PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR) 2025 – PANDUAN PENDAFTARAN, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR) 2025 – PANDUAN PENDAFTARAN, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan, Kerajaan Negeri Sabah meneruskan inisiatif melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025. Program ini menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan kepada isi rumah yang layak, bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup.

Artikel ini akan memberikan penjelasan terperinci mengenai cara pendaftaran bantuan SYUKUR, syarat kelayakan, tarikh pembayaran, serta semakan status permohonan melalui sistem eKasih atau PADANS.

Baca Juga : CARA SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025

DEFINASI BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Bantuan SYUKUR Sabah 2025 adalah bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan negeri, dengan jumlah RM300 setiap bulan, ditujukan kepada rakyat Sabah yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar.

  • Jumlah Bantuan : RM300 sebulan
  • Tempoh : 12 bulan (Februari hingga Disember 2025)
  • Kaedah Bayaran : Melalui akaun bank atau secara tunai di pejabat berkaitan
  • Kategori Penerima : Ketua isi rumah atau ahli keluarga (berumur 18 tahun ke atas) yang berdaftar dalam sistem eKasih atau PADANS

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR) 2025

Untuk layak menerima bantuan ini, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad dengan kod negeri Sabah (“H”)
  • Bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum 31 Disember 2024
  • Tersenarai dalam sistem eKasih atau PADANS sebagai kategori miskin atau miskin tegar
  • Pendapatan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Sabah

Sistem PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah) adalah sistem data negeri Sabah yang menyenaraikan rakyat yang layak menerima bantuan kebajikan.

PANDUAN PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SYUKUR SABAH 2025

Pada masa ini, tiada permohonan secara dalam talian yang disediakan. Namun, proses pendaftaran atau rayuan boleh dilakukan secara manual seperti berikut :

Siapa yang Perlu Mendaftar?

  • Anda perlu mendaftar atau membuat permohonan jika :
    • Nama anda tidak tersenarai dalam sistem PADANS Sabah atau eKasih.
    • Anda tergolong dalam golongan miskin/miskin tegar.
    • Anda telah tinggal di Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun.
    • Anda berumur 18 tahun ke atas.
    • Anda adalah warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan kod Sabah (H).

Dokumen yang Diperlukan untuk Pendaftaran

  • Sediakan dokumen berikut semasa pendaftaran atau permohonan rayuan :
    • Salinan MyKad pemohon (dan pasangan jika berkahwin)
    • Bil utiliti (bukti alamat di Sabah)
    • Bukti pendapatan terkini (slip gaji / surat pengesahan pendapatan)
    • Surat sokongan Ketua Kampung atau JPKK (jika tiada pendapatan tetap)
    • Salinan kad OKU / sijil kematian pasangan (jika berkenaan)

Langkah-Langkah Pendaftaran / Rayuan Bantuan SYUKUR RM300

Semak status dalam sistem PADANS / eKasih

Hadir ke Pejabat Daerah atau Agensi Berkaitan

  • Lokasi yang boleh anda kunjungi :
    • Pejabat Daerah / Pejabat Daerah Kecil
    • Pejabat UPPM (Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat)
    • Pejabat Kebajikan Masyarakat
    • Pejabat JPKK / Ketua Kampung

Tip : Hubungi mereka terlebih dahulu untuk mengesahkan waktu operasi dan senarai dokumen yang diperlukan.

Isi Borang Pendaftaran / Permohonan

  • Anda akan diberikan borang untuk :
    • Permohonan dimuat naik ke sistem PADANS
    • Menyatakan maklumat isi rumah dan tahap pendapatan
    • Mengisytiharkan bilangan tanggungan dan situasi semasa

Serahan Dokumen & Proses Semakan

  • Pegawai bertugas akan menyemak dokumen dan borang permohonan anda.
  • Data anda akan dimasukkan ke dalam sistem PADANS.
  • Anda akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui panggilan telefon jika layak.

Tunggu Pengesahan & Semakan Status

  • Selepas data dimasukkan, semakan status boleh dilakukan dalam masa 2–4 minggu di https://padans.sabah.gov.my/
  • Status anda akan berubah kepada:
    • LULUS
    • DALAM PROSES PENGESAHAN
    • TIDAK LAYAK

CARA SEMAKAN STATUS PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR) 2025

  • Semakan Dalam Talian melalui Portal PADANS
  • Layari laman web rasmi : https://padans.sabah.gov.my/
  • Klik pada menu “Semakan Kelayakan” atau pautan berkaitan semakan bantuan SYUKUR.
  • Masukkan maklumat berikut :
    • Nombor Kad Pengenalan (IC) tanpa “-”
    • Kod pengesahan / CAPTCHA (jika ada)
  • Klik butang “Semak”.
  • Status anda akan dipaparkan. Antara keputusan yang mungkin keluar :
    • Lulus (layak menerima bantuan RM300)
    • Tidak tersenarai / Tidak layak
    • Dalam proses pengesahan
  • Semakan melalui Sistem eKasih (Jika anda tersenarai di bawah ICU)
  • Layari : https://ekasih2.icu.gov.my/
  • Masukkan:
    • Nombor MyKad
    • Kod pengesahan
  • Klik “Cari“.
  • Status pendaftaran anda dalam sistem eKasih akan dipaparkan. Jika anda tersenarai sebagai miskin / miskin tegar, anda berpotensi layak untuk bantuan SYUKUR (jika bermastautin di Sabah).
  • Semakan Secara Manual (Offline)
  • Jika anda tiada akses internet atau nama tidak muncul dalam sistem, anda boleh melakukan semakan manual di :
    • Pejabat Daerah
    • Pejabat Kebajikan Masyarakat
    • Pejabat UPPM (Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat)
    • Ketua Kampung / JPKK di kawasan tempat tinggal anda.
  • Bawa dokumen penting seperti Kad Pengenalan, bukti pendapatan, dan jika perlu, surat pengesahan pendapatan dari ketua kampung.

PENUTUP

Bantuan SYUKUR 2025 merupakan salah satu usaha kerajaan Sabah untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran ekonomi.
Pastikan anda menyemak status kelayakan dan membuat permohonan jika belum tersenarai.

Sekiranya anda layak tetapi belum menerima bayaran, segera ke pejabat berkaitan untuk membuat rayuan. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel