SEMAKAN SPUPIM 2025: PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN, KEPUTUSAN & RAYUAN UNTUK IKM, KKTM, MJII & KOLEJ MARA
SEMAKAN SPUPIM 2025 -Tahun 2025 menyaksikan ribuan pelajar lepasan SPM dan STPM membuat permohonan ke Institusi Pendidikan MARA seperti IKM, KKTM, MJII, Kolej MARA serta Kolej Profesional MARA melalui satu sistem pusat yang dinamakan SPUPIM. Bagi anda yang telah membuat permohonan, artikel ini akan membantu anda untuk membuat semakan keputusan tawaran, memahami proses rayuan dan menyediakan diri untuk langkah seterusnya jika berjaya.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN PENDIDIKAN MAIDAM 2025 – CARA MOHON,SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
APA ITU SPUPIM 2025
SPUPIM atau Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA adalah platform rasmi MARA bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi di bawah kelolaan MARA seperti:
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- Malaysia-Japan Industrial Institute (MJII)
- Kolej MARA
- Kolej Profesional MARA (KPM)
- Melalui sistem ini, pelajar boleh menghantar permohonan, menyemak keputusan, dan membuat rayuan jika tidak berjaya.
TARIKH PENTING SEMAKAN SPUPIM 2025
| PERKARA | TARIKH |
| Permohonan dibuka | 26 Februari 2025 |
| Permohonan ditutup | 30 April 2025 |
| Semakan SPUPIM | 18 Jun 2025 selepas jam 3.00 petang |
| Rayuan Fasa 1 | 27 Jun – 1 Julai 2025 |
| Rayuan Fasa 2 (JIKA ADA) | 4 Julai – 8 Julai 2025 |
| Tarikh lapor diri | Akan diumumkan bersama keputusan |
Tarikh-tarikh ini amat penting dan menentukan masa depan pendidikan anda. Simpan artikel ini atau catat dalam kalendar agar tidak terlepas.
SEMAKAN SPUPIM 2025
Cara Semakan Keputusan SPUPIM 2025
Setelah permohonan ditutup, proses penilaian akan dibuat dan keputusan akan diumumkan melalui laman rasmi. Berikut adalah cara untuk anda menyemak keputusan:
Langkah demi Langkah:
- Layari laman web rasmi:
- Klik “Semakan Keputusan”Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Tekan butang “Semak”
- Status tawaran akan dipaparkan:
- Berjaya (anda akan menerima surat tawaran rasmi)
- Tidak Berjaya (anda boleh membuat rayuan)
- Semakan hanya boleh dibuat selepas jam 3.00 petang pada 18 Jun 2025.
INSTITUSI DAN & PROGRAM DITAWARKAN
Berikut adalah antara institusi di bawah MARA yang boleh anda pohon melalui SPUPIM:
- IKM (Institut Kemahiran MARA)
- Menawarkan program peringkat Sijil Kemahiran.
- Bidang seperti: automotif, elektrikal, mekanikal, jahitan, bakeri, dan banyak lagi.
- KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA)
- Menawarkan program Diploma.
- Fokus kepada teknologi tinggi seperti robotik, aeronautik, bioteknologi dan kejuruteraan.
- MJII (Malaysia-Japan Industrial Institute)
- Menawarkan program kejuruteraan berpandukan standard industri Jepun.
- Kolej MARA / KPM
- Fokus kepada bidang profesional seperti perakaunan, teknologi maklumat, keusahawanan dan banyak lagi.
SYARAT KELAYAKAN UMUM
yarat umum kelayakan untuk memohon melalui SPUPIM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan Bumiputera
- Berumur 18 hingga 40 tahun
- Lulus SPM atau setaraf
- Kepujian dalam subjek-subjek tertentu (bergantung pada program)
- Tidak buta warna untuk kursus tertentu seperti elektrik dan elektronik
- Sihat tubuh badan dan mampu menjalani latihan industri
PANDUAN SELEPAS BERJAYA SEMAKAN SPUPIM 2025
Jika anda berjaya dalam semakan SPUPIM, langkah seterusnya adalah:
- Cetak surat tawaran
- Baca dengan teliti syarat-syarat tawaran
- Sediakan dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan IC
- Slip keputusan SPM
- Gambar passport
- Dokumen kesihatan (jika diminta)
- Lapor diri ke institusi yang ditetapkan pada tarikh yang ditetapkan
Pentadbiran MARA tidak membenarkan pertukaran institusi atau program selepas tawaran dikeluarkan.
Jika Tidak Berjaya: Proses Rayuan
Bagi anda yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Anda masih boleh membuat rayuan SPUPIM.
CARA MEMBUAT RAYUAN SPUPIM 2025
- Layari: https://spupim.mara.gov.my
- Log masuk seperti semakan biasa
- Klik butang “Permohonan Rayuan”
- Pilih semula program yang sesuai (ikut kelayakan anda)
- Hantar rayuan sebelum tarikh tutup
- Rayuan Fasa 1: 27 Jun – 1 Julai 2025
- Rayuan Fasa 2: 4 Julai – 8 Julai 2025 (jika ada kekosongan)

Tips Lulus Rayuan
- Pilih kursus yang kurang persaingan seperti pertanian, bakeri, atau reka bentuk pakaian.
- Pastikan anda memenuhi syarat penuh.
- Elakkan mengisi rayuan secara tergesa-gesa — semak betul-betul.
- Doakan dan cuba juga permohonan di institusi lain sebagai back-up.
SOALAN LAZIM
Q: Adakah SPUPIM sama dengan UPU?
A: Tidak. UPU adalah sistem pusat permohonan untuk IPTA. SPUPIM pula khusus untuk institusi pendidikan di bawah MARA.
Q: Jika saya mohon melalui UPU TVET, adakah perlu semak SPUPIM juga?
A: Ya, pelajar perlu semak kedua-dua platform kerana ada pengambilan melalui kedua-dua saluran.
Q: Bila kena lapor diri jika berjaya?
A: Tarikh akan dinyatakan dalam surat tawaran yang anda cetak. Biasanya sekitar Julai atau Ogos 2025.
Q: Adakah pembelajaran ini percuma?
A: Biasanya MARA menyediakan pembiayaan penuh atau pinjaman boleh ubah bergantung kepada keputusan akhir anda.
KESIMPULAN
Dalam dunia pendidikan, kegagalan untuk kali pertama bukan noktah. Ramai pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan pertama SPUPIM tetapi mendapat tempat melalui rayuan atau sesi ambilan berikutnya. Jangan cepat menyerah. Rezeki orang berusaha sentiasa terbuka luas.
SPUPIM 2025 bukan sekadar sistem permohonan – ia adalah pintu kepada masa depan anda. Samada anda berminat dalam bidang kemahiran, teknikal, profesional atau keusahawanan, MARA menyediakan platform untuk anda berkembang.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan bersama rakan-rakan anda. Semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada keluarga besar MARA.
SEMAKAN SPUPIM 2025
