SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan dilaksanakan secara automatik setiap bulan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan dan telah lulus dalam program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, tanpa memerlukan sebarang permohonan.

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status MyKasih bagi Sumbangan Asas Rahmah 2025, sila baca artikel dibawah.

Baca Juga : KADAR TOL PLUS 2025 (SEMAK HARGA TERKINI)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025

SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan berhak menerima bantuan SARA :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih :
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang bukan dalam sistem eKasih :
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KADAR BANTUAN MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Amaun bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan melalui MyKad seperti berikut :

  • Lulus STR dan berstatus dalam sistem eKasih
Kategori Penerima
(Lulus STR dan Berstatus eKasih)
Amaun Bulanan
Isi RumahRM2,100 Setahun
RM100/bulan (Bermula Jan – Mac)
RM200/bulan (Bermula April – Dis)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650 Setahun
RM100/bulan (Bermula Jan – Mac)
RM150/bulan (Bermula April – Dis)
BujangRM600 Setahun
RM50/bulan (Bermula Jan – Dis)
  • Lulus STR dan bukan eKasih
Kategori Penerima
(Lulus STR dan bukan eKasih)
Amaun Bulanan
Isi RumahRM900 Setahun
RM100/bulan (Bermula April – Dis)
Warga Emas Tiada PasanganRM450 Setahun
RM50/bulan (Bermula April – Dis)

MANFAAT BANTUAN MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima akan dilakukan secara bulanan dengan jumlah RM50, RM100, RM150, atau RM200. Bantuan ini bertujuan untuk membolehkan penerima membuat pembelian 14 kategori barangan keperluan asas yang telah diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar), dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.

SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 LAYAK ATAU TIDAK

Semakan status Sumbangan Asas Rahmah SARA boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua (2) kaedah berikut :

  1. Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MyKasih :
    • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    • Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    • Kemudian, masukkan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    • Klik [Semak Status].
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Selesai.
  2. Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MySTR :
    • Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
    • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
    • Kemudian, masukkan kata kunci keselamatan yang betul.
    • Klik [Semakan Status].
    • Status kelayakan penerima dan maklumat bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Selesai.

SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025

Berikut 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Barangan Kebersihan (TERBARU) : Sabun pinggan / Sabun / serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai
SENARAI BARANG MYKASIH 2025

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel