CARA MOHON GURU CoS 2026 : MYPDPP PERMOHONAN
Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Contract of Service – CoS) Sekolah Rendah KPM 2026
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan bukan pendidikan yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai profesion keguruan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) di sekolah rendah seluruh negara bagi ambilan tahun 2026.
Peluang ini terbuka kepada graduan yang ingin berkhidmat sebagai guru walaupun tidak mempunyai latar belakang ikhtisas pendidikan sebelum ini. Calon yang berjaya akan dilantik secara kontrak dan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).
1. Syarat Umum Permohonan
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 30 Jun 2026 (lahir pada atau selepas 30 Jun 1986).
- Indeks Jisim Badan (BMI) 32.5 dan ke bawah untuk pertimbangan panggilan temu duga.
Kelayakan Akademik
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan daripada universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan; ATAU
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf.
- Lulus Bahasa Melayu sekurang-kurangnya Gred C di peringkat SPM / SVM.
2. Syarat Mengikut Opsyen Mata Pelajaran
Opsyen Bahasa Inggeris
Keutamaan diberikan kepada calon yang mencapai sekurang-kurangnya tahap C1 berdasarkan piawaian CEFR. Calon yang mempunyai diploma Bahasa Inggeris dengan tahap B2 masih boleh dipertimbangkan, namun perlu mencapai tahap C1 sepanjang tempoh kontrak untuk tujuan lantikan tetap atau interim.
Opsyen SJKC
Bagi mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (kecuali Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris), calon mesti memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Cina di peringkat SPM.
Opsyen SJKT
Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (kecuali Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris), calon perlu memiliki sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Tamil di SPM.
3. Calon Orang Kurang Upaya (OKU)
Calon OKU juga digalakkan memohon dengan syarat:
- Tidak mempunyai masalah kesihatan serius (selain ketidakupayaan yang diiktiraf).
- Mampu mengurus diri sendiri.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika berkaitan).
4. Maklumat Jawatan
- Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Contract of Service)
- Gaji Permulaan: RM2,360.00
- Layak menerima caruman PERKESO.
- Pelantikan tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan sumber manusia yang berkuat kuasa.
Guru lantikan CoS perlu bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk kawasan bandar atau pedalaman dan tidak dibenarkan memohon pertukaran sepanjang tempoh kontrak.
5. Cara Mohon Guru CoS 2026
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Tempoh permohonan: 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026 (11.59 malam)
- Calon hanya dibenarkan membuat satu permohonan sahaja.
- Maklumat boleh dikemas kini sebelum tarikh tutup.
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disahkan tidak akan diproses.
Ujian & Temu Duga
- Calon yang layak akan menerima tarikh menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG).
- Hanya calon yang lulus e-UKCG akan dipanggil temu duga.
- Keputusan berjaya akan diumumkan secara berperingkat.
6. Siapa Yang Tidak Layak Memohon?
- Graduan pendidikan.
- Guru interim.
- Individu bankrap.
- Pernah dibuang kerja kerajaan kerana tatatertib.
- Terlibat kes jenayah atau penyalahgunaan dadah.
- Pernah gagal program ikhtisas di IPG.
- Mendapat keputusan senat selepas 20 Mac 2026.
7. Tarikh-Tarikh Penting Ambilan 2026
- 23 Februari 2026 – Iklan dipaparkan
- 2 – 20 Mac 2026 – Permohonan dibuka
- 30 Mac – 8 April 2026 – e-UKCG
- 27 April – 22 Mei 2026 – Temu duga
- 30 Jun 2026 – Keputusan tawaran sementara
- September 2026 – Keputusan tawaran muktamad
- Januari 2027 – Lapor diri ke sekolah & daftar PDPP
8. Sertai Group WhatsApp Guru CoS 2026
Dapatkan info pantas, tips lulus e-UKCG, makluman temu duga dan update tarikh penting dengan menyertai group khas ini:
Sebarang maklumat palsu atau manipulasi dalam permohonan boleh menyebabkan tawaran ditarik balik dan tindakan undang-undang diambil.
