Semakan SARA Bulanan 2026 Bujang : Semak Status Bayaran
Sara Bulanan 2026 Bujang ialah salah satu bantuan kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup harian dengan pemberian bantuan tunai secara bulanan kepada individu bujang.
Bagi anda yang layak, inilah masa untuk membuat semakan status serta jumlah bantuan yang diterima. Sara bulanan bujang ini diharap dapat membantu mengurus perbelanjaan asas dengan lebih terancang.
Pengenalan SARA Bujang 2026
Sara Bujang ialah bantuan kewangan yang diperkenalkan kerajaan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk meringankan kos sara hidup golongan bujang.
Bagi tahun 2026, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar dana termasuk RM15 billion secara keseluruhan untuk pelaksanaan SARA dan program berkaitan sebagai usaha membantu rakyat menghadapi kos hidup yang meningkat.
Di bawah inisiatif ini, golongan bujang yang layak akan menerima kredit bulanan bernilai sehingga RM50 (jumlah setahun RM600) untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai terpilih.

Syarat Kelayakan SARA Bujang 2026
Untuk layak menerima bantuan SARA 2026, pemohon mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori Bujang.
- Berumur 21 hingga 59 tahun (Bagi OKU: 19 hingga 59 tahun).
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan.
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.
Jumlah Bantuan SARA Bujang 2026
Mulai tahun 2026, golongan bujang TIDAK lagi menerima bantuan tunai (STR). Sebaliknya, bantuan disalurkan sepenuhnya melalui kredit SARA sebanyak RM50 setiap bulan selama setahun.
Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
Cara Semakan SARA Bulanan 2026 Bujang
Semak kelayakan SARA anda melalui portal SARA www.sara.gov.my/. Selain itu, semakan status kelayakan SARA juga boleh dilakukan melalui:
- Portal MyKasih: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Portal MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi MyKasih : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
Tiada permohonan diperlukan untuk menerima bantuan SARA kerana kelayakan adalah secara automatik melalui data penerima STR dan eKasih yang telah disahkan oleh kerajaan sehingga tarikh semakan berkala terkini.
| Semakan SARA Bujang Melalui Portal MyKasih |
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai MyKasih berdaftar.

| Semakan SARA Bujang Melalui Portal MySTR |
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran serta tarikh bayaran akan dipaparkan.

| Semakan SARA Bujang Melalui Portal SARA |
- Layari portal rasmi SARA di pautan berikut: https://www.sara.gov.my/
- Klik menu “Semakan Kelayakan”.

Cara Beli Barang SARA Guna MyKad
Untuk menebus SARA, rujuk langkah pembelian seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar. Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
- Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
- Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru bagi keselamatan transaksi.
- Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
- Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.
- Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya.
Penggunaan sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.

Senarai Kedai Terpilih Untuk Tebus SARA
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih 250 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.
- Senarai penuh kedai runcit dan pasar raya yang menyertai program SARA boleh disemak melalui pautan rasmi MyKasih di atas.

Soalan Lazim Mengenai SARA Bujang 2026
- Adakah saya perlu memohon SARA 2026?
- Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik. Jika permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 anda berstatus LULUS di bawah kategori Bujang, anda secara automatik layak menerima SARA.
- Betulkah golongan Bujang tidak lagi menerima bantuan tunai STR?
- Betul. Bagi tahun 2026, bantuan untuk kategori Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah) telah ditukarkan sepenuhnya daripada bantuan tunai (STR) kepada bantuan barangan asas (SARA) berjumlah RM600 setahun.
- Berapakah jumlah bantuan SARA untuk kategori bujang?
- Bujang Biasa: RM600 setahun (dikreditkan RM50 setiap bulan).
- Bujang (Miskin Tegar eKasih): RM1,200 setahun (dikreditkan RM100 setiap bulan).
- SARA One-Off: Tambahan RM100 (sekali bayar) untuk semua rakyat 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026.
- Bilakah tarikh bayaran SARA Bujang 2026?
- Kredit bulanan pertama bagi kategori Bujang akan bermula pada 16 Januari 2026. Selepas itu, kredit akan dimasukkan secara berkala pada setiap bulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
- Bagaimana cara tebus SARA 2026?
- Pergi ke kedai/pasar raya rakan kongsi yang menerima pembelian SARA (cth: 99 Speedmart, Mydin, Lotus’s).
- Pilih barangan keperluan yang dibenarkan.
- Di kaunter, maklumkan anda ingin membayar menggunakan SARA/MyKasih.
- Imbas MyKad dan masukkan nombor PIN (6 digit terakhir MyKad anda) untuk pengesahan
- Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA?
- Baki kredit yang tidak digunakan pada bulan tersebut tidak akan hangus dan akan dibawa ke bulan hadapan. Walau bagaimanapun, anda mesti menggunakan keseluruhan baki tersebut sebelum 31 Disember 2026.
- Berapakah amaun SARA 2026 yang diterima bagi kategori bujang, warga emas dan isi rumah setiap bulan?
- Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari:
- Portal Rasmi MyKasih Foundation: www.mykasih.com.my
- Portal Rasmi SARA: https://www.sara.gov.my/
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
