PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM : CARA MOHON, SYARAT KELAYAKAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM : CARA MOHON, SYARAT KELAYAKAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bantuan Persekolahan MAIDAM 2025 disediakan bagi meringankan beban ibu bapa/penjaga dari kalangan asnaf fakir dan miskin dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak.

Inisiatif ini meliputi pelajar sekolah rendah, menengah dan Tingkatan 6 di Terengganu.

BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM 2025

Baca Juga : SENARAI BARANG MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu :

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Bermastautin di Terengganu sekurang-kurangnya 1 tahun ATAU :
    • Beralamat di Terengganu & disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
  • Tergolong dalam kategori asnaf fakir atau miskin seperti yang ditentukan oleh MAIDAM.
  • Anak/pelajar berumur 7 tahun ke atas dan sedang bersekolah.
  • Pemohon hanya boleh membuat satu permohonan sahaja dalam satu tempoh permohonan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut dokumen yang perlu disediakan (dalam bentuk softcopy) jika mohon secara online) :

  • Salinan MyKad pemohon (ibu/bapa/penjaga).
  • Salinan MyKad/MyKid atau sijil lahir anak/pelajar.
  • Slip gaji terkini / surat pengesahan pendapatan (jika tiada slip gaji).
  • Slip pengesahan sekolah yang telah dicop dan disahkan oleh guru kelas.
  • Maklumat akaun bank anak (khusus untuk pelajar Tingkatan 6 sahaja):
  • Nama bank & nombor akaun anak.
  • Sebarang dokumen tambahan yang diminta oleh sistem permohonan.
DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHANMAIDAM

CARA MEMOHON BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM (Secara Online)

  • Layari portal rasmi permohonan : https://ypmaidam.my/
  • Daftar Akaun Baharu (jika belum ada akaun) :
    • Klik “Daftar Pengguna” dan isi maklumat yang diminta.
  • Log Masuk Portal guna MyKad dan kata laluan.
  • Isi borang permohonan secara lengkap.
  • Muat naik dokumen sokongan.
  • Klik Hantar Permohonan dan simpan nombor rujukan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM 2025

  • Tarikh buka permohonan : Mulai 17 Mac 2025
  • Tarikh tutup permohonan : Belum diumumkan (rujuk portal rasmi dari semasa ke semasa)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM

Perhatian Penting

  • Pemohon yang memberi maklumat palsu atau tidak layak akan disenarai hitam dari permohonan akan datang.
  • Pastikan semua maklumat dan dokumen adalah tepat dan terkini.

KESIMPULAN

Bantuan yang disediakan oleh MAIDAM memainkan peranan penting dalam membantu golongan yang memerlukan di negeri Terengganu. Pemohon perlu memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan, mengisi borang dengan lengkap, dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Hotline : 09-630 3030

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. OK

Leave a Comment