan).
  4. Penyata gaji atau dokumen pengesahan pendapatan terkini.
  5. Penyata yuran atau resit pembayaran.
  6. salinan akaun bank pemohon (mesti aktif).

Nota – Dokumen tambahan mungkin diperlukan bergantung kepada jenis bantuan.

PANDUAN MOHON BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN SELANGOR (LZS)

Permohonan Secara Dalam Talian atau Manual :

  1. Permohonan Online (eZakat) :
    • Layari laman web rasmi LZS : https://ezo.zakatselangor.com.my/
    • Daftar atau log masuk ke portal eZakat Online.
    • Pilih kategori Bantuan Pendidikan.
    • Isi borang permohonan dengan lengkap dan muat naik dokumen sokongan.
  2. Permohonan Manual :

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN

Setelah menghantar permohonan, anda boleh:
Semak permohonan anda dengan log masuk ke portal eZakat untuk menyemak status. atau hubungi Lembaga Zakat Selangor (LZS) di talian 1-300-88-4343.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Antara syarat umum permohonan adalah :

  • Beragama Islam.
  • Bermastautin atau menetap di Selangor.
  • Tergolong dalam golongan asnaf fakir, miskin, atau muallaf.
  • Memenuhi syarat tambahan berdasarkan jenis bantuan.

INFO

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan dan info yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan dengan bantuan pendidikan Lembaga Zakat Selangor anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah

Talian zakat Selangor : 1300-88-4343

Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Leave a Comment