SEMAK MYKASIH SARA 2025 – SEMAKAN STATUS DAN KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK MYKASIH SARA 2025 – SEMAKAN STATUS DAN KELAYAKAN PENERIMA

Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu rakyat berpendapatan rendah. Salah satu inisiatif penting adalah program MyKasih yang menyediakan pelbagai bentuk bantuan, termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2025. Berita baiknya, pada tahun 2025, lebih banyak dana diperuntukkan dan lebih ramai rakyat akan menerima manfaat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

MYKASIH SARA 2025

Baca Juga : Semakan STR Fasa 3 2025

Apa Itu Program MyKasih?

MyKasih ialah satu sistem yang digunakan oleh kerajaan untuk menyalurkan bantuan bukan tunai kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Penerima bantuan hanya perlu menggunakan MyKad mereka untuk membuat pembayaran di kedai runcit yang berdaftar. Ini memastikan bantuan yang diberikan digunakan untuk membeli keperluan asas seperti makanan, minuman, dan barangan keperluan rumah.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Pada tahun 2025, MyKasih menyalurkan beberapa jenis bantuan utama, termasuk :

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 : Bantuan ini berupa makanan asas untuk keluarga berpendapatan rendah.
  • Bantuan Tambahan : Bantuan tambahan juga diberikan kepada warga emas dan individu bujang yang layak.

Pada tahun 2025, lebih 5.4 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat daripada program ini. Ini menunjukkan betapa besarnya impak MyKasih dalam membantu golongan yang memerlukan.

Jumlah Bantuan MyKasih SARA 2025

Jumlah bantuan yang diterima bergantung pada kategori penerima. Berikut adalah jadual yang menunjukkan jumlah bantuan bulanan dan tahunan bagi setiap kategori penerima :

Bila Bayaran MyKasih SARA 2025 Dibuat?

Bayaran bantuan SARA melalui MyKasih akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan. Contohnya, bayaran untuk bulan Ogos 2025 telah dimasukkan pada 1 Ogos 2025. Penerima boleh terus menggunakan MyKad mereka di kedai runcit yang berdaftar tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.

Semak MyKasih SARA 2025

Anda boleh menyemak status kelayakan bantuan MyKasih SARA melalui :

  1. Semakan Status Bantuan di Portal MyKasih :
    • Layari Portal Rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
    • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    • Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    • Klik [Semak Status].
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.
  2. Semakan Status Bantuan di Portal MySTR :
    • Layari Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
    • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan butang [Log Masuk].
    • Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    • Klik [Semakan Status].
    • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.

Kategori Barangan Boleh Dibeli Menggunakan MyKasih SARA 2025

Mulai Mei 2025, senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan MyKasih telah diperluaskan. Ini termasuk :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Barangan Kebersihan : Sabun pinggan / Sabun / serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH

Di Mana Boleh Guna Bantuan MyKasih 2025?

Terdapat lebih daripada 3,700 kedai di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam program MyKasih. Ini termasuk :

  • Pasar raya besar seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus’s
  • Kedai runcit tempatan
  • Mini market berdaftar

Anda boleh mendapatkan senarai kedai yang terkini di laman web rasmi MyKasih.

Soalan Lazim (FAQ)

Bolehkah saya mengeluarkan wang tunai daripada bantuan MyKasih?

Tidak, kredit MyKasih hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai yang berdaftar.

Jika saya penerima STR, adakah saya automatik layak menerima MyKasih?

Ya, penerima STR yang telah disahkan akan menerima bantuan melalui MyKasih mulai April 2025.

Apa yang perlu saya lakukan jika MyKad saya hilang?

Anda perlu membuat kad pengenalan baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mengemas kini maklumat anda di portal MyKasih.

Adakah program MyKasih 2025 menyediakan bantuan untuk golongan bujang?

Ya, individu bujang yang berpendapatan rendah layak menerima RM50 sebulan.

Semak MyKasih SARA 2025

Program Sumbangan Asas Rahmah SARA 2025 adalah satu peluang yang baik untuk rakyat Malaysia yang layak untuk menerima bantuan yang berterusan dalam bentuk barangan keperluan asas. Dengan peningkatan jumlah bantuan, lebih ramai golongan B40 dapat mengurangkan beban kos sara hidup. Jangan lupa untuk menyemak status MyKasih 2025 anda melalui portal rasmi untuk memastikan status anda aktif dan layak menerima bantuan.

Rujukan & Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel