CARA TUKAR MYKAD ROSAK ONLINE 2025 – PANDUAN LENGKAP GANTIAN DI JPN

CARA TUKAR MYKAD ROSAK ONLINE 2025 – PANDUAN LENGKAP GANTIAN DI JPN

MyKad ialah dokumen pengenalan diri yang penting bagi setiap warganegara Malaysia. Kad ini mungkin akan rosak disebabkan oleh usia, penggunaan yang kerap, atau kerosakan cip. Sekarang, anda boleh memohon untuk menukar MyKad yang rosak secara online, tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter JPN!

Dengan adanya permohonan MyKad yang rosak secara dalam talian ini, semua urusan menjadi lebih cepat dan efisien. Proses penggantian kini lebih pantas dan mudah.

Baca Juga : Semakan Baki Mykasih 2025

PERMOHONAN GANTIAN MYKAD ONLINE

Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus memperkukuhkan perkhidmatan asas kepada rakyat.

Terdapat 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan melalui sistem ini :

  1. Penggantian kad yang rosak fizikal
  2. Penggantian cip yang rosak
  3. Penggantian biasa
  4. PenggantianMyKad hilang kali pertama (kecuaian)

Nota : Kehilangan MyKad tidak boleh diganti secara dalam talian.

CARA TUKAR MYKAD ROSAK ONLINE 2025

Berikut adalah langkah-langkah permohonan gantian MyKad rosak secara atas talian :

  • Layari laman rasmi permohonan MyKad rosak secara dalam talian melalui : https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  • Pada halaman utama, pilih “Mohon Gantian Bagi MyKad Anda” di bahagian Dalam Talian.
  • Isi borang permohonan dengan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, alamat dan sebab kad rosak.
  • Muat naik dokumen yang berkaitan seperti gambar kad yang rosak (jika perlu).
  • Pilih cawangan JPN yang berdekatan untuk mengambil MyKad yang telah siap.
  • Buat pembayaran menggunakan kad kredit mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Simpan resit dan nombor rujukan untuk menyemak status permohonan.
  • Layari semula laman web untuk memastikan MyKad baharu anda sudah siap untuk diambil di pejabat JPN yang dipilih.

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN

  • Dokumen Pemohon (asal)
    • Bawa kad pengenalan yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter, atau semasa mengambil kad pengenalan baharu bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
  • Dokumen Sokongan
    • Untuk pertukaran alamat, pemohon perlu membawa bil elektrik/air/pembentungan/utiliti, cukai pintu/taksiran, borang taksiran cukai pendapatan, perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah, atau surat sokongan daripada penghulu/ketua kampung/tuai rumah/ADUN/Ahli Parlimen/majikan/Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau dokumen lain yang berkaitan (salinan asal atau yang disahkan).

BAYARAN GANTIAN MYKAD ROSAK SECARA ONLINE

Cara Tukar Mykad Rosak Online 2025

  • Bayaran untuk warganegara ialah RM10.00, manakala bukan warganegara perlu membayar RM40.00.
  • Tiada bayaran dikenakan jika permohonan dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan kad yang rosak.
  • Pembayaran secara dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan kad kredit.
  • Bayaran tidak akan dikembalikan jika permohonan telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.
  • Selepas pembayaran, anda boleh menyemak status permohonan untuk mengetahui sama ada MyKad baharu telah siap untuk diambil di pejabat JPN.

WAKTU OPERASI SISTEM GANTIAN MYKAD ONLINE JPN

  • Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
  • Cuti Umum : Sistem ditutup

TEMPOH PENGAMBILAN MYKAD DI KAUNTER JPN

Tempoh pengambilan MyKad bagi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung pada pilihan pusat pengambilan :

  1. Selepas 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  2. Selepas 5 hari bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia.
  3. Selepas 7 hari bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak.

Waktu operasi kaunter JPN mengikut negeri :

  • Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 4.45 petang (rehat 1.00 – 2.00 petang / 12.15 – 2.45 petang Jumaat)
  • Ahad – Khamis : 8.00 pagi – 4.45 petang (rehat 1.00 – 2.00 petang)
  • Sabah, Sarawak, Labuan : 8.00 pagi – 4.45 petang (rehat berbeza mengikut negeri)
  • JPN Cawangan UTC : 8.00 pagi – 7.00 malam (hari bekerja), 8.00 pagi – 5.00 petang (hujung minggu)
  • Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu operasi di : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/waktu-operasi-kaunter
  • Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan anda dalam menggantikan kad pengenalan yang rosak. Jangan lengahkan proses penggantian dan ikut langkah-langkah yang dinyatakan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah saya menukar gambar semasa memohon secara online?

Tidak. Gambar hanya boleh dikemas kini di kaunter JPN.

Bagaimana jika cip rosak tetapi kad fizikal masih elok?

Ya, permohonan online masih dibenarkan.

Bolehkah orang lain mengambil kad bagi pihak saya?

Tidak. Anda perlu hadir sendiri untuk pengesahan cap jari.

Adakah saya perlu membuat janji temu?

Tidak perlu. Tetapi, sila ambil kad dalam tempoh yang ditetapkan selepas ia siap.

RUJUKAN

Semua maklumat yang telah dikongsi di atas diambil daripada sumber rasmi, termasuk Portal JPN dan pengumuman terkini kerajaan. Ini bertujuan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan informasi yang disampaikan kepada pembaca. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di :

Jangan tunggu sehingga MyKad anda tidak boleh digunakan, mohon gantian sekarang di portal rasmi JPN : https://gantianmykad.jpn.gov.my/

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel