BANTUAN SARA MYKASIH OGOS 2025 – SEMAKAN TERKINI STATUS PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih ialah cara kerajaan Malaysia membantu mereka yang berpendapatan rendah dan miskin. Bantuan berupa barangan keperluan asas ini diberikan secara digital melalui MyKad penerima. Artikel ini memberikan panduan untuk menyemak status penerima dan maklumat penting mengenai bantuan ini bagi bulan Ogos 2025.
Baca Juga : TARIKH DAN BAYARAN STR FASA 3 2025
APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH 2025?
Pada tahun 2025, kerajaan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang lebih fokus dan luas. Mereka yang berstatus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ada dalam pangkalan data eKasih. Bantuan ini akan diberikan secara automatik. Penerima yang lulus STR dan termasuk dalam kategori miskin atau miskin tegar eKasih akan menerima bantuan tanpa perlu mohon lagi.
SIAPA LAYAK DAPAT BANTUAN SARA MYKASIH?
Ada dua kategori utama penerima Bantuan SARA :
- Penerima STR berstatus eKasih (miskin atau miskin tegar) : Mereka ini warganegara Malaysia yang ada dalam pangkalan data eKasih dan lulus STR 2025.
- Penerima STR bukan eKasih : Warganegara yang lulus STR tetapi tidak termasuk dalam eKasih juga layak menerima bantuan SARA.
Penerima dalam kategori ini tidak perlu buat permohonan tambahan. Sistem akan uruskan berdasarkan data yang sedia ada.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025?
BANTUAN SARA MYKASIH OGOS 2025
Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah (eKasih + STR)
- RM100 sebulan (Januari – Mac 2025)
- RM200 sebulan (April – Disember 2025)
- Jumlah setahun : RM2,100
- Warga Emas (tiada pasangan, eKasih + STR)
- RM100 sebulan (Januari – Mac)
- RM150 sebulan (April – Disember)
- Jumlah setahun : RM1,650
- Individu Bujang (eKasih + STR)
- RM50 sebulan sepanjang tahun
- Jumlah setahun : RM600
- Isi Rumah (STR sahaja)
- RM100 sebulan (April – Disember)
- Jumlah setahun : RM900
- Warga Emas (STR sahaja)
- RM50 sebulan (April – Disember)
- Jumlah setahun : RM450
- Bujang (STR sahaja)
- Tidak layak terima bantuan
BILA BANTUAN SARA MYKASIH AKAN DIKREDITKAN?
Untuk penerima SARA, ini jadual kredit bulanan sepanjang tahun 2025 :
- 15 Januari 2025 (pelancaran rasmi bantuan SARA MyKasih)
- 01 Februari – 01 Disember 2025 : setiap awal bulan, kredit SARA dimasukkan ke dalam MyKad penerima.
Untuk bulan Ogos 2025, bantuan akan dikreditkan pada 1 Ogos 2025 (Jumaat), sama seperti jadual bulan sebelumnya.
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025
- Portal Rasmi MyKasih
- Layari portal rasmi di https://www.mykasih.com.my/
- Klik “Semak Status” atau “Semak Kelayakan”
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa ruang)
- Masukkan captcha yang dipaparkan
- Tekan butang Semak Status
- Sistem akan tunjukkan :
- Status kelayakan (contoh : “Lulus Bantuan SARA”)
- Jumlah bantuan terkini / baki semasa
- Portal MySTR
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Masukkan MyKad dan kata laluan keselamatan / OTP
- Buka menu “Semakan Permohonan”, kemudian pilih “Maklumat Bayaran”
- Paparan akan menunjukkan status STR & SARA, serta jumlah kredit bantuan
APA YANG BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN MYKASIH?
Bantuan SARA hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan dalam senarai yang diluluskan kerajaan. Setiap barang mesti ada label MyKasih / SARA pada rak. Ada 14 kategori barang :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Barangan Kebersihan : Sabun pinggan / Sabun / serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai

CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH 2025
- Pergi ke pasar raya yang mengambil bahagian seperti Mydin, Lotus’s, Econsave atau kedai lain yang dibenarkan dan bawa MyKad anda.
- Pilih barang keperluan asas dari senarai barangan MyKasih.
- Beritahu juruwang anda mahu guna bantuan MyKasih masa buat bayaran.
- Juruwang akan imbas MyKad untuk tolak duit bantuan anda.
- Kalau beli lebih dari baki MyKasih, anda bayar lebihan guna duit sendiri atau e-wallet.

INFO TAMBAHAN YANG PERLU ANDA TAHU
- Jumlah penerima SARA 2025 dah meningkat kepada 5.4 juta individu, termasuk penerima STR bukan eKasih yang layak.
- Bantuan Tahunan : Isi Rumah eKasih layak RM2,100, STR sahaja layak RM900. Jumlah untuk Warga Emas & Bujang berbeza ikut kategori.
- Jika anda rasa layak tapi tak tersenarai, hubungi pejabat LHDNM untuk kemas kini maklumat.
- Untuk bantuan lanjut, hubungi MyKasih Foundation di talian 03‑7720 1800 atau e‑mel
BANTUAN SARA MYKASIH OGOS 2025
Bantuan SARA MyKasih Ogos 2025 ni memang membantu sangat golongan B40. Senang je nak semak, boleh guna portal atau aplikasi rasmi. Jadi, jangan lupa semak status dan manfaatkan bantuan ni untuk beli barang keperluan harian.
MAKLUMAT LANJUT & RUJUKAN RASMI
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi :
