PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI ASAS RAHMAH 2024 (CHECK DUIT MASUK RM300/RM150)
PENGENALAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia. Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang bukan daripada kategori Miskin atau Miskin Tegar, kerajaan telah menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off bermula 9 Disember 2024.
Sumbangan Asas Rahmah bakal disumbangkan kepada lebih 8 juta rakyat Malaysia yang layak melalui bayaran One Off secara tunai di bank atau akaun bank, dapat mambantu meringankan beban rakyat selari dengan konsep yang di ketengahkan oleh kerajaan MADANI.
Bagaimanakah check bayaran sumbangan asas rahmah one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : PERLINDUNGAN TAKAFUL PERCUMA mySalam (CARA MEMBUAT TUNTUTAN)
TARIKH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2024
PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI ASAS RAHMAH 2024 (CHECK DUIT MASUK RM300/RM150)
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula dibayar kepada penerima pada hari Isnin (esok) yang bersamaan 9 Disember 2024 dan berperingkat kemungkinan mengambil masa selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Seramai 40 peratus (%) penerima akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah berjumlah RM300 secara one off dan 60 peratus (%) lagi penerima akan menerima bayaran berjumlah RM150 secara one off (bergantung kepada kelayakan penerima).
ISI RUMAH (3.5 JUTA PENERIMA) | BUJANG (4.5 JUTA PENERIMA) |
---|---|
Akan menerima RM300 | Akan menerima RM150 |
CARA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Terdapat dua (2) cara pembayaran Sumbangan Asas Rahmah one-off iaitu secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan juga secara tanpa tunai dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun bank penerima.
ADA AKAUN BANK | TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan kedalam akaun bank penerima | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional BSN |
SEMAK BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Ikuti panduan cara check bayaran Sumbangan Asas Rahmah one-off seperti berikut :
Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada portal rasmi SARA. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihat berwajib di talian Bantuan Sara MOF : 03 8882 4565/4566
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.