STR 2026 Bujang – Permohonan & Bayaran Sara RM600

STR 2026 Bujang – Permohonan & Bayaran Sara RM600

Permohonan STR Bujang 2026 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 dan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi mySTR.

bantuan tunai sara hidup

Semakan Status STR 2026 Bujang

Untuk membuat semakan status permohonan STR 2026 bagi kategori bujang, ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  2. Tekan butang β€œSemakan Permohonan”.
  3. Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

Adakah STR 2026 Bujang Kena Buat Permohonan?

Mereka yang menepati syarat umur 21 tahun pada tahun 2026 masih perlu membuat permohonan STR.

Ini kerana walaupun tiada bayaran STR secara tunai untuk kategori bujang, kelulusan permohonan akan melayakkan pemohon menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu bantuan bulanan yang akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula bulan permohonan diluluskan.


Syarat Kelayakan STR 2026 Bujang

Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi syarat kelayakan berikut:

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  2. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  3. Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
  4. Berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
  5. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
NOTA:
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) hanya dibenarkan dimasukkan sebagai maklumat anak / tanggungan dalam permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Jumlah Bayaran STR & SARA Bujang 2026

  1. Mulai tahun 2026, individu bujang berumur bawah 60 tahun tidak lagi menerima bayaran STR seperti sebelum ini.
  2. Sebaliknya, mereka akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
  3. Bagi warga emas bujang yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, bayaran STR dikekalkan sebanyak RM600 dan kadar SARA dinaikkan daripada RM450 setahun kepada RM600 setahun.
  4. Untuk kategori bujang biasa, bantuan diteruskan sepenuhnya dalam bentuk SARA sahaja tanpa sebarang bayaran STR mulai 2026.
  5. SARA bertujuan membantu pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan.
Kesimpulan:
Bermula tahun 2026, bayaran STR bagi kategori bujang dikurangkan kepada sifar dan digantikan sepenuhnya dengan bantuan SARA RM50 sebulan atau RM600 setahun. Pendekatan ini bertujuan memastikan bantuan disalurkan secara lebih berfokus kepada keperluan asas penerima.
str bujang 2026

Maklumat Lanjut STR Bujang 2026

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan STR dan SARA 2026, sila rujuk FAQ rasmi berikut:

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
βœ” Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 βœ” Sertai Channel