SARA 2025 SEMAKAN STATUS | PAUTAN SEMAKAN ONLINE

SARA 2025 SEMAKAN STATUS | PAUTAN SEMAKAN ONLINE

Pada Belanjawan 2025, kerajaan mengekalkan komitmen membantu rakyat melalui pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang memberi manfaat besar kepada golongan B40 dan M40. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan, yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.

Melalui kemudahan ini, penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di lebih 7300 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.

Sejumlah 5.4 juta penerima telah dikenal pasti mendapat manfaat daripada program ini, menjadikan ia antara inisiatif terbesar kerajaan dalam mengurangkan tekanan kewangan rakyat.

Program ini bukan sahaja bertujuan membantu keluarga yang terjejas, malah memastikan rakyat mempunyai akses kepada barangan asas yang mencukupi setiap bulan.

Dengan adanya kemudahan semakan status SARA MyKasih 2025 secara dalam talian, penerima boleh mengetahui kelayakan dan bayaran terkini dengan lebih mudah serta cepat. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.

BACA JUGA DI SINI : MY KASIH RM100 SEPTEMBER 2025 – LOKASI TEBUSAN

Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : BANTUAN DALAM MALAYSIA

APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2025?

Program SARA MyKasih 2025 menyasarkan penerima daripada golongan B40 dan M40, dengan syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi.

Bantuan ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  4. Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

JUMLAH SEBENAR YANG PENERIMA SARA DAPAT

Penerima B40 (STR & eKasih)

  • Isi Rumah
    • Jumlah bantuan: RM2,100 setahun
      • RM100 sebulan (Januari – Mac)
      • RM200 sebulan (April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Jumlah bantuan: RM1,650 setahun
      • RM100 sebulan (Januari – Mac)
      • RM150 sebulan (April – Disember)
  • Bujang
    • Jumlah bantuan: RM600 setahun
      • RM50 sebulan (Januari – Disember)

Penerima M40 (STR Sahaja)

  • Isi Rumah
    • Jumlah bantuan: RM900 setahun
      • RM100 sebulan (April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Jumlah bantuan: RM450 setahun
      • RM50 sebulan (April – Disember)
  • Bujang
    • Tidak layak menerima bantuan

Semua Warganegara Malaysia (Berumur 18 Tahun Ke Atas Sahaja)

  • RM100 one-off (Ogos)

TARIKH SARA 2025 DIBAYAR

Tarikh bayaran SARA MyKasih 2025 ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:

Penerima B40 (STR & eKasih):

  • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025

Penerima M40 (STR sahaja):

  • Bermula April hingga Disember 2025

Penerima RM100 One-Off

  • Bermula 31 Ogos 2025

LANGKAH TEBUS SARA 2025

Untuk menebus bantuan SARA 2025, penerima hanya perlu membawa MyKad ke kedai yang terpilih. Prosesnya sangat mudah:

  1. Pilih barang keperluan
    • Hanya pilih barangan daripada 14 kategori yang diluluskan. Biasanya barangan ini ada label khas SARA atau MyKasih di rak kedai.
  2. Tunjukkan MyKad di kaunter
    • Juruwang akan menyemak status MyKad anda untuk pastikan bantuan tersedia.
  3. Tukar nombor PIN
    • Jika pertama kali guna, anda perlu menukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baharu yang lebih selamat.
  4. Imbas barang yang dipilih
    • Semua barangan yang dibenarkan akan diimbas mengikut kategori yang sudah ditetapkan.
  5. Sahkan pembayaran dengan MyKad
    • Masukkan PIN 6 digit baharu anda untuk mengesahkan bayaran tanpa tunai menggunakan bantuan SARA.
  6. Simpan resit sebagai bukti
    • Jangan lupa simpan resit pembelian untuk semakan semula jika diperlukan.

SARA 2025 SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda penerima STR dan mahu tahu sama ada layak menerima bantuan SARA MyKasih 2025, semakan kini boleh dibuat terus secara online tanpa perlu hadir ke mana-mana kaunter. Hanya gunakan portal rasmi yang disediakan kerajaan.

Terdapat dua laman utama yang boleh digunakan:

  1. Portal Rasmi STR
  2. Portal Rasmi SARA

Jika ada masalah, anda juga boleh hubungi Hotline STR (1-800-88-2747) atau MyKasih (03-7720 1800) untuk bantuan lanjut.

Langkah Semakan Melalui Portal STR

  1. Layari laman web rasmi STR – buka pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR” pada menu utama di halaman depan.
  3. Masukkan nombor MyKad anda (tanpa tanda sengkang).
  4. Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan berdasarkan maklumat peribadi dalam permohonan STR.
  5. Semak paparan maklumat – di sini anda boleh lihat status permohonan STR, kelayakan bantuan serta status penerimaan SARA MyKasih 2025.
  6. Rujuk bahagian kelayakan SARA – jika anda layak, jumlah bantuan serta tempoh bayaran akan dipaparkan dengan jelas.

Selain portal STR, penerima juga boleh membuat semakan terus di laman rasmi SARA MyKasih. Caranya mudah sahaja:

  1. Layari laman rasmi SARA di https://sara.gov.my
  2. Klik pada butang “Semak Kelayakan”.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan, termasuk nombor MyKad.
  4. Tekan butang “Semakan Status” untuk lihat keputusan.
  5. Selepas berjaya log masuk, anda akan dibawa ke halaman khas MyKasih di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  6. Di sini anda boleh semak butiran penuh seperti:
  7. Status kelayakan penerimaan bantuan SARA.
  8. Tarikh program bermula dan tarikh tamat.
  9. Baki bantuan yang masih ada untuk digunakan.

SARA 2025 SEMAKAN BAKI

Penerima SARA 2025 yang layak boleh check baki kredit bantuan dalam MyKad masing-masing melalui aplikasi MyKasih. Rujuk langkah-langkah di bawah untuk check baki kredit SARA:

  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

TENTANG PENULIS

Artikel ini ditulis oleh Fikry Ramli, penulis di InfoBantuan.my yang berkongsi panduan bantuan kerajaan Malaysia sejak 2020. Beliau berpengalaman dalam memohon skim bantuan seperti STR, BMT, SARA dan SYUKUR Sabah, menjadikan penulisannya lebih praktikal serta berpandukan rujukan rasmi.

TARIKH KEMASKINI ARTIKEL

03 SEPTEMBER 2025

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel