PERMOHONAN KAHWIN PERCUMA 2026 : CARA MOHON & SEMAK KELAYAKAN
Bagi pasangan di Terengganu yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga tetapi risau dengan kos perkahwinan, ada satu berita baik yang boleh diberi perhatian.
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sekali lagi menganjurkan Program Walimatulurus Perdana 2026, iaitu program yang membantu pasangan terpilih mengurangkan beban perbelanjaan untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Menariknya, bantuan yang disediakan bukan sekadar dalam bentuk kewangan. Peserta yang berjaya akan menerima beberapa kemudahan berkaitan persiapan perkahwinan, termasuk pakaian pengantin, pelamin, kad jemputan, khidmat jurugambar serta kemudahan lain yang disediakan sepanjang program.
Untuk tahun 2026, permohonan dibuka sehingga 23 Ogos 2026, manakala program Walimatulurus Perdana dijadualkan berlangsung pada 7 November 2026 (Sabtu).
BACA JUGA DI SINI : JUMLAH BAYARAN TERKINI STR FASA 3 MENGIKUT KATEGORI : DIKEMASKINI OGOS 2026
APAKAH ITU WALIMATULURUS PERDANA?
Secara ringkasnya, Walimatulurus Perdana ialah satu program yang diwujudkan untuk membantu pasangan terpilih mengurangkan kos yang biasanya perlu ditanggung ketika membuat persiapan perkahwinan.
Dalam keadaan kos majlis perkahwinan yang semakin tinggi, bantuan seperti ini tentunya sedikit sebanyak dapat membantu pasangan dan keluarga yang mempunyai kemampuan kewangan terhad.
Selain meringankan beban perbelanjaan, program ini turut memberi perhatian kepada persediaan pasangan sebelum membina kehidupan berkeluarga.
OBJEKTIF WALIMATULURUS PERDANA
Antara matlamat utama program ini adalah:
- Membantu golongan muda memudahkan urusan mengadakan majlis perkahwinan.
- Meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan majlis perkahwinan anak.
- Memperkukuhkan institusi keluarga generasi baharu melalui pendidikan kekeluargaan berkonsepkan “mawaddah wa rahmah”.
- Memberi peluang kepada kerajaan meraikan pasangan muda yang bakal mendirikan rumah tangga.
- Menyediakan bantuan kepada pasangan muda sebagai salah satu usaha kerajaan mendekati rakyat.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KAHWIN PERCUMA 2026
Bukan semua pasangan akan diterima secara automatik kerana terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi.
Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon atau pasangan mestilah salah seorang merupakan rakyat Negeri Terengganu.
- Bagi pemastautin tetap yang telah menetap lebih 10 tahun, pengesahan mastautin perlu diperoleh daripada Wakil Rakyat, Penghulu Kampung atau Ketua Kampung.
- Pemohon lelaki mestilah berumur 18 tahun ke atas, manakala pemohon perempuan berumur 16 tahun ke atas.
- Perkahwinan mestilah merupakan perkahwinan kali pertama atau pemohon belum pernah berkahwin.
- Program turut dibuka kepada pemohon berstatus ibu tunggal dan bapa tunggal.
- Pemohon dan pasangan tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah kesihatan kritikal yang boleh menjejaskan pasangan, tertakluk kepada syarat program.
- Pendapatan pemohon bersama pasangan mestilah RM3,500 dan ke bawah.
- Pendapatan ibu bapa pemohon dan pasangan mestilah RM5,250 dan ke bawah.
- Mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa.
- Lulus Kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atau agensi yang diiktiraf kerajaan.
- Pemohon yang berjaya selepas sesi temuduga perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen penyertaan. Bayaran tersebut akan dipulangkan selepas peserta selesai mengikuti Program Walimatulurus Perdana 2026.
- Pemohon dan pasangan perlu bersetuju untuk menghadiri Majlis Resepsi pada 7 November 2026.
- Majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
- Calon dan pasangan perlu melepasi ujian saringan bebas dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
- Pemohon yang memenuhi syarat akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga pemilihan.
- Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, permohonan dianggap tidak berjaya.
CARA MOHON KAHWIN PERCUMA
- Bagi pasangan yang memenuhi syarat dan berminat untuk menyertai program ini, permohonan boleh dibuat menggunakan borang yang disediakan oleh YPKT.
- Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman rasmi YPKT atau diperoleh di Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan.
- Pemohon dinasihatkan supaya mengisi borang dengan lengkap dan memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum menghantarnya.
- Permohonan yang dibuat lebih awal juga diberikan keutamaan.
BORANG PERMOHONAN WALIMATULURUS PERDANA
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan bantuan ini dibuka sehingga 23 0gos 2026.
TARIKH WALIMATULURUS PERDANA
Program ini akan dilaksanakan pada 7 November 2026 (Sabtu) bersamaan 27 Jamadilawal 1448H.
SOALAN LAZIM
- Apakah Walimatulurus Perdana?
- Program Walimatulurus Perdana merupakan program anjuran YPKT untuk membantu pasangan terpilih mengurangkan beban perbelanjaan mengadakan majlis perkahwinan melalui pelbagai kemudahan yang disediakan.
- Bilakah tarikh tutup permohonan?
- Permohonan Program Walimatulurus Perdana 2026 dibuka sehingga 23 Ogos 2026 (Ahad).
- Bilakah program ini akan berlangsung?
- Program ini dijadualkan berlangsung pada 7 November 2026 (Sabtu).
- Apakah faedah yang diberikan kepada peserta?
- Antara kemudahan yang disediakan termasuk persalinan pengantin lelaki dan perempuan, khidmat jurunikah dan dokumen nikah, pelamin, kad jemputan, khidmat jurugambar, jamuan khas serta cenderahati untuk tetamu.
- Peserta juga boleh mengikuti kursus berkaitan yang dikendalikan YPKT secara percuma.
- Berapakah had umur pemohon?
- Pemohon lelaki mestilah berumur 18 tahun ke atas, manakala pemohon perempuan mestilah berumur 16 tahun ke atas.
- Berapakah had pendapatan untuk menyertai program ini?
- Pendapatan pemohon bersama pasangan mestilah RM3,500 dan ke bawah.
- Manakala pendapatan ibu bapa pemohon dan pasangan mestilah RM5,250 dan ke bawah.
- Adakah ibu tunggal dan bapa tunggal boleh memohon?
- Ya. Penyertaan turut dibuka kepada pemohon yang berstatus ibu tunggal dan bapa tunggal, tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan.
- Adakah peserta perlu membayar RM1,000?
- Ya. Pemohon yang berjaya selepas sesi temuduga perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen penyertaan.
- Bayaran tersebut akan dipulangkan semula selepas peserta selesai mengikuti Program Walimatulurus Perdana 2026, tertakluk kepada ketetapan program.
- Bagaimana cara untuk membuat permohonan?
- Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman rasmi YPKT atau diperoleh di Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan.
MAKLUMAT LANJUT
Pasangan yang mempunyai sebarang persoalan mengenai Program Walimatulurus Perdana 2026 boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)
Telefon: 09-624 9355 / 57 / 58
Untuk mendapatkan maklumat rasmi, syarat lengkap dan borang permohonan, rujuk laman rasmi YPKT:
Semakan & Maklumat Walimatulurus Perdana YPKT
