SENARAI PELEPASAN CUKAI 2025 : SEMAK CHECKLIST PELEPASAN UNTUK eFILING 2026

SENARAI PELEPASAN CUKAI 2025 : SEMAK CHECKLIST PELEPASAN UNTUK eFILING 2026

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun akan mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi individu menerusi laman web https://www.hasil.gov.my/.

Di bawah ini kami sediakan senarai pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.

BACA JUGA DI SINI : CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE 2026 : PAUTAN PEMBAYARAN UNTUK SETIAP NEGERI BESERTA JUMLAH DAN CARA NIAT

PENDAPATAN TAHUNAN YANG AKAN DIKENAKAN CUKAI

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.

Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.

Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 37,333 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

SENARAI PELEPASAN CUKAI 2025

Berikut ialah senarai pelepasan cukai 2025 :

Pelepasan Cukai 2025 / 2026

1) Had Pendapatan Tidak Dikenakan Cukai (Malaysia)

Status IndividuPendapatan Tahunan (RM)Anggaran Bulanan (RM)
Bujang / Duda / Janda37,3333,111
Berkahwin (pasangan tidak bekerja)37,3333,111
Berkahwin + 2 anak (taksiran berasingan)41,3333,444
Berkahwin bersama + 0 anak48,0004,000
Berkahwin bersama + 1 anak50,0004,167
Berkahwin bersama + 2 anak52,0004,333

2) Pelepasan Cukai Individu & Keluarga

Jenis PelepasanAmaun (RM)
Individu & saudara tanggungan9,000
Suami / Isteri / Alimoni4,000
Individu kurang upaya7,000
Pasangan kurang upaya6,000

3) Pendidikan & Peningkatan Kemahiran

JenisAmaun (RM)
Yuran pengajian sendiri7,000
Kursus peningkatan kemahiran2,000

4) Perubatan & Keperluan Khas

JenisAmaun Maksimum (RM)
Perubatan diri / pasangan / anak10,000
Perbelanjaan ibu bapa8,000
Peralatan OKU6,000

5) Gaya Hidup & Aktiviti

JenisAmaun (RM)
Gaya hidup (buku, internet, alat elektronik)2,500
Sukan & aktiviti tambahan1,000
Kenderaan elektrik / mesin kompos2,500

6) Insurans, KWSP & Simpanan

KategoriAmaun (RM)
Insurans nyawa & KWSP7,000
Skim Persaraan Swasta (PRS)3,000
SSPN8,000
Insurans pendidikan & perubatan4,000
PERKESO350

7) Pelepasan Anak & Lain-lain

KategoriAmaun (RM)
Anak bawah 18 tahun2,000
Anak 18 tahun ke atas (belajar sepenuh masa)8,000
Yuran taska / tadika3,000
Peralatan penyusuan (wanita)1,000

Nota: Semua amaun adalah pelepasan maksimum yang dibenarkan bagi Tahun Taksiran 2025 (e-Filing 2026).

CHECKLIST SEBELUM MASUK BULAN CUKAI

LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.

Contoh:

Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202

Potongan KWSP (11%) = RM4,202

Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)

Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.

Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :

1. Borang EA / EC / CP58

Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC. 

Orang kerja swasta, sediakan borang EA. 

Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.

Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2026. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2026.

Sila take note kalau korang makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.

2. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung/angkat

Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM8000 untuk penjagaan kesihatan keperluan kesihatan .

“Tapi mak ayah duduk kampung? “

Rileks, korang masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.

Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.

Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.

3. Penyata Takaful / Insuran

Sila minta statement tahun 2025 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.

Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.

Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.

Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.

4. Resit Gaya Hidup

Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2025) ada beli dan bayar;

smartphone/komputer/laptop/tablet

buku/ subscription news online

bil langganan internet

Pembelian alat sukan / yuran gym

Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.

Ingat, tipu dosa.

5. Resit Alatan Penyusuan

Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).

Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.

Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:

(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);

(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection

and storage equipment); serta

(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).

6. Resit Pra-Sekolah

Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?

Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2027) masa isi borang untuk taksiran 2026 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.

Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Penyata SSPN-i

Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.

Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.

(Jumlah simpanan dalam tahun 2025 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2025).

Contoh: Dalam tahun 2025

Baki Bawa Hadapan: RM4,500;

Simpanan : RM2,000; dan

Pengeluaran : RM1,500.

Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500). 

Untuk taksiran tahun 2025, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000. 

LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.

8. Resit bayaran zakat

Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.

Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).

Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.

TALIAN BANTUAN

Talian Bantuan Cukai LHDN

📞 Talian Bantuan Cukai – LHDN Malaysia

Jenis PerkhidmatanMaklumat
AgensiLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
Hasil Care Line03-8911 1000
Waktu OperasiIsnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
Email Rasmi[email protected]
Portal Rasmiwww.hasil.gov.my
e-Filing (MyTax)mytax.hasil.gov.my

📍 Perkhidmatan di Pejabat LHDN

PerkhidmatanKeterangan
Semakan nombor cukaiSemakan & pengesahan nombor cukai pendapatan
Bantuan e-FilingPanduan isi borang BE / B secara online
Rayuan cukaiPermohonan rayuan taksiran cukai
Bayaran ansuranPermohonan bayaran cukai secara ansuran
Kemaskini maklumatKemaskini alamat & maklumat peribadi

Nota: Untuk elakkan talian sibuk, hubungi awal pagi atau gunakan portal MyTax untuk urusan secara online.

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel