BANTUAN KERAJAAN MYKASIH SARA (SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK)
PENGENALAN
Permulaan penyaluran Bantuan MyKasih SARA adalah pada Jun 2023 yang hanya disasarkan kepada 0.2 juta penerima sahaja. Namun pada Januari 2024, Kerajaan telah meluaskan sasaran kepada 0.7 juta penerima dan kini bagi tahun 2025, kerajaan menyasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima.
Bilakah MyKasih Sara masuk dan bagaimanakah semak status layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : CARA SEMAK SAMAN ONLINE (PDRM/TRAFIK/JPJ/AES)
MYKASIH SARA BILA MASUK
BANTUAN KERAJAAN MYKASIH SARA (SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK)
Bantuan MyKasih SARA bagi tahun 2025 akan dimasukkan mengikut tarikh seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
Novermber 2025 | November 2025 |
Desember 2025 | Desember 2025 |
KADAR NILAI MYKASIH SARA 2025
Pada tahun 2025, Bantuan MyKasih SARA akan dimasukkan kepada penerima adalah dengan kadar nilai seperti berikut :
Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | KADAR NILAI BANTUAN MYKASIH SARA 2025 |
---|---|
Isi Rumah | RM1,200 Setahun (RM100 Sebulan) |
Warga Emas | RM1,200 Setahun (Rm100 Sebulan) |
Bujang | Rm600 Setahun (Rm50 Sebulan) |
Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | KADAR NILAI BANTUAN MYKASIH SARA 2025 |
---|---|
Isi Rumah | RM900 Setahun (RM100 Sebulan) |
Warga Emas | RM450 Setahun (RM50 Sebulan) |
Bujang | – |
SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025 LAYAK ATAU TIDAK
Semak Status kelayakan anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKasih SARA seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : http://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/
Alamat E-mel : info@mykasih.com