SEMAKAN STATUS eKASIH 2025 (BANTUAN TUNAI MYKAD)

SEMAKAN STATUS eKASIH 2025 (BANTUAN TUNAI MYKAD)

PENGENALAN

Sehingga kini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam inisiatif menangani isu kemiskinan di Malaysia, termasuklah dengan memperkenalkan sistem eKasih bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Bantuan eKasih 2025, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya mereka yang tersenarai dalam sistem eKasih sebagai Miskin Tegar atau Miskin. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai berdaftar.

Baca info dan maklumat lanjut dibawah untuk semakan status eKasih 2025.

Baca Juga : PERLINDUNGAN TAKAFUL PERCUMA mySalam (CARA MEMBUAT TUNTUTAN)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN eKASIH 2025

SEMAKAN STATUS eKASIH 2025 (BANTUAN TUNAI MYKAD)

Antara syarat kelayakan permohonan bantuan eKasih 2025 yang telah diselaraskan oleh kerajaan ialah :

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).k

KADAR BAYARAN eKASIH 2025

Kadar bayaran eKasih 2025 mengikut kategori adalah seperti di bawah :

  • Isi Rumah
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah Berpendapatan (Ada/Tiada Anak)RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun
Isi Rumah Tunggal (Ada Anak)RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun
  • Bujang
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
Bujang Umur 21 Hingga 59 TahunRM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun
Bujang Umur 60 Tahun Dan KeatasRM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun

CARA SEMAKAN BANTUAN eKASIH

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status eKasih 2025 :

  • Melalui Portal MyKasih
    • Layari portal rasmi MyKasih di mykasih.com.my
    • Klik pada butang “Semak Status” di laman utama.
    • Masukkan nombor MyKad anda di ruangan yang disediakan.
    • Klik butang “Semak” untuk melihat status permohonan dan kelayakan.
  • Melalui Portal STR (Sumbangan Tunai Rahmah)
    • Layari laman rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my
    • Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
    • Pilih menu “Semakan Status” untuk melihat maklumat terkini berkaitan bantuan.
  • Melalui Pejabat Daerah atau PPN
    • Kunjungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah berhampiran.
    • Bawa dokumen penting seperti : Salinan MyKad
    • Bukti pendapatan (jika ada)
    • Pegawai bertugas akan membantu menyemak status eKasih anda.
  • Hubungi Talian Rasmi
    • Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia di talian : 03-8882 4565 / 4566 (bagi bantuan STR/SARA).
    • Anda juga boleh menghubungi MyKasih Foundation : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Melalui Aplikasi MyKad
    • Jika eKasih disalurkan terus ke MyKad, semak baki dan transaksi di kios atau terminal yang menyokong MyKad.

Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat untuk mengelakkan masalah semasa menyemak status permohonan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH 2025

Seterusnya, tarikh pembayaran bantuan MyKasih adalah secara ansuran serta berperingkat mengikut negeri seperti di bawah :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Miskin Dan Miskin TegarSemenanjung Malaysia :
Januari hingga Disember 2025

Sabah dan Sarawak :
Februari dan Ogos 2025
Penerima Bukan MiskinSemenanjung Malaysia :
April hingga Disember 2025

Sabah dan Sarawak :
April hingga Disember 2025


Catatan : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

INFO

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :


Laman Bantuan : bantuantunai.hasil.gov.my
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Alamat E-mel : info@mykasih.com

Leave a Comment