RAYUAN UPU 2025 ONLINE | PERMOHONAN RAYUAN DI SINI
RAYUAN UPU 2025 ONLINE – Tak dapat tawaran UA atau Politeknik melalui UPUOnline sesi 2025/2026?
Jangan risau dan jangan putus asa. Masih ada peluang kedua untuk anda,permohonan rayuan UPU masih dibuka. Cuba lagi, rezeki tak pernah salah alamat.
BACA JUGA DI SINI : RAYUAN UPU 2025 : INI CARA PERMOHONAN ONLINE SEBELUM TARIKH TUTUP
| Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad/Pendidikan dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : BANTUAN DALAM MALAYSIA |
PENGENALAN RAYUAN UPU
Saya masih ingat lagi hari keputusan UPU diumumkan. Jantung berdebar, tangan sejuk… dan bila buka saja portal, memang rasa down sangat,permohonan saya tak berjaya. Rasa kecewa tu memang susah nak describe. Yelah, lepas penat isi borang, pilih kursus, doa tak putus-putus… tapi jawapan yang datang bukan macam yang saya harapkan.
Tapi alhamdulillah, masa tu saya dapat tahu tentang permohonan rayuan UPU,satu peluang kedua yang ramai tak tahu atau terlepas pandang. Sebenarnya, lepas keputusan UPU keluar, pelajar yang tak berjaya masih boleh buat rayuan secara online, dan kalau ada kekosongan tempat, kita masih berpeluang untuk diterima masuk ke universiti atau politeknik pilihan kita.
Masa tu saya terus rebut peluang tu,isi borang rayuan, semak betul-betul pilihan, dan hanya mampu tawakal. Beberapa minggu lepas tu, saya dapat berita gembira,rayuan saya diterima. Waktu tu, rasa macam dunia cerah balik!
Jadi, kalau awak pun tengah kecewa sebab tak dapat tawaran UPU, jangan cepat mengalah. Percayalah, rayuan ni bukan sekadar formaliti,memang ada yang berjaya, termasuk saya sendiri.
SIAPA YANG LAYAK MEMBUAT RAYUAN UPU?
Masa saya sendiri tak dapat tawaran dulu, soalan pertama yang muncul dalam kepala saya ialah: “Aku ni layak ke nak buat rayuan?”
Jawapannya: Ya, kalau awak salah seorang daripada yang tak berjaya dalam permohonan UPUOnline, awak memang layak untuk buat rayuan.
Secara ringkas, inilah antara yang layak buat rayuan UPU:
- Pemohon yang TIDAK mendapat sebarang tawaran langsung daripada UPU.
- Maksudnya, bila semak keputusan, keluar mesej seperti “Dukacita dimaklumkan permohonan anda tidak berjaya…”
- Pemohon yang hanya dapat tawaran ke institusi yang bukan pilihan utama atau tidak menepati minat.
- Kadang-kadang kita dapat tawaran, tapi bukan bidang yang kita nak. Dalam sesetengah kes (terutamanya untuk politeknik dan ILKA), ada peluang untuk buat rayuan mengikut syarat.
- Lepasan SPM dan STPM/setaraf yang memohon melalui UPUOnline.
- Rayuan dibuka kepada pemohon lepasan SPM dan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/setaraf yang telah memohon dalam fasa awal UPUOnline. Kalau tak pernah mohon langsung dari awal, tak boleh buat rayuan.
- Cuma penting untuk tahu,rayuan ni hanya dipertimbangkan kalau ada kekosongan tempat dalam kursus atau program yang dimohon. Jadi, rezeki dan timing main peranan juga.
TARIKH RAYUAN UPU ONLINE 2025
Permohonan Rayuan UPU 2025 bagi lepasan STPM/setaraf dibuka bermula 5 September 2025 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 14 September 2025 (Ahad) jam 5.00 petang.
CARA MOHON PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025 ONLINE
Berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat rayuan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik sesi 2025/2026.
- Layari Portal Rasmi UPUOnline di pautan berikut: https://semakan.mohe.gov.my/index.php
- Log Masuk akaun anda menggunakan ID (No. Kad Pengenalan) dan kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan asal.
- Setelah log masuk, cari dan klik menu “RAYUAN UPUONLINE” yang akan diaktifkan hanya untuk calon yang layak.
- Pilih program pengajian yang masih mempunyai kekosongan dan sesuai dengan kelayakan anda. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat.
- Semak semula maklumat sebelum klik “Sah & Hantar”. Kegagalan untuk klik sah & hantar menyebabkan permohonan tidak diproses.
- Setelah selesai, cetak slip permohonan rayuan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU 2025/2026
- Keputusan rayuan UPU bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2025/2026 adalah pada minggu PERTAMA OKTOBER 2025.
CARA SEMAK RAYUAN UPU 2025
Berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat rayuan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik sesi 2025/2026.
- Layari Portal Rasmi UPUOnline di pautan berikut: https://semakan.mohe.gov.my/index.php
- Log Masuk akaun anda menggunakan ID (No. Kad Pengenalan) dan kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan asal.
- Setelah log masuk, cari dan klik menu “SEMAK” yang akan diaktifkan hanya untuk calon yang layak.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Berikut ialah maklumat Talian Bantuan Rasmi UPU yang boleh anda hubungi jika menghadapi masalah berkaitan permohonan, rayuan, semakan keputusan, atau apa-apa kekeliruan tentang UPUOnline.
Talian Bantuan Rasmi UPU (BPKP JPT, KPT)
- Telefon Hotline UPU (Waktu Pejabat sahaja):
- 03-8684 2363
- Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
- Tutup pada cuti umum & hujung minggu
- Emel Rasmi:
- Alamat Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BPKP):
- Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA,
- Jabatan Pendidikan Tinggi,
- Aras 4, No. 2, Menara 2,
- Jalan P5/6, Presint 5,
- 62200 Putrajaya.
TARIKH KEMASKINI ARTIKEL
05 SEPTEMBER 2025
