BANTUAN TUNAI HASIL FASA 3 2025 – SEMAKAN STATUS

BANTUAN TUNAI HASIL FASA 3 2025 – SEMAKAN STATUS

Peruntukan Bantuan Tunai Rahmah (STR) telah ditingkatkan kepada RM13 bilion, hasil daripada pelaksanaan penyasaran semula subsidi oleh Kerajaan. Langkah ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terkesan oleh peningkatan kos sara hidup dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat mengenai semakan status Bantuan Tunai Hasil Fasa 3, sila ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

Baca Juga : SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE (SEMAKAN STATUS SARA)

KADAR BANTUAN TUNAI HASIL 2025

Berikut adalah kadar bayaran Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2025 untuk setiap kategori penerima :

  • Kategori Isi Rumah
Kelayakan Isi RumahKadar Bayaran 2025
Isi Rumah B40
(Pendapatan bawah RM2,500)
Tiada Anak : RM1,000
1 – 2 Anak : RM1,500
3 – 4 Anak : RM2,000
5 Anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah M40
(Pendapatan EM2,501 – RM5,000)
Tiada Anak : RM500
1 – 2 Anak : RM750
3 – 4 Anak : RM1,000
5 Anak ke atas : RM1,250
  • Kategori Bujang
Kelayakan BujangKadar Bayaran 2025
Bujang 21 – 59 tahunRM600
Bujang 60 tahun ke atasRM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 3 2025

Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 akan dibayar pada tarikh yang akan diumumkan seperti berikut :

FASATARIKH BAYARAN
Fasa Ke-3Dijangka pada bulan Ogos, namun pihak Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh rasmi bayaran Bantuan Tunai Hasil Fasa ke 3

Nota : Sekiranya pihak kerajaan mengumumkan tarikh bayaran fasa ke-3 secara rasmi, maklumat di atas akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 3 2025

Pembayaran Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 kepada penerima akan dilaksanakan melalui kaedah berikut :

Jenis PenerimaKaedah Bayaran 2025
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan)
Tiada Akaun BankDiberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Status ‘Gagal Kredit’Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI HASIL FASA 3 2025


Untuk menyemak status sebagai penerima ‘Layak’ Bantuan Tunai Hasil Fasa 3, sila ikuti langkah-langkah semakan melalui pautan Portal Rasmi berikut :

PORTAL RASMI

  • Bantuan Tunai Hasil (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Hasil di atas.
  • Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk mendapatkan pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Klik pada butang [Log Masuk].
  • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] jika maklumat adalah betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan tepat.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  • Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  • Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  • Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel