SENARAI BARANG MYKASIH 2025 – PANDUAN LENGKAP CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD
Bantuan Mykad atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus membantu meringankan beban penerima, dengan bantuan tunai dikreditkan melalui MyKad pada setiap bulan. Setakat 10 Mac 2025, 84% penerima isi rumah, bujang, dan warga emas di seluruh Malaysia telah memanfaatkan bantuan ini dengan RM115 juta telah dibelanjakan.
Bagaimanakah cara guna Bantuan MyKad untuk beli barang MyKasih? Ikuti panduan lengkap dibawah.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Persekolahan Maidam
Jumlah Bantuan Mykad SARA 2025
Berikut merupakan jumlah agihan bantuan sara 2025 :
| Kategori Penerima | Jumlah Kelayakan | Amaun Bayaran Mengikut Bulan |
|---|---|---|
| Isi Rumah (STR dan eKasih) | RM2,100 | Januari – Mac : RM100 April – Disember : RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR dan eKasih) | RM1,650 | Jan – Mac : RM100 April – Disember : RM150 |
| Bujang (STR dan eKasih) | RM600 | Januari – Mac : RM50 April – Disember : RM50 |
| Isi Rumah (STR sahaja) | RM900 | Jan – Mac : – April – Disember : RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | RM450 | Januari – Mac : – April – Disember : RM50 |
Senarai Barang MyKasih 2025
Berikut adalah senarai barang MyKasih yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
Panduan Menggunakan Bantuan MyKasih
Kaedah menggunakan bantuan Mykad untuk pembelian adalah seperti berikut :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Mykasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar no pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada no pin yang baharu
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan no pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
Cara Semakan Baki Bantuan MyKasih
Semakan baki bantuan MyKad boleh disemak melalui kaedah berikut :
- Semakan melalui Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Semakan melalui aplikasi MyKasih : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
- Resit pembelian :

Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1800
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Bantuan MyKad sangat memudahkan rakyat untuk membeli barang keperluan melalui MyKasih. Panduan yang diberikan jelas dan lengkap untuk diikuti. Dengan adanya semakan baki bantuan MyKad, pengguna lebih senang menguruskan perbelanjaan mereka. Pastikan untuk merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini. Bagaimana cara untuk memastikan baki bantuan MyKad sentiasa mencukupi?
Bagaimana cara menggunakan Bantuan MyKad untuk membeli barang MyKasih? Panduan yang diberikan sangat jelas dan mudah diikuti. Senarai barang yang boleh dibeli dengan bantuan ini juga sangat membantu. Adakah terdapat batasan jumlah pembelian yang boleh dibuat menggunakan bantuan ini?