Kemaskini STR Fasa 2 2026 : Rayuan Bagi Penerima Yang Tidak Lulus Fasa 1

Kemaskini STR Fasa 2 2026 : Rayuan Bagi Penerima Yang Tidak Lulus Fasa 1

Kemaskini STR Fasa 2 2026 terus menjadi tumpuan penerima yang tidak lulus bayaran Fasa 1, khususnya golongan B40 dan M40 yang masih menunggu peluang seterusnya melalui proses rayuan.

Kemas kini maklumat Permohonan STR 2026 bagi kelayakan fasa 2 boleh dilakukan sehingga 13 Februari 2026 melalui laman web rasmi www.bantuantunai.hasil.gov.my.

rayuan str fasa 2 2026

Jadi, bagi memastikan anda layak untuk mendapat STR fasa 2 dan seterusnya, pastikan anda membuat permohonan dan kemaskini STR 2026 dalam tempoh yang ditetapkan.

Mari saya jelaskan tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara untuk KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status di bawah.

Pengenalan STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diwujudkan untuk membantu keluarga dan individu berpendapatan rendah menghadapi kos hidup yang semakin tinggi.

Bantuan tunai ini disalurkan terus supaya penerima boleh menampung keperluan harian dengan lebih mudah.

Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion untuk STR dan SARA, naik daripada RM13 bilion tahun lepas.

Peningkatan ini hasil penjimatan subsidi diesel dan RON95, supaya bantuan sampai kepada lebih ramai rakyat.

Seramai 9 juta penerima STR akan menerima tambahan SARA sehingga RM100 sebulan, atau RM1,200 setahun.

Bagi yang berdaftar di e-Kasih, SARA lebih tinggi sehingga RM200 sebulan untuk meringankan beban mereka.

Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 dengan lima anak boleh menerima gabungan STR dan SARA sehingga RM4,600 setahun.

STR Fasa 4 bernilai RM2 bilion akan dibayar lebih awal sempena Deepavali 2025, membantu rakyat menampung kos perayaan.

sumbangan tunai rakyat

Apa Yang Perlu Dibuat Jika Tidak Lulus & Siapa Perlu Buat Kemaskini / Rayuan

Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini atau rayuan sekiranya mereka tidak lulus untuk fasa 1 STR 2026.Jawapannya ialah “YA”.

Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat jika pemohon yakin dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

  • Semak keputusan dengan teliti
    • Pastikan tiada kesilapan teknikal atau maklumat yang tertinggal. Kadang-kadang keputusan ditolak sebab dokumen tidak lengkap.
  • Siapa perlu buat kemaskini
    • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
    • Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
    • Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
    • Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.
    • Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
  • Siapa perlu buat rayuan
    • Penerima yang rasa keputusan tidak adil atau layak tetapi ditolak.
    • Pastikan ikut saluran rasmi dan hantar rayuan tepat pada masanya.
kemaskini str 2026

Kemaskini STR Fasa 2 2026

  • Log Masuk Akaun MySTR
    Kemas Kini Maklumat STR
    • Gunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk log masuk ke akaun MySTR anda.
    • Kemas Kini Maklumat Asas
    • Setelah berjaya masuk, klik menu “Kemas Kini Permohonan”. Di sini, anda boleh kemas kini:
      • Nombor telefon rumah & nombor telefon bimbit
      • Alamat surat-menyurat & emel
      • Nombor telefon pasangan
      • Maklumat akaun bank pemohon atau pasangan
      • Maklumat waris

      (Panduan bergambar disediakan untuk memudahkan langkah anda.)

      kemaskini-str-2026-1
      kemaskini-str-2026-2
      kemaskini-str-2026-3
      kemaskini-str-2026-4
      kemaskini-str-2026-5
      kemaskini-str-2026-6
      kemaskini-str-2026-7
      kemaskini-str-2026-8

      Selain daripada kemas kini secara dalam talian, anda juga boleh menghantar borang kemas kini permohonan STR terus ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang paling dekat dengan anda.

      Pastikan semua maklumat yang diberikan betul dan terkini, supaya proses pembayaran bantuan dapat berjalan lancar dan wang dikreditkan terus ke akaun bank anda tanpa sebarang masalah.

      Untuk panduan langkah demi langkah yang lebih lengkap, sila rujuk panduan kemas kini STR (PDF) di bawah:

      Tempoh Yang Diberikan Untuk Kemaskini

      Tempoh Kemaskini STR 2026 bermula 13 Oktober 2025 dan akan dibuka sepanjang tahun, jadi anda mempunyai masa yang cukup untuk mengemaskini maklumat.

      Sekiranya ingin mengemaskini secara manual, borang kemaskini boleh dihantar ke Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran dengan anda.

      Jangan lupa untuk sentiasa menyemak portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my
      serta pengumuman media rasmi, supaya anda tidak terlepas sebarang tarikh penting atau maklumat terkini mengenai kemaskini permohonan.

      Rayuan STR 2026

      Bagi permohonan STR yang Tidak Lulus Fasa 1, anda boleh membuat rayuan mulai 12 Januari hingga 13 Februari 2026.

      Bagi permohonan STR Fasa 1 yang Lulus, sebarang perubahan maklumat seperti status perkahwinan, pendapatan, atau penambahan anak boleh dikemukakan pada permohonan Fasa 3 mulai 16 Februari 2026.

      Semua rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi MySTR untuk memastikan proses lebih cepat dan mudah.

      Buat Permohonan Rayuan STR

      Soalan Lazim Kemaskini & Rayuan STR 2026

      FAQ-KEMAS-KINI-MAKLUMAT-STR-2026
      FAQ-KEMAS-KINI-MAKLUMAT-STR-2026-2
      FAQ-KEMAS-KINI-MAKLUMAT-STR-2026-3
      FAQ-KEMAS-KINI-MAKLUMAT-STR-2026-4

      Rujukan Lanjut

      https://bantuantunai.hasil.gov.my/Panduan%20Pengguna/PanduanPenggunaSTR2026_KemaskiniPermohonan.pdf

      Leave a Comment

      Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
      ✔ Klik sini!
      Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel