SEMAK RAYUAN UPU ONLINE | TARIKH SEMAKAN
Tak dapat tawaran ke Universiti Awam (UA) atau Politeknik melalui UPUOnline bagi sesi 2025/2026?
Jangan risau, dan paling penting,jangan cepat berputus asa. Ini bukan penamat perjalanan anda. Walaupun permohonan pertama tidak berjaya, peluang kedua masih terbuka luas untuk anda melalui permohonan rayuan UPU.
Rayuan ini adalah ruang untuk anda mencuba sekali lagi, memperbetulkan pilihan, dan mungkin — inilah laluan sebenar yang terbaik untuk masa depan anda. Ingatlah, rezeki tak pernah salah alamat, dan kadangkala jalan yang kita tak sangka itulah yang membawa kita ke destinasi yang lebih baik.
Ambil peluang ini, isi rayuan dengan teliti dan yakin. Selagi ada usaha, insya-Allah ada harapan.
BACA JUGA DI SINI :MY KASIH RM100 SEPTEMBER 2025 – LOKASI TEBUSAN
| Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : BANTUAN DALAM MALAYSIA |
APA ITU RAYUAN UPU?
Saya masih ingat dengan jelas saat keputusan UPU diumumkan.
Jantung berdebar kencang, tangan menggigil… dan bila buka portal, hati terus sedih,permohonan saya tak berjaya. Rasa kecewa tu sukar nak digambarkan. Mana taknya, dah penat isi borang, pilih kursus satu-satu, doa siang malam… tapi keputusan yang keluar langsung tak seperti yang saya harapkan.
Tapi saya bersyukur, sebab waktu tu saya sempat tahu tentang permohonan rayuan UPU,satu peluang kedua yang sebenarnya ramai pelajar tak sedar atau terlepas pandang. Sebenarnya, bila keputusan UPU keluar, pelajar yang tak berjaya masih boleh hantar rayuan secara online. Dan kalau ada kekosongan di mana-mana universiti atau politeknik, kita masih ada harapan untuk diterima masuk.
Tanpa berlengah, saya terus ambil peluang tu. Saya isi semula borang rayuan dengan lebih teliti, semak pilihan betul-betul, dan selebihnya saya serahkan pada takdir. Beberapa minggu kemudian, saya terima berita yang paling saya nantikan,rayuan saya diterima. Waktu tu, rasa macam segalanya berubah. Lega. Syukur. Dan semangat saya kembali menyala.
Jadi, kalau awak sekarang tengah rasa kecewa sebab tak dapat tawaran UPU, tolong jangan putus asa. Rayuan ni bukan sekadar prosedur — ianya harapan sebenar. Dan saya sendiri adalah buktinya.
KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN UPU?
Masa saya sendiri tak dapat tawaran dulu, soalan pertama yang muncul dalam kepala saya ialah: “Aku ni layak ke nak buat rayuan?”
Jawapannya: Ya, kalau awak salah seorang daripada yang tak berjaya dalam permohonan UPUOnline, awak memang layak untuk buat rayuan.
Secara ringkas, inilah antara yang layak buat rayuan UPU:
- Pemohon yang TIDAK mendapat sebarang tawaran langsung daripada UPU.
- Maksudnya, bila semak keputusan, keluar mesej seperti “Dukacita dimaklumkan permohonan anda tidak berjaya…”
- Pemohon yang hanya dapat tawaran ke institusi yang bukan pilihan utama atau tidak menepati minat.
- Kadang-kadang kita dapat tawaran, tapi bukan bidang yang kita nak. Dalam sesetengah kes (terutamanya untuk politeknik dan ILKA), ada peluang untuk buat rayuan mengikut syarat.
- Lepasan SPM dan STPM/setaraf yang memohon melalui UPUOnline.
- Rayuan dibuka kepada pemohon lepasan SPM dan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/setaraf yang telah memohon dalam fasa awal UPUOnline. Kalau tak pernah mohon langsung dari awal, tak boleh buat rayuan.
- Cuma penting untuk tahu,rayuan ni hanya dipertimbangkan kalau ada kekosongan tempat dalam kursus atau program yang dimohon. Jadi, rezeki dan timing main peranan juga.
TARIKH RAYUAN UPU ONLINE 2025/2026
- Permohonan Rayuan UPU 2025 bagi lepasan STPM/setaraf dibuka bermula 5 September 2025 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 14 September 2025 (Ahad) jam 5.00 petang.
CARA MOHON RAYUAN UPU ONLINE 2025
Berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat rayuan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik sesi 2025/2026.
- Layari Portal Rasmi UPUOnline di pautan berikut: https://semakan.mohe.gov.my/index.php
- Log Masuk akaun anda menggunakan ID (No. Kad Pengenalan) dan kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan asal.
- Setelah log masuk, cari dan klik menu “RAYUAN UPUONLINE” yang akan diaktifkan hanya untuk calon yang layak.
- Pilih program pengajian yang masih mempunyai kekosongan dan sesuai dengan kelayakan anda. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat.
- Semak semula maklumat sebelum klik “Sah & Hantar”. Kegagalan untuk klik sah & hantar menyebabkan permohonan tidak diproses.
- Setelah selesai, cetak slip permohonan rayuan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
TARIKH SEMAK RAYUAN UPU ONLINE 2025/2026
Keputusan rayuan UPU bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2025/2026 adalah pada minggu PERTAMA OKTOBER 2025.
CARA SEMAK RAYUAN UPU ONLINE 2025/2026
Berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat rayuan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik sesi 2025/2026.
- Layari Portal Rasmi UPUOnline di pautan berikut: https://semakan.mohe.gov.my/index.php
- Log Masuk akaun anda menggunakan ID (No. Kad Pengenalan) dan kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan asal.
- Setelah log masuk, cari dan klik menu “SEMAK” yang akan diaktifkan hanya untuk calon yang layak.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Berikut ialah maklumat Talian Bantuan Rasmi UPU yang boleh anda hubungi jika menghadapi masalah berkaitan permohonan, rayuan, semakan keputusan, atau apa-apa kekeliruan tentang UPUOnline.
Talian Bantuan Rasmi UPU (BPKP JPT, KPT)
- Telefon Hotline UPU (Waktu Pejabat sahaja):
- 03-8684 2363
- Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
- Tutup pada cuti umum & hujung minggu
- Emel Rasmi:
- Alamat Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BPKP):
- Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA,
- Jabatan Pendidikan Tinggi,
- Aras 4, No. 2, Menara 2,
- Jalan P5/6, Presint 5,
- 62200 Putrajaya.
TARIKH KEMASKINI ARTIKEL
05 SEPTEMBER 2025
