SARA RM100 ONE OFF – BANTUAN KHAS SEMPENA MERDEKA 2025

SARA RM100 ONE OFF – BANTUAN KHAS SEMPENA MERDEKA 2025

Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini mengumumkan inisiatif terbaharu kerajaan, iaitu SARA Untuk Semua. Bantuan ini berbentuk sumbangan tunai sebanyak RM100 secara sekali bayar (one-off).

SARA ONE-OFF RM100

Baca Juga : Bantuan STR 2025 (Semakan Status)

Apa Itu Bantuan SARA RM100 One Off?

SARA RM100 One Off 2025 adalah bantuan khas yang diberikan sekali sahaja kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Bantuan ini bernilai RM100 dan diberikan dalam bentuk kredit ke dalam Mykad.

Beberapa perkara penting tentang bantuan ini :

  • Penerima tidak perlu membuat permohonan kerana bantuan akan disalurkan secara automatik kepada mereka yang layak.
  • Kredit ini tidak boleh ditunaikan. Ia hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang terpilih.
  • Kredit akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima, sama seperti bantuan bulanan SARA.

Jumlah Bantuan dan Tarikh Pembayaran

Berikut adalah butiran penting mengenai bantuan ini, berdasarkan maklumat daripada portal MyKasih :

  • Jumlah Bantuan : RM100 (sekali sahaja)
  • Tarikh Pembayaran : 31 Ogos 2025
  • Cara Pembayaran : Kredit akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima

Pemilihan tarikh pembayaran pada 31 Ogos juga bersempena dengan sambutan Hari Merdeka, yang mencerminkan penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Siapa yang Layak Menerima Bantuan SARA One-Off?

Kategori penerima yang layak adalah seperti berikut :

Semua warganegara Malaysia yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas layak menerima sumbangan ini, tanpa mengira status pendapatan mereka. Ini bermakna, sama ada anda seorang pelajar, pekerja, suri rumah, mahupun pesara, anda tetap berpeluang menerima manfaat daripada program ini.

Cara Semak Status Bantuan SARA RM100 One-Off 2025

Untuk memastikan sama ada anda layak menerima bantuan ini, anda boleh membuat semakan secara dalam talian melalui portal rasmi berikut :

  1. Portal MyKasih :
    • Layari Portal Rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
    • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    • Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    • Klik [Semak Status].
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan.
    • Proses selesai.
  2. Portal MySTR
    • Layari Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
    • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan butang [Log Masuk].
    • Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    • Klik [Semakan Status].
    • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.

Barangan yang Boleh Dibeli dengan Bantuan SARA One-Off

Kredit RM100 daripada SARA One-Off hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang berdaftar dengan MyKasih. Antara barangan yang dibenarkan termasuk :

  • Makanan Asas : Beras, minyak masak, gula, tepung, telur, ayam, ikan, sayur-sayuran.
  • Barangan Dapur : Makanan dalam tin, rempah ratus, mi segera.
  • Keperluan Bayi & Kanak-Kanak : Susu formula, biskut bayi.
  • Barangan Kebersihan : Sabun, pencuci pakaian, bahan pencuci rumah.
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH

Ini bagi memastikan bantuan ini digunakan untuk memenuhi keperluan asas isi rumah.

Senarai Kedai yang Berdaftar dengan MyKasih

Setakat Ogos 2025, terdapat lebih daripada 3,700 kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam program ini. Antaranya termasuk :

  • Pasar Raya Besar : Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave.
  • Kedai Runcit Tempatan : Koperasi, kedai komuniti & mini market.
  • Pasar Mini Berdaftar : Kedai-kedai terpilih di bandar dan luar bandar.

Penerima hanya perlu membawa MyKad mereka dan membuat pembayaran di kaunter untuk menggunakan kredit bantuan.

Manfaat Bantuan SARA RM100 One Off

  • Meringankan Kos Sara Hidup : Bantuan tambahan RM100 dapat digunakan untuk membeli barangan dapur harian.
  • Automatik dan Mudah : Tiada permohonan diperlukan, bantuan terus dikreditkan ke dalam MyKad.
  • Menjamin Keperluan Asas : Bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan penting.
  • menambah Nilai Bantuan Bulanan SARA : Memberi ruang tambahan kepada isi rumah B40 untuk berbelanja.

Soalan Lazim (FAQ)

Bolehkah SARA One off dikeluarkan dalam bentuk tunai?

Tidak, bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas sahaja.

Adakah saya perlu memohon bantuan ini?

Tidak, semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas akan menerima bantuan ini.

Bilakah tarikh pembayaran akan dibuat?

Pembayaran akan dibuat pada 31 Ogos 2025.

Bantuan SARA RM100 One Off

Bantuan SARA One-Off 2025 bernilai RM100 adalah salah satu usaha kerajaan untuk terus membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Dengan pembayaran yang dijadualkan pada 31 Ogos 2025, penerima akan dapat menikmati bantuan tambahan bersempena dengan bulan kemerdekaan negara.

Pastikan anda menyemak status kelayakan anda di portal rasmi MyKasih untuk tidak terlepas daripada menerima bantuan ini.

Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban isi rumah, tetapi juga membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat di seluruh Malaysia.

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel