SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 – SEMAK BAKI SEBELUM BELI BARANG GUNA MYKAD
Ramai penerima bantuan MyKasih menghadapi situasi di mana troli mereka telah penuh dengan barang, namun apabila tiba di kaunter pembayaran, baki bantuan MyKad tidak mencukupi untuk menyelesaikan pembayaran semua barang tersebut. Akibatnya, mereka terpaksa menggunakan wang poket sendiri tanpa menyedari bahawa baki bantuan telah habis. Untuk mengelakkan situasi ini daripada berulang, adalah penting untuk menyemak baki MyKasih terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian barang dapur. Ini akan membolehkan perancangan pembelian yang lebih baik mengikut baki yang ada dan memastikan penggunaan bantuan secara maksimum setiap bulan.
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara untuk menyemak baki MyKasih , jumlah bantuan serta senarai barang yang boleh dibeli menggunakan MyKad di bawah program SARA MyKasih 2025.
Baca Juga : STR Fasa 3 2025 (Semakan Status)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Untuk melayakkan diri sebagai penerima bantuan Mykasih 2025, individu mestilah :
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Semakan bantuan MyKasih boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua (2) kaedah berikut :
- Semakan Di Portal MyKasih
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
- Semakan Status Di Portal MySTR
- Layari Portal Rasmi MySTR :
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan kata kunci keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan maklumat bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
CARA SEMAK BAKI MYKASIH 2025
Berikut adalah cara semak baki bantuan SARA MyKasih :
- Semakan Baki Melalui Aplikasi MyKasih
- Muat Turun Aplikasi MyKasih : Muat turun aplikasi MyKasih Foundation dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Daftar Akaun MyKasih : Buka aplikasi, pilih “Daftar Akaun”, masukkan nombor MyKad dan maklumat peribadi lain, kemudian tetapkan kata laluan dan tekan Simpan.
- Log Masuk Aplikasi MyKasih : Masukkan nombor MyKad dan kata laluan untuk log masuk.
- Semak Baki Bantuan MyKasih : Di paparan utama, klik “Semak Baki” untuk melihat jumlah bantuan yang tersedia dan rekod transaksi.
- Semakan Melalui Portal MyKasih
- Sila layari laman rasmi MyKasih di menggunakan telefon pintar atau komputer.
- Klik pada menu “Semakan Status Penerima” yang tertera di halaman utama.
- Masukkan nombor MyKad anda (12 digit tanpa sengkang) pada ruangan yang disediakan. Kemudian, masukkan kod CAPTCHA yang dipaparkan di skrin untuk tujuan pengesahan. Akhir sekali, klik butang “Semak”.
- Sistem akan memaparkan status kelayakan serta baki bantuan MyKasih anda jika anda layak.
- Semakan Melalui Mesin EDC di Pasar Raya Terpilih
- Sila kunjungi pasar raya yang terlibat seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, KK Mart, atau kedai runcit terpilih yang menyertai program MyKasih.
- Bawa MyKad anda ke kaunter pembayaran.
- Maklumkan kepada juruwang bahawa anda ingin menyemak baki MyKasih.
- Serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk diimbas menggunakan mesin EDC MyKasih.
- Slip semakan baki akan dicetak, menunjukkan baki bantuan bulanan yang masih tersedia.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025
14 senarai lengkap barangan yang dibenarkan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 :
- Beras : (contoh: Jasmine, Faiza, Cap Rambutan, Super5)
- Roti : (Gardenia, Massimo, Mighty White)
- Telur : (CP, NutriPlus, QL Eggs)
- Minyak Masak : (Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife, Seri Murni)
- Tepung : (Cap Sauh, Lili, Blue Key, Cap Ros, Faiza)
- Biskut : (Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chips More, Hwa Tai, Jacob, KERK)
- Mi Segera : (Maggi, Mamee, Indomie, Cintan)
- Minuman : (Milo, Dutch Lady, Boh, Nescafe, Horlicks, F&N, Vico, Fernleaf)
- Makanan Dalam Tin : (Sardin, sardin Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, King Cup)
- Bahan Perasa : (kicap, sos, rempah seperti Puteri, Maggi, Jalen, Planta)
- Produk Kebersihan Diri : (Colgate, Dettol, Kotex, sabun mandi, syampu)
- Ubat-Ubatan OTC : (Panadol, Prospan, Hurix’s, Sterimar, Difflam)
- Barangan Persekolahan : (Faber‑Castell, Staedtler, Stabilo, Bata)
- Barangan Kebersihan Rumah : (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, pencuci lantai)
Nota : Semua barang yang disenaraikan di atas boleh diperoleh di lebih daripada 1,200 kedai runcit dan pasar raya berdaftar (Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart dan lain-lain). Barangan tersebut akan mempunyai label “MyKasih” pada rak untuk memudahkan proses pengesanan.


RUJUKAN
Semua maklumat yang telah dikongsi di atas diambil daripada sumber rasmi, termasuk Portal MyKasih dan STR mengenai program SARA MyKasih 2025. Ini bertujuan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan informasi yang disampaikan kepada pembaca. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak berwajib di bawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1800
- Emel : [email protected]
