MYKASIH SEMAK 2025 : SEMAKAN TERUS KE AKAUN ANDA
MYKASIH SEMAK 2025 – Bila kita buka Facebook, TikTok atau sembang santai dengan jiran-jiran di kedai kopi, topik SARA RM100 memang jadi buah mulut ramai orang sekarang. Ada yang kata bantuan ini dah masuk akaun, ada yang kata masih tunggu pengumuman rasmi, tak kurang juga yang CONFUSE “apa sebenarnya SARA RM100 ni? Semua rakyat dapat ke, atau hanya untuk golongan tertentu saja?”
Soalan-soalan beginilah yang membuatkan orang ramai semakin tertarik nak tahu lebih lanjut. Maklumlah, dalam keadaan harga barang keperluan yang makin naik, walaupun jumlahnya cuma RM100, ia tetap dianggap penting. Bagi sesetengah orang mungkin nampak kecil, tetapi untuk keluarga berpendapatan rendah, nilai itu cukup besar,boleh beli beras sekampit, minyak masak, telur, ayam atau sedikit lauk untuk anak-anak. Dalam situasi kos sara hidup yang menekan, RM100 boleh jadi penyelamat untuk beberapa hari.
Sebab itu jugalah SARA RM100 hangat diperkatakan ,kerana ramai yang menunggu kepastian tentang bila duit ini akan disalurkan, adakah ia masuk ke akaun bank atau terus digunakan melalui MyKad seperti program-program bantuan lain sebelum ini.
Artikel ini akan mengupas dengan lebih jelas mengenai apa sebenarnya SARA RM100, kenapa bantuan ini diwujudkan, siapa penerima yang layak, cara untuk buat semakan status, serta yang paling penting ,bila tarikh bayaran rasmi akan dibuat.
Bukan sekadar penjelasan ringkas, kupasan ini juga akan membantu anda faham bagaimana skim ini berfungsi, bagaimana proses penyalurannya, serta apa manfaat sebenar yang boleh rakyat peroleh daripadanya. Jadi, kalau anda salah seorang yang masih tertanya-tanya sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima atau tidak, teruskan membaca kerana kita akan bongkarkan satu per satu info penting mengenai SARA RM100 dalam artikel ini.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN 100 ONE OFF UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA 18 TAHUN KE ATAS
| Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
APA ITU BANTUAN SARA HIDUP?
SARA atau Sumbangan Asas Rahmah ialah salah satu inisiatif bantuan kerajaan yang diwujudkan khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Untuk tahun 2025, kerajaan membuat penambahbaikan dengan memperkenalkan bayaran khas tunai RM100 yang diberikan kepada penerima terpilih.
Bantuan ini bukanlah menggantikan skim utama seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), sebaliknya ia berfungsi sebagai sokongan tambahan. Tujuan utamanya jelas – untuk memberikan sedikit ruang bernafas kepada rakyat dalam menguruskan kos sara hidup yang semakin meningkat. Walaupun jumlahnya mungkin nampak kecil, RM100 ini tetap bermakna. Ia boleh digunakan untuk membeli barangan asas harian seperti beras, minyak masak, telur, sayur atau keperluan dapur lain yang kini semakin menekan isi rumah.
Secara ringkasnya, SARA RM100 diwujudkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap beban rakyat, terutamanya keluarga B40 yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang. Bantuan tambahan seperti ini diharap dapat meringankan sedikit tekanan dan memberi sokongan sementara kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
SIAPA YANG LAYAK TERIMA BANTUAN SARA HIDUP?
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Individu berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
- Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
CARA BANTUAN SARA HIDUP DIBAYAR
Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai yang nak tahu sama ada perlu isi borang, buat rayuan atau tunggu giliran panjang. Untuk kredit RM100 one-off bawah Program SARA ini, jawapannya cukup melegakan kerana penerima tak perlu buat apa-apa pun.
Kerajaan telah menetapkan bahawa wang bantuan ini akan terus dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak. Maksudnya, kad pengenalan kita bukan sekadar pengenalan diri, tetapi juga berfungsi sebagai “dompet digital” untuk menerima kredit khas ini.
Dengan cara ini, rakyat tidak lagi terbeban dengan urusan permohonan atau proses pendaftaran yang rumit. Siapa yang tersenarai layak, duit terus masuk.
CARA GUNA BANTUAN SARA HDUP
Kredit RM100 tersebut bukanlah tunai yang boleh dikeluarkan di kaunter bank. Sebaliknya, ia disediakan khusus untuk dibelanjakan bagi 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan kerajaan. Antara contoh barang yang biasanya termasuk dalam senarai kategori ini ialah:
- Beras, tepung, minyak masak
- Telur, sayur, buah-buahan
- Ikan, ayam, daging
- Makanan kering asas seperti biskut, mee segera
- Susu dan beberapa keperluan dapur lain
Tujuannya jelas bagi memastikan bantuan ini benar-benar dimanfaatkan untuk kegunaan harian keluarga, bukannya dibelanjakan ke arah yang kurang perlu.
14 KATEGORI BARANG KEPERLUAN BANTUAN SARA HIDUP 2025
Dalam MyKasih Semak 2025,sebanyak 14 kategori barangan keperluan telah diluluskan untuk pembelian menggunakan Bantuan RM100 ONE-OFF, iaitu :
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Keperluan Sekolah;
- Beras;
- Bahan Perasa;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mee segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin; dan
- Produk Kebersihan Rumah;
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
- Semakan 14 kategori barang yang boleh di beli di sini (SEMAKAN 14 BARANGAN SARA)
SENARAI KEDAI BANTUAN SARA HIDUP
Kerajaan juga telah menyediakan rangkaian yang luas untuk memudahkan rakyat menggunakan kredit ini. Lebih daripada 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh Malaysia akan menerima pembayaran menggunakan MyKad.
- Kedai runcit kampung
- Pasar raya tempatan
- Hypermarket besar
- Kedai koperasi di kawasan luar bandar
Jadi, sama ada tinggal di bandar besar atau di kawasan pedalaman, peluang untuk menggunakan bantuan ini tetap ada
- Guna pautan ini untuk menyemak kedai-kedai yang tersenarai .SEMAKAN SARA RM100 2025 – SEMAKAN TARIKH BAYARAN ONLINE
TARIKH MASUK SARA RM100
- Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
- Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
MYKASIH SEMAK 2025
MyKasih Semak 2025/Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi MyKasih Semak 2025 : https://sara.gov.my
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN SARA HIDUP RM100
Setelah selesai mykasih semak 2025,penerima boleh menggunakan kredit Penghargaan SARA untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RINGKASAN MYKASIH SEMAK 2025
- Jumlah bantuan: RM100 one-off
- Cara penyaluran: Automatik ke dalam MyKad
- Permohonan: Tidak perlu
- Jenis perbelanjaan: 14 kategori barang keperluan
- Tempat guna: Lebih 7,300 kedai runcit berdaftar seluruh negara
- Tarikh masuk bayaran : 31 Ogos 2025
Dengan pendekatan ini, bantuan bukan sahaja sampai terus ke tangan rakyat, tetapi juga memastikan ia digunakan untuk tujuan yang betul,iaitu menampung kos sara hidup harian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih atau mykasih semak 2025 anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan mykasih semak 2025/bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf
