SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3 2025 | SEMAKAN TARIKH BAYARAN
Program SYUKUR Sabah yang diperkenalkan melalui laman rasmi syukur.sabah.gov.my
merupakan salah satu inisiatif bantuan yang diwujudkan khas oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan.
Fokus utama program ini adalah memastikan keluarga di Sabah, terutamanya golongan kurang berkemampuan, dapat menampung keperluan asas harian mereka.
Antara yang diberi keutamaan termasuklah barangan keperluan dapur dan makanan asas, supaya penerima bantuan tidak terbeban dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dengan adanya bantuan ini, sekurang-kurangnya beban kewangan rakyat dapat dikurangkan, dan mereka mempunyai sedikit ruang bernafas untuk menguruskan kehidupan seharian.
BACA JUGA DI SINI : MY KASIH RM100 SEPTEMBER 2025 – LOKASI TEBUSAN
| Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : BANTUAN DALAM MALAYSIA |
FAHAMI APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH
SYUKUR Sabah atau Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan satu inisiatif kebajikan yang diperkenalkan sebagai tanda keprihatinan dan kasih kerajaan kepada rakyat, khususnya bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima dalam memenuhi keperluan asas, terutamanya makanan, agar mereka tidak terbeban dalam menjalani kehidupan seharian.
Selain itu, SYUKUR Sabah juga berperanan dalam menyokong golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih wajar dan selesa.
Usaha ini bukan sahaja membantu individu yang berada dalam kesusahan, malah turut menyumbang kepada pengurangan kadar kemiskinan tegar di Sabah dengan menyediakan bantuan yang bersasar dan berkesan.
Dengan pelaksanaan program ini, kerajaan berharap dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara.
Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.
SYARAT UNTUK TERIMA BANTUAN SYUKUR
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2024. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
Tambahan Kriteria
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
GARIS PENDAPATAN TAHAP KEMISKINAN
Garis Pendapatan Kemiskinan untuk program SYUKUR Sabah 2025 adalah seperti berikut:
- Miskin Tegar: Pendapatan isi rumah di bawah RM1,218 sebulan
- Miskin: Pendapatan isi rumah di bawah RM2,742 sebulan
Jika pendapatan isi rumah anda berada pada atau di bawah salah satu paras ini, anda layak untuk dipertimbangkan sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah 2025, selagi memenuhi syarat utama yang lain seperti berdaftar dalam sistem eKasih atau PADANS sehingga 31 Disember 2024 dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3
- Menurut sumber yang dipercayai, pembayaran Fasa 3 SYUKUR Sabah sepatutnya berlaku sekitar bulan September 2025.
- Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengumuman rasmi atau tarikh sahih daripada Kerajaan Sabah mengenai tarikh sebenar pembayaran Fasa 3. Jadi, maklumat September hanya berdasarkan anggaran dari artikel awam
- Tarikh sebenar akan dikemaskini dari masa ke semasa.
JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 3
- Fasa 1 (Januari – Mac)
- Agihan bermula pada 19 Februari 2025 dengan jumlah keseluruhan RM900 untuk tiga bulan pertama.
- Fasa 2 (April – Jun)
- Bayaran bermula pada April 2025, juga berjumlah RM900 bagi tempoh tiga bulan.
- Fasa 3 (Julai – September)
- Pembayaran dijadualkan bermula sekitar Ogos atau September 2025 dengan jumlah RM900.
- Untuk fasa ini, bayaran dibuat secara sekaligus, iaitu Julai RM300 + Ogos RM300 + September RM300 = RM900 setiap penerima.
- Fasa 4 (Oktober – Disember)
- Dijangka bermula pada Oktober 2025, dengan jumlah RM900 bagi tiga bulan terakhir tahun ini.
CARA BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3
Bantuan akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
CARA BUAT SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3
Untuk membuat semakan status terkini, penerima boleh membuat semakan sama ada secara online atau melalui aplikasi telefon pintar. Langkah semakan adalah seperti berikut:
Semakan secara online :
- Layari laman rasmi di: https://syukur.sabah.gov.my/.
- Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Status penerima akan dipaparkan.
Semakan melalui aplikasi telefon pintar :
Penerima juga boleh membuat semakan status melalui aplikasi YONO Superapp. Muat turun aplikasi di:
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Status SYUKUR Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my/.
Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my/.
Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
Talian Whatsapp: 010-5828207
PENAFIAN
Segala maklumat berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah 2025 yang dikongsikan di laman ini adalah berdasarkan sumber umum, kenyataan rasmi terdahulu serta rujukan daripada portal berkaitan. Namun begitu, tarikh, jumlah bayaran, dan kaedah agihan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak berkuasa atau kerajaan negeri Sabah dari semasa ke semasa.
Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan atau kesilapan maklumat yang berlaku di luar kawalan. Untuk kepastian terkini dan pengesahan rasmi, penerima bantuan dinasihatkan untuk merujuk terus kepada portal rasmi bantuan SYUKUR Sabah di syukur.sabah.gov.my atau menghubungi pihak berwajib.
TENTANG PENULIS
Artikel ini ditulis oleh Fikry Ramli, penulis di InfoBantuan.my yang berkongsi panduan bantuan kerajaan Malaysia sejak 2020. Beliau berpengalaman dalam memohon skim bantuan seperti STR, BMT, SARA dan bantuan SYUKUR Sabah, menjadikan penulisannya lebih praktikal serta berpandukan rujukan rasmi.
TARIKH KEMASKINI ARTIKEL
03 SEPTEMBER 2025
