BORANG BANTUAN ZAKAT SELANGOR 2025 (SEMAKAN PERMOHONAN)
PENGENALAN
Lembaga Zakat Selangor (LZS) ialah institusi yang ditubuhkan untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada golongan asnaf di negeri Selangor.Berikut adalah maklumat lengkap mengenai bantuan yang ditawarkan, syarat kelayakan, cara memohon, dan proses semakan status permohonan.
Baca Juga : BANTUAN E KASIH RM600 2025 (SEMAK LAYAK ATAU TIDAK)
KATEGORI BANTUAN ZAKAT LZS
LZS menawarkan bantuan kepada pelbagai kategori asnaf, termasuk :
- ASNAF FAKIR DAN MISKIN
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Makanan Bulanan
- Pembinaan dan Baik Pulih Rumah
- Bantuan Modal Perniagaan
- Kursus dan Latihan
- Saguhati Hari Raya
- Bantuan Yuran Sekolah
- ASNAF MUALLAF
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Perkahwinan
- Saguhati Galakan
- Elaun Kelas Agama Asas
- Bantuan Modal
- Kursus dan Latihan
- ASNAF GHARIMIN (BERHUTANG)
- Bantuan Hutang Keperluan Hidup
- Bantuan Hutang Perubatan
- Bantuan Rawatan Dialisis
- ASNAF FISABILILLAH
- Bantuan kepada Persatuan/Badan Islam
- Pembinaan/Baik Pulih Masjid/Surau/Sekolah
- Program Penerapan Nilai-Nilai Islam
- Bantuan Keperluan Sekolah
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Untuk memohon bantuan zakat, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohona seperti berikut :
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Lahir atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 3 tahun
- Pendapatan tidak mencapai had kifayah (keperluan asas)
- Tidak menerima bantuan mencukupi dari mana-mana pihak lain
CARA MEMOHON
BORANG BANTUAN ZAKAT SELANGOR 2025 (SEMAKAN PERMOHONAN)
- Muat Turun Borang Permohonan zakatselangor.com.my
- Layari laman web rasmi LZS dan pilih borang mengikut jenis bantuan yang dipohon.
- Lengkapkan Borang
- Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar Permohonan
- Serahkan borang yang lengkap di kaunter LZS terdekat atau melalui portal eZakat Online.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui :
1.Portal eZakat Online (eZO)
- Daftar dan log masuk di ezo.zakatselangor.com.my
- Semak status permohonan di bahagian “Semakan Permohonan Bantuan”
2.Aplikasi Mudah Alih Zakat Selangor
- Muat turun aplikasi melalui Google Play Store
- Log masuk dan semak status permohonan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut hubungi :
Talian Zakat Selangor1-300-88-4343
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my