BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK RM450 – SYARAT KELAYAKAN & CARA MOHON (2025)
Kerajaan Sarawak ada menyediakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sejak Januari 2020, iaitu sebanyak RM450. Ini adalah sebagai tanda sokongan kepada wanita hamil yang mempunyai MyKad ‘K’. Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan ibu-ibu semasa melahirkan anak dan pada awal penjagaan bayi. Untuk tahun 2025, program ini diteruskan, dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui iSarawakCare atau secara manual.
Baca Juga : SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025
APA ITU BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK (BIB)?
BIB ialah bantuan tunai sebanyak RM450 yang diberikan sekali sahaja kepada ibu bersalin yang memenuhi syarat. Duit bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima selepas permohonan diluluskan.
Tujuan utama program ini adalah :
- Untuk menggalakkan pendaftaran kelahiran bayi dengan segera.
- Sebagai galakan kepada ibu yang mengandung dan melahirkan anak di Sarawak.
- Untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang baik.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK?
Untuk layak memohon, pemohon mesti memenuhi syarat berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pemegang MyKad berstatus ‘K’ (Sarawak)
- Melahirkan anak bermula 1 Januari 2025
- Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin
- Ibu atau bapa mestilah rakyat Sarawak
DOKUMEN APA YANG PERLU DISEDIAKAN?
Ini senarai dokumen yang perlu anda sediakan dan muat naik semasa membuat permohonan :
- Salinan MyKad pemohon (ibu) dan suami
- Salinan Buku Rekod Kesihatan Ibu (sebagai bukti kehamilan 22 minggu)
- Salinan Sijil Nikah (jika pemohon bukan pemegang ‘K’)
- Salinan Penyata Akaun Bank (atas nama ibu)
- Salinan Sijil Kelahiran bayi atau nota keluar hospital
Nota : Pastikan semua dokumen disahkan oleh pegawai yang sah.
MACAM MANA NAK MOHON BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK 2025?
Ada dua cara untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak (BIB) :
- Permohonan Dalam Talian
- Layari portal rasmi iSarawakCare
- Daftar akaun dan masuk (log in)
- Pilih program Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
- Isi semua maklumat diri dan kehamilan yang diperlukan
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Hantar permohonan
- Permohonan Manual
- Dapatkan borang permohonan dari :
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian
- Pejabat Daerah
- Urus Setia BIB di MASJA Kuching
- Isi borang dengan lengkap dan sertakan semua dokumen yang diperlukan
- Hantar ke pejabat yang berkaitan
- Dapatkan borang permohonan dari :
BILA DAPAT DUIT BANTUAN & BERAPA LAMA PROSES KELULUSAN?
- Permohonan anda akan diproses dalam masa 7-14 hari bekerja.
- Bantuan RM450 akan dimasukkan ke dalam akaun bank ibu selepas permohonan diluluskan.
- Anda boleh menyemak status permohonan selepas 2 minggu dari tarikh menghantar permohonan.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK
Anda boleh menyemak status permohonan BIB melalui :
- Dalam Talian : Log masuk ke iSarawakCare
- WhatsApp : 014-6881398
- Emel : [email protected]
- Aplikasi Service Sarawak
SOALAN LAZIM (FAQ)
Adakah BIB masih ada pada tahun 2025?
Ya, bantuan ini masih diteruskan pada tahun 2025.
Kalau saya bersalin di luar Sarawak, boleh mohon tak?
Boleh, asalkan anda memenuhi syarat MyKad ‘K’ atau berkahwin dengan pemegang MyKad ‘K’.
Macam mana kalau tak ada akaun bank?
Anda mesti ada akaun bank sendiri atas nama anda (ibu) untuk menerima bantuan ini.
Berapa lama tempoh sah permohonan?
Anda perlu hantar permohonan dalam masa 3 bulan selepas bersalin.
KESIMPULAN
Bantuan Ibu Bersalin 2025 ini satu usaha yang bagus daripada kerajaan Sarawak untuk membantu ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Diharapkan dengan RM450 itu, dapatlah sikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan, terutama bagi mereka yang kurang berada. Jadi, kepada semua ibu yang layak, jangan lupa mohon mengikut cara yang betul dan dalam masa yang ditetapkan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak
- Portal iSarawakCare
- Laporan UKAS & berita rasmi Premier Sarawak
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat
