MYKASIH CHECK STATUS ONLINE 2025 – SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA (RM900 & RM2,100 & RM600) SEMAK SEKARANG!

MYKASIH CHECK STATUS ONLINE 2025 – SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA (RM900 & RM2,100 & RM600) SEMAK SEKARANG!

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui platform MyKasih merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu rakyat dalam pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai. Bantuan ini akan dikreditkan secara langsung ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan di kedai serta pasar raya yang telah ditetapkan.

Baca Juga : SENARAI BARANG MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025

Kelayakan untuk SARA 2025 adalah terhad kepada :

  1. Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.
  2. SARA untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
    • Kelayakan adalah seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

KATEGORI & JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

  • Kategori Penerima STR & eKasih :
    • Isi Rumah – RM2100
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
    • Bujang – RM600
  • Kategori Penerima STR sahaja :
    • Isi Rumah – RM900
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450

MYKASIH CHECK STATUS ONLINE 2025

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

  • Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih
    • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
    • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
    • Kemudian, Klik [Semak Status]
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    • Selesai.
  • Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR
    • Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
    • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
    • Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
    • Klik [Semakan Status]
    • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    • Selesai

SENARAI BARANG MYKASIH 2025

Berikut adalah 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Barangan Kebersihan (TERBARU) : Sabun pinggan / Sabun / serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai

PENUTUP

Bantuan MyKasih Mei 2025 merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Pastikan anda menyemak status di portal rasmi dan manfaatkan bantuan ini sebaik mungkin.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus menghubungi pihak berwajib di bawah ini :

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapatkan info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel