SEMAKAN SARA RM100 2025 – SEMAKAN TARIKH BAYARAN ONLINE
SEMAKAN SARA RM100 2025-Sejak kebelakangan ini, topik SARA RM100 hangat diperkatakan. Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya bantuan ini, siapa yang layak menerimanya dan bila pula tarikh bayaran akan dibuat. Dalam keadaan kos sara hidup yang makin menekan, RM100 mungkin nampak kecil, tetapi bagi sebahagian besar rakyat, nilai itu cukup untuk menampung belanja dapur beberapa hari.
Artikel ini akan menghuraikan secara lengkap tentang SARA RM100,daripada maksudnya, syarat kelayakan, cara buat semakan, hingga ke jadual bayaran rasmi.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN 100 ONE OFF UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA 18 TAHUN KE ATAS
APA ITU SARA RM100?
SARA ialah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah, salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Tahun 2025 menyaksikan sedikit penambahbaikan di mana kerajaan memperkenalkan bantuan khas berbentuk bayaran tunai RM100 kepada penerima terpilih.
Bantuan ini lebih kepada sokongan tambahan. Ia tidak menggantikan bantuan utama lain seperti STR, tetapi bertindak sebagai bantuan kecil untuk meringankan beban bulanan rakyat.
| Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
SIAPA YANG LAYAK TERIMA SARA RM100?
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Individu berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
- Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
CARA BAYARAN SARA RM100 DIBAYAR
Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai yang nak tahu sama ada perlu isi borang, buat rayuan atau tunggu giliran panjang. Untuk kredit RM100 one-off bawah Program SARA ini, jawapannya cukup melegakan kerana penerima tak perlu buat apa-apa pun.
Kerajaan telah menetapkan bahawa wang bantuan ini akan terus dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak. Maksudnya, kad pengenalan kita bukan sekadar pengenalan diri, tetapi juga berfungsi sebagai “dompet digital” untuk menerima kredit khas ini.
Dengan cara ini, rakyat tidak lagi terbeban dengan urusan permohonan atau proses pendaftaran yang rumit. Siapa yang tersenarai layak, duit terus masuk.Berikut kami sediakan cara buat semakan SARA RM100 2025.
CARA GUNA SARA RM100
Kredit RM100 tersebut bukanlah tunai yang boleh dikeluarkan di kaunter bank. Sebaliknya, ia disediakan khusus untuk dibelanjakan bagi 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan kerajaan. Antara contoh barang yang biasanya termasuk dalam senarai kategori ini ialah:
- Beras, tepung, minyak masak
- Telur, sayur, buah-buahan
- Ikan, ayam, daging
- Makanan kering asas seperti biskut, mee segera
- Susu dan beberapa keperluan dapur lain
Tujuannya jelas bagi memastikan bantuan ini benar-benar dimanfaatkan untuk kegunaan harian keluarga, bukannya dibelanjakan ke arah yang kurang perlu.
14 KATEGORI BARANG KEPERLUAN LULUS MYSARA RM100 ONE OFF
Sebanyak 14 kategori barangan keperluan telah diluluskan untuk pembelian menggunakan Bantuan RM100 ONE-OFF, iaitu :
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Keperluan Sekolah;
- Beras;
- Bahan Perasa;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mee segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin; dan
- Produk Kebersihan Rumah;
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
Selain semakan SARA RM100 2025,kami juga sediakan pautan untuk buat semakan 14 kategori barang yang boleh di beli di sini (SEMAKAN 14 BARANGAN SARA)
SENARAI KEDAI SARA
Kerajaan juga telah menyediakan rangkaian yang luas untuk memudahkan rakyat menggunakan kredit ini. Lebih daripada 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh Malaysia akan menerima pembayaran menggunakan MyKad.
Antaranya termasuk:
- Kedai runcit kampung
- Pasar raya tempatan
- Hypermarket besar
- Kedai koperasi di kawasan luar bandar
Jadi, sama ada tinggal di bandar besar atau di kawasan pedalaman, peluang untuk menggunakan bantuan ini tetap ada.
Semak Kedai SARA di sini (SEMAKAN PREMIS BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025)
TARIKH MASUK SARA RM100
- Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
- Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN SARA RM100 2025
Semakan SARA RM100 2025/Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan SARA RM100 2025 : https://sara.gov.my
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA SARA RM100
Penerima boleh menggunakan kredit Penghargaan SARA untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RINGKASAN
- Jumlah bantuan: RM100 one-off
- Cara penyaluran: Automatik ke dalam MyKad
- Permohonan: Tidak perlu
- Jenis perbelanjaan: 14 kategori barang keperluan
- Tempat guna: Lebih 7,300 kedai runcit berdaftar seluruh negara
- Tarikh masuk bayaran : 31 Ogos 2025
Dengan pendekatan ini, bantuan bukan sahaja sampai terus ke tangan rakyat, tetapi juga memastikan ia digunakan untuk tujuan yang betul – iaitu menampung kos sara hidup harian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai semakan SARA RM100 2025/ bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas SEMAKAN SARA RM100 2025 di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf
SEMAKAN SARA RM100 2025
